Cawangan LIMAU MANIS #Setiakawan

Cawangan LIMAU MANIS #Setiakawan Cawangan Limau Manis terletak berdekatan Kbmall Jalan Hamzah sebuah lokaliti perkampungan lama. Pdm Wakaf Siku. "DUN BUNUT PAYONG PARLIMEN KOTA BHARU"

05/01/2026

Selamat pagi Dan Salam sejahtera..

Ramai orang kenal B**g Moktar sebab mulut laser dia.Sebab gaduh dia.Sebab viral dia.Tapi ramai tak tahu cerita belakang ...
05/12/2025

Ramai orang kenal B**g Moktar sebab mulut laser dia.
Sebab gaduh dia.
Sebab viral dia.

Tapi ramai tak tahu cerita belakang tabir dia.

1. Dia asal budak kampung Sabah.

Hidup dia bukan senang.
Rumah biasa.
Hidup pun sederhana.
Hidup ajar dia keras.
Sebab tu cara dia pun keras.
Dia bukan jadi macam tu sebab nak glam.
Hidup yang bentuk.

2. Dia antara MP Sabah paling lama survive.

Sejak 1999.
Kinabatangan tu besar gila.
Masuk pedalaman,
lintas sungai,
jalan kecik,
jalan berbatu.
Berjam-jam perjalanan.
Orang tak nampak semua tu.
Tapi dia buat bertahun-tahun tanpa bunyi.

3. Mulut dia memang tak ada filter.

Yang tu semua orang tahu.
Yang tak ramai tahu —
dia sebenarnya cepat lembut hati.
Dengan orang susah,
dia tak banyak soal.
Dengan makcik pakcik kampung,
dia sembang macam kawan lama.
Yang viral cuma sisi marah dia.
Sisi lembut dia tak trending.

4. Dia memang minat bola.

Ini bukan minat ikut musim.
Dia pernah terlibat dalam bola Sabah.
S**an memang dalam darah dia.
Jenis follow bola, bukan sekadar sembang.

5. Banyak kali dia turun kawasan tanpa kamera.

Tak panggil media.
Tak bawa wartawan.
Dia datang tengok jambatan rosak,
longkang tersumbat,
tanah runtuh,
rumah orang kampung.
Kadang naik bot kecik,
kadang naik Hilux buruk.
Orang kampung s**a sebab dia datang, bukan hantar wakil.

6. Dia jenis hadap apa datang.

Kena kecam, dia jawab.
Kena marah, dia hadap.
Setuju tak setuju,
dia tak sembunyi belakang sesiapa.
Itu benda ramai orang respect.
Sebab tak ramai ahli politik berani macam tu.

7. Gentleman

Yang kasar kat luar tu,
dengan keluarga dia lain.
Anak-anak dia priority.
Isteri dia dia jaga.
Dia ribut depan orang,
tapi rumah jadi tempat dia lembut.

Hari ni B**g Moktar dah pergi.
S**a atau tak gaya dia,
itu lain cerita.

Dia manusia.
Ada baik ada buruk.
Ada silap ada jasa.

Yang tinggal cuma doa kita,
cerita orang kampung,
dan warna hidup yang