JKR Unit Tentera Negeri Kelantan

JKR Unit Tentera Negeri Kelantan BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

KURSUS PENGENALAN S3PKJKR Unit Tentera Negeri Kelantan akan mengadakan Kursus Pengenalan S3PK bagi memberi pendedahan ke...
29/03/2026

KURSUS PENGENALAN S3PK
JKR Unit Tentera Negeri Kelantan akan mengadakan Kursus Pengenalan S3PK bagi memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan berkaitan penggunaan serta fungsi asas sistem S3PK.
Program ini berlangsung secara dalam talian dan disampaikan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang sistem dan teknologi maklumat.
๐Ÿ“… Tarikh: 13 April 2026 (Isnin)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ’ป Platform: Google Meet
๐ŸŽค Penceramah:
Salimah Binti Mat Hussin @ Mohamed
Jurutera Perisian, ASK Pro Data
Semoga kursus ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan kefahaman peserta dalam penggunaan sistem S3PK dengan lebih berkesan.

๐ŸŒ™ SALAM AIDILFITRI 1447H ๐ŸŒ™Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir dan BatinSeluruh warga JKR Unit Tentera Negeri Kelantan...
19/03/2026

๐ŸŒ™ SALAM AIDILFITRI 1447H ๐ŸŒ™
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Seluruh warga JKR Unit Tentera Negeri Kelantan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan serta memperkukuhkan lagi ikatan silaturahim dalam kalangan kita semua.
Semoga segala amal ibadah yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT dan kita sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta perlindungan-Nya.
โœจ Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada:
JKR Unit Tentera Negeri Kelantan




SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H / 2026 ๐ŸŒ™๐Ÿ“–Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan detik bersejarah turunnya wahyu pertama kepada Na...
07/03/2026

SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H / 2026 ๐ŸŒ™๐Ÿ“–
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan detik bersejarah turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan rahmat bagi seluruh umat manusia.
Semoga dengan keberkatan hari yang mulia ini, kita semua diberi kekuatan untuk terus mendekatkan diri kepada Al-Quran dengan membaca, memahami serta mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya dalam setiap aspek kehidupan.
Semoga Al-Quran sentiasa menjadi cahaya petunjuk dan panduan hidup kita di dunia dan akhirat.
Ikhlas daripada:
JKR Unit Tentera Negeri Kelantan




LAWATAN KERJA YANG MENJALANKAN TUGAS (YMT) PENGARAH CSFB KE JKR UNIT TENTERA NEGERI KELANTANPada 19 Februari 2026 (Khami...
26/02/2026

LAWATAN KERJA YANG MENJALANKAN TUGAS (YMT) PENGARAH CSFB KE JKR UNIT TENTERA NEGERI KELANTAN
Pada 19 Februari 2026 (Khamis), satu lawatan kerja rasmi telah diadakan oleh Yang Menjalankan Tugas (YMT) Pengarah CSFB Yang Berusaha Ir. Ts. Fadzilah Binti Sulaiman ke JKR Unit Tentera Negeri Kelantan. Lawatan ini bertujuan meninjau pelaksanaan tugasan semasa, memperkukuh penyelarasan operasi serta meningkatkan hubungan kerjasama antara pihak pengurusan dan warga kerja.
Sepanjang lawatan, YMT Pengarah CSFB telah mempengerusikan sesi perbincangan bersama pegawai dan kakitangan bagi mendapatkan maklum balas, berkongsi pandangan strategik serta menekankan komitmen berterusan terhadap kecemerlangan perkhidmatan.
Diharapkan lawatan ini dapat mempertingkatkan lagi kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga JKR Unit Tentera Negeri Kelantan.




HEBAHAN POSTER I AM JKRKami di JKR Unit Tentera Kelantan sentiasa komited dalam mengekalkan budaya kerja yang berintegri...
24/06/2025

HEBAHAN POSTER I AM JKR

Kami di JKR Unit Tentera Kelantan sentiasa komited dalam mengekalkan budaya kerja yang berintegriti, inovatif dan berfokus pelanggan selaras dengan aspirasi .

Dengan mengamalkan nilai-nilai ICE, budaya kerja I2C serta kepimpinan PERC, kami terus melangkah ke arah kecemerlangan perkhidmatan.

