Pejabat Perikanan Negeri Kelantan

Pejabat Perikanan Negeri Kelantan Menyebarkan aktiviti program atau majlis pejabat perikanan negeri kelantan

PELANCARAN 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 ππ„ππ€πŒππ€π‡ππ€πˆπŠπ€π π€π˜π€ π‡πˆπ“π€πŒ π“πŽπŠ ππ€π‹πˆ 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑 ππ„ππ’πˆπ‰πˆπ‹π€π πŒπ’π‚MAHA, SERDANG, 1 September 2026 – Jabatan Perikan...
03/09/2026

PELANCARAN 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 ππ„ππ€πŒππ€π‡ππ€πˆπŠπ€π π€π˜π€ π‡πˆπ“π€πŒ π“πŽπŠ ππ€π‹πˆ 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑 ππ„ππ’πˆπ‰πˆπ‹π€π πŒπ’π‚
MAHA, SERDANG, 1 September 2026 – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melancarkan Pelan Projek Penambahbaikan Perikanan (FIP) Aya Hitam Tok Bali, Kelantan yang menyasarkan perikanan aya hitam di kawasan berkenaan mencapai pensijilan Marine Stewardship Council (MSC) dalam tempoh lima tahun, iaitu dari 2025 hingga 2029.
Pelan tersebut dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Luqman bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Turut hadir, YBg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia pada Majlis Pelancaran Pelan Projek Penambahbaikan Pengurusan Ikan Aya Hitam dan Penyerahan Sijil MSC sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS, Serdang.
Pelaksanaan FIP Aya Hitam Tok Bali memberi tumpuan kepada pengurusan perikanan berasaskan pendekatan saintifik, ekosistem dan tadbir urus bagi memastikan sumber perikanan dapat diurus secara mampan tanpa menjejaskan status sumber serta ekosistem marin. Pelan ini turut melibatkan komuniti nelayan Tok Bali, pengusaha vesel penangkapan ikan, industri hiliran perikanan, agensi kerajaan, NGO dan komuniti setempat.

PROGRAM PELEPASAN BENIH UDANG KE PERAIRAN UMUM SUNGAI TASEK PAUH DAN SUNGAI TOK AJAM, PASIR PUTEH, KELANTAN. 03 Septembe...
03/09/2026

PROGRAM PELEPASAN BENIH UDANG KE PERAIRAN UMUM SUNGAI TASEK PAUH DAN SUNGAI TOK AJAM, PASIR PUTEH, KELANTAN.

03 September 2026 l Khamis

Program pelepasan benih udang ke perairan umum di Sungai Tasek Pauh dan Sungai Tok Ajam, Pasir Puteh, Kelantan telah diadakan sebagai salah satu usaha untuk memulihara serta memperkayakan sumber udang galah di sungai berkenaan.

Program tersebut telah dilaksanakan oleh Encik Khairul Azran yang mewakili YB Dato' Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail, Exco Pertanian Negeri Kelantan.

Sebanyak 50,000 ekor benih udang dilepaskan di sungai tersebut. Semoga program pelepasan benih ikan ke perairan umum ini dapat menjamin kelestarian sumber perikanan negara di samping meningkatkan hasil tangkapan nelayan darat sekaligus meningkatkan taraf sosioekonomi nelayan di Pasir Puteh, Kelantan. Diharap ianya akan dapat meningkatkan populasi sumber perikanan negara secara tidak langsung akan menjamin bekalan makanan negara pada masa akan datang.

Kerjasama antara Pejabat Perikanan, Pejabat EXCO Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan serta komuniti setempat amat penting dalam memastikan usaha pemuliharaan sumber udang dapat dilaksanakan secara berterusan.

Agrobank, Jabatan Perikanan peruntuk RM200 juta modenkan sektor perikanan | Awani
02/09/2026

Agrobank, Jabatan Perikanan peruntuk RM200 juta modenkan sektor perikanan | Awani

Menurut Ahmad Ariff, pemodenan peralatan nelayan penting bagi meningkatkan hasil tangkapan serta memenuhi keperluan sumber makanan negara.

*PROGRAM MELABUH TUKUN TIRUAN*27.08.26 | Pasir Puteh : Merafak sembah dan junjung kasih setinggi-tinggi penghargaan Keba...
27/08/2026

*PROGRAM MELABUH TUKUN TIRUAN*

27.08.26 | Pasir Puteh : Merafak sembah dan junjung kasih setinggi-tinggi penghargaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V atas perkenan Tuanku dalam pengurniaan 30 buah tukun tiruan untuk dilabuhkan di perairan laut Pasir Puteh, Kelantan. Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Ustaz Tuan Mohd Saripuddin bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan. Hadir sama YB Encik Nor Syam bin Sulaiman, ADUN Semerak, Tuan Haji Ismail bin Ibrahim, Pengarah Perikanan Negeri Kelantan, YABrs. Encik Mohd Kamarulzaman bin Ab Wahab, Ketua Jajahan Pasir Puteh dan YABrs. Tuan Haji Mohd Zaki bin Yusoff, Ketua Jajahan Bachok.

Pengurniaan ini merupakan satu inisiatif yang amat bermakna dalam usaha memperkayakan habitat serta meningkatkan sumber perikanan di perairan negeri Kelantan, sekali gus membantu menjamin kelestarian dan sekuriti makanan negara.

Bagi tahun 2026 sahaja, sebanyak 72 buah tukun akan dilabuhkan dengan jumlah peruntukan RM1.7 juta.

Program melabuhkan tukun tiruan akan terus dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan sumber perikanan sentiasa mampan serta memberi manfaat kepada komuniti nelayan dan rakyat. Semoga usaha ini akan terus memberi kelimpahan hasil laut dan kesejahteraan rakyat Kelantan.

πŸŽ‰ Kemeriahan MAHA 2026 bakal lebih terasa dengan kehadiran usahawan DOF Kelantan!Nikmati keenakan Lokcing Putry, Keli Fr...
26/08/2026

πŸŽ‰ Kemeriahan MAHA 2026 bakal lebih terasa dengan kehadiran usahawan DOF Kelantan!

Nikmati keenakan Lokcing Putry, Keli Frozen Rafhan dan Pes Ikan Bakar Abg Man menerusi sesi uji rasa serta harga promosi istimewa setiap hari. Jom rasai sendiri keunikan produk usahawan myAP (myAgropreneur) Jabatan Perikanan Malaysia!

πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“ Pavilion Negeri Kelantan, MAEPS, Serdang

Jumpa anda di booth Usahawan DOFβ€”datang awal sementara stok masih ada! πŸ”₯🐟

SALAM MAULIDUR RASULSempena sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1448H, marilah kita bersama-sama menghayati sirah sert...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL
Sempena sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1448H, marilah kita bersama-sama menghayati sirah serta mencontohi akhlak mulia Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat syafaat Rasulullah SAW di dunia dan akhirat. Aamiin.

24/08/2026

Address

Tingkat 6, Wisma Persekutuan, Jalan Bayam
Kota Bharu

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6097414770

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Perikanan Negeri Kelantan:

Shortcuts

Share