Yayasan Kelantan Darulnaim

Yayasan Kelantan Darulnaim YAYASAN KELANTAN DARULNAIM ( YAKIN ) adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada 1981

Salam Maulidur Rasul 1448HMengenang kelahiran insan teragung, Nabi Muhammad S.A.W., pembawa rahmat ke seluruh alam. Mari...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H

Mengenang kelahiran insan teragung, Nabi Muhammad S.A.W., pembawa rahmat ke seluruh alam. Marilah kita sama-sama meneladani akhlak dan kepimpinan Baginda dalam membina masyarakat yang harmoni, berintegriti, dan penuh kasih sayang.

23 Ogos 2026 (Ahad)πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡°πŸ‡· 10 PELAJAR TAHFIZ KELANTAN MELANGKAH KE KOREA SELATANAlhamdulillah, seramai 10 orang pelajar Tah...
23/08/2026

23 Ogos 2026 (Ahad)

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡°πŸ‡· 10 PELAJAR TAHFIZ KELANTAN MELANGKAH KE KOREA SELATAN

Alhamdulillah, seramai 10 orang pelajar Tahfiz dari Kelantan bakal melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Dongyang Mirae University, Korea Selatan.

Lebih membanggakan, pelajar-pelajar ini bukan sahaja membawa ilmu al-Quran sebagai bekalan kehidupan, malah kini diberi peluang untuk mengembangkan potensi dalam bidang teknikal dan kejuruteraan di peringkat antarabangsa.

Kesemua pelajar berkenaan menerima tajaan pinjaman pendidikan daripada Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) sebagai usaha YAKIN memperluaskan peluang pendidikan kepada anak-anak Kelantan, termasuk dalam bidang TVET dan kejuruteraan yang amat diperlukan bagi memenuhi keperluan masa hadapan.

Insya-Allah, perjalanan ini bukan sekadar mengejar kejayaan akademik, tetapi juga membawa nama Kelantan dan Malaysia ke persada antarabangsa.

Tahniah dan selamat berangkat kepada semua pelajar. Semoga dipermudahkan segala urusan, berjaya dalam pengajian serta pulang nanti sebagai insan berilmu, berkemahiran dan berakhlak, yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negeri Kelantan.

Selamat maju jaya, anak-anak Kelantan! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈπŸ‡°πŸ‡·

Menerajui Kecemerlangan #
#
#
Yayasan Islam Kelantan
AGIKO

[Pengumuman] Semakan Status Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Ijazah Luar Negara 2026/27 boleh disemak di https://espmb.c...
23/08/2026

[Pengumuman] Semakan Status Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Ijazah Luar Negara 2026/27 boleh disemak di https://espmb.com/yakin/
Dokumen Perjanjian perlu dihantar ke Pejabat YAKIN sebelum atau pada 10 September 2026 (Khamis).
Dokumen yang perlu dicetak dan hantar adalah seperti berikut: -
1. Surat Tawaran Pinjaman (2 Salinan)
2. Akuan Penerimaan (2 Salinan)
3. Perjanjian Pinjaman Pelajaran YAKIN (2 Salinan)
4. Salinan Kad Pengenalan Penjamin 1 dan Penjamin 2 (1 Salinan)
5. Salinan Slip Gaji Penjamin 1 dan Penjamin 2 (1 Salinan)
6. Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin (1 Salinan)
7. Borang Potongan Tabung Khairat Kematian Pelajar (1 Salinan)
Wang proses RM5. Tahniah kepada yang berjaya! See less

KOTA BHARU β€” Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pahang Skills (Pusat Pembang...
16/08/2026

KOTA BHARU β€” Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pahang Skills (Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang) dalam satu pertemuan yang bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik serta meneroka potensi kolaborasi dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Sesi pertemuan yang berlangsung di Ibu Pejabat YAKIN ini menjadi platform perkongsian dua hala berkaitan inisiatif pemerkasaan kemahiran generasi muda, penawaran latihan teknikal terkini, serta potensi penajaan atau padanan latihan kemahiran untuk anak negeri.

Diharapkan perbincangan ini dapat disusuli dengan pelaksanaan program berimpak tinggi yang memberi manfaat langsung kepada pembangunan bakat tempatan.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐏𝐑𝐀-𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ ππ„π‘π’π„πƒπˆπ€π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŠπ„ πŠπŽπ‘π„π€ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍Satu sesi Pre-Departure Program (Program Pra-Pelepasan...
16/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐏𝐑𝐀-𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ ππ„π‘π’π„πƒπˆπ€π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŠπ„ πŠπŽπ‘π„π€ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍

Satu sesi Pre-Departure Program (Program Pra-Pelepasan) telah berjaya dianjurkan pada 6 hingga 9 Ogos 2026 sebagai medan persediaan rapi buat para pelajar yang bakal berangkat melanjutkan pengajian ke Korea Selatan.

Sepanjang program empat hari tersebut, para pelajar telah didedahkan dengan panduan menyeluruh mengenai penyesuaian budaya, gaya hidup, serta amalan kehidupan Islam secara praktikal di Korea Selatan, di samping kemahiran asas komunikasi bahasa Korea bagi memudahkan urusan harian. Program ini turut memberi penekanan terhadap ekspektasi akademik universiti di sana serta kesedaran mengenai aspek keselamatan, undang-undang, dan norma sosial tempatan.

Selain melengkapkan para pelajar dengan ilmu teknikal dan prosedur, inisiatif ini turut memperkukuh keyakinan diri, daya tahan, dan sifat berdikari dalam kalangan peserta, di samping membina jaringan sokongan yang kukuh sesama mereka sebelum melangkah ke negara luar.

Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan dalam memastikan modal insan negara dilengkapi persediaan holistik sebelum ke luar negara. Semoga segala bimbingan yang diterima sepanjang program ini menjadi pemangkin semangat buat para pelajar untuk mengharungi cabaran dunia akademik antarabangsa dan seterusnya mengharumkan nama negara di persada dunia.

Dengan kerjasama
AGIKO
Yayasan Islam Kelantan

11/08/2026
10/08/2026

πŸ“’ [NOTIS PENGUMUMAN: GANGGUAN TALIAN TELEFON]

Harap maklum bahawa talian telefon rasmi Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) sedang mengalami gangguan teknikal di mana panggilan tidak dapat dibuat atau diterima buat sementara waktu.

Buat sementara waktu, sila hubungi kami menerusi saluran alternatif:
πŸ“² WhatsApp / Telefon Alternatif: 012-2494191
πŸ“§ Emel: [email protected]

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran anda. Terima kasih.

Address

Tingkat 5, Kompleks YAKIN, Jalan Gajah Mati
Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097446127

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Kelantan Darulnaim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Kelantan Darulnaim:

Shortcuts

Share