Kami bangga menjadi sebahagian daripada pasukan yang berdedikasi membina masa depan negara! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah Kumpulan Kik Sniper UTN Kelantan telah berjaya merangkul kejayaaan pemenang tunggal 5 bintang dan pembenta...
04/02/2025

Alhamdulillah Kumpulan Kik Sniper UTN Kelantan telah berjaya merangkul kejayaaan pemenang tunggal 5 bintang dan pembentang terbaik (En Roslan Bin Ariffin PJE UTN Kelantan) pada majlis persada inovasi peringkat negeri kelantan 2024 yang telah diadakan pada 3/2/25.

Program Kembara dan Ikhtiar Sampai Puncak Bukit Gunong, Bachok pg ni 20hb Jun 2024. Bolehlahโ€ฆ. Ramai yg berjaya sampai k...
20/06/2024

Program Kembara dan Ikhtiar Sampai Puncak Bukit Gunong, Bachok pg ni 20hb Jun 2024. Bolehlahโ€ฆ. Ramai yg berjaya sampai ke puncak dlm masa setengah jam jer.

Port hiking baru lg dn trek yg mudah dgn ketinggian yg sederhana. Atas b*k batu2 besar nk bertapa ramai2 pn buleh. Nice viewโ€ฆ boleh datang lagi.

TQ uolls

Kenangan Oktober10/10/2023  # Mesy. Agung Tahunan Kesikat Kali  Ke-2 (2022/2023)  Amanat JAK  maulidur Rasul15/10/2023Pe...
31/10/2023

Kenangan Oktober

10/10/2023
# Mesy. Agung Tahunan Kesikat Kali Ke-2 (2022/2023)
Amanat JAK
maulidur Rasul

15/10/2023
Pertandingan Bola Tampar Tertutup Piala JAK

Selasa, September 5, 2023 19 Safar 1445๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐‰๐„๐๐€๐™๐€๐‡ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐Š๐€๐“๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฝ๐“ช๐“ฝ๐“ฒ๐“ฏ ๐“น๐“ป๐“ธ๐“ฐ๐“ป๐“ช๐“ถ :-1. ๐“Ÿ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ฎ๐“ท๐“ช๐“ต๐“ช๐“ท ๐“น๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“พ๐“ป๐“พ...
06/09/2023

Selasa, September 5, 2023
19 Safar 1445

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐‰๐„๐๐€๐™๐€๐‡ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐Š๐€๐“

๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฝ๐“ช๐“ฝ๐“ฒ๐“ฏ ๐“น๐“ป๐“ธ๐“ฐ๐“ป๐“ช๐“ถ :-

1. ๐“Ÿ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ฎ๐“ท๐“ช๐“ต๐“ช๐“ท ๐“น๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“พ๐“ป๐“พ๐“ผ๐“ช๐“ท ๐“ณ๐“ฎ๐“ท๐“ช๐”ƒ๐“ช๐“ฑ.

2. ๐“Ÿ๐“ป๐“ช๐“ด๐“ฝ๐“ฒ๐“ด๐“ช๐“ต ๐“น๐“ฎ๐“ป๐“ผ๐“ฎ๐“ญ๐“ฒ๐“ช๐“ช๐“ท ๐“น๐“ฎ๐“ป๐“ช๐“ต๐“ช๐“ฝ๐“ช๐“ท ๐“ด๐“ช๐“ฏ๐“ช๐“ท, ๐“ถ๐“ฎ๐“ถ๐“ช๐“ท๐“ญ๐“ฒ๐“ด๐“ช๐“ท, ๐“ถ๐“ฎ๐“ท๐”‚๐“ฎ๐“ถ๐“ซ๐“ช๐“ฑ๐”‚๐“ช๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“ช๐“ท ๐“ญ๐“ช๐“ท ๐“น๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“ฎ๐“ซ๐“พ๐“ถ๐“ฒ๐“ช๐“ท.

Terima kasih di atas penyampaian oleh ๐ด๐‘™-๐น๐‘Ž๐‘‘โ„Ž๐‘–๐‘™ ๐‘ˆ๐‘ ๐‘ก๐‘Ž๐‘ง ๐พ๐‘Ž๐‘๐‘ก. ๐‘€๐‘œโ„Ž๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘‘ ๐น๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘‘ ๐‘๐‘–๐‘› ๐ป๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘š, ๐‘ƒ๐‘’๐‘”๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž๐‘– ๐ด๐‘”๐‘Ž๐‘š๐‘Ž ๐ต๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘’-5 ๐‘…๐‘’๐‘—๐‘–๐‘š๐‘’๐‘› ๐‘…๐‘’๐‘›๐‘—๐‘’๐‘Ÿ ๐ท๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘—๐‘Ž, ๐พ๐‘’๐‘š ๐ท๐‘’๐‘ ๐‘Ž ๐‘ƒ๐‘Žโ„Ž๐‘™๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž๐‘›. Perkongsian ini supaya menjadi peringatan diri dan kawan-kawan untuk mengurus dengan lebih baik jenazah terutamanya ahli keluarga. Semoga bermanfaat.

Penantian yang ditunggu2 oleh semua peserta tazkirah yg terdiri drp warga Unit Tentera Kelantan yg berkumpul seawal pagi...
09/08/2023

Penantian yang ditunggu2 oleh semua peserta tazkirah yg terdiri drp warga Unit Tentera Kelantan yg berkumpul seawal pagi lagi ingin menyambut ketibaan Al-Fadhil Ustaz Hj. Mokhtar Bin Yaacob iaitu Mantan Pegawai dan Ketua Unit Komuniti Felda Kelantan / Panel Forum Tv1 / Panel Forum Kelantan FM dan juga penceramah bebas.

Ringkasan tazkirah beliau:

TANDA REZEKI BERKAT
โœ”๏ธMakin dekat dengan Allah Taala
โœ”๏ธKita mudah sedekah. Tak dapat sedekah dgn harta wang ringgit. Sedekahlah dgn tenaga keringat.
โœ”๏ธKita mudah bersyukur.
โœ”๏ธKeluarga bahagia dalam konteks islam. Sakinah Mawaddah. Jaga solat 5 waktu.

TANDA UMUR BERKAT
โœ”๏ธSemakin tua semakin beramal, mendekati masjid dan sukakan majlis ilmu.

SEMBAHYANG YANG KUALITI
โœ”๏ธTidak menyayangi harta. Berusaha mengambil bahagian dlm Qurban.
โœ”๏ธMenginfakkan rezki Allah kpd jalan yg baik.

Semoga santapan rohani kali ini melipatgandakan amalan yang membawa kita semua ke SYURGAMUโ€ฆ

Amin Ya Rabbal Alamin ๐Ÿคฒ

Rabu, Ogos 9, 202322 Muharram 1445Assalamualaikum WTHAlhamdulillah dgn izinNya sedang berlangsung tazkirah oleh Al-Fadhi...
09/08/2023

Rabu, Ogos 9, 2023
22 Muharram 1445

Assalamualaikum WTH

Alhamdulillah dgn izinNya sedang berlangsung tazkirah oleh Al-Fadhil Uztaz Hj. Mokhtar Bin Yaacob atas jemputan utk perkongsian kita bersama dengan tajuk โ€œAmalan Terbaik Di Bulan Muharramโ€ untuk santapan jiwa kita semua.

bantu subscribe link dkt bio. Check out KULIAH USTAZ MOKHTAR OFFICIAL(ustazmokhtar) LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from KULIAH USTAZ MOKHTAR OFFICIAL(ustazmokhtar).

Ahad, Ogos 06, 202319 Muharram 1445Harini kito pakat kuca suro.  Semangat blako start seawal 6 pagi lagi.Program kuca su...
06/08/2023

Ahad, Ogos 06, 2023
19 Muharram 1445

Harini kito pakat kuca suro. Semangat blako start seawal 6 pagi lagi.

Program kuca suro pd cadangan awal nk buat 2 kawoh. Tp apakan daya kesibukan kekangan kerja, nk buat perbincangan yg melibatkan kesemua kem tidak berjalan lancar. Namun alhamdulillah, program kuca suro kali ni kita berjaya buat di Ibu Pejabat Unit Tentera Panji bersama staf Kem Pengkalan Chepa sahaja. InsyaAllah thn dpn dh ade permintaan buat pertandingan kuco suro ketiga3 kem. Hok tahun ni buleh amik raso2 ckit sore dulu.

Terima kasih pd yg sampai akhir kuca siap sering suro sapa pukul 3 petang. Thn dpn kita repeat plokโ€ฆSemoga program ini diberkati dan dirahmati Allah SWT dan InsyaAllah akan diteruskan di tahun-tahun akan datang.

Sekian, Wassalam.

Address

Atm-1, Jalan Panji, Kg Beris Lanjut
Kota Bharu
16100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Unit Tentera Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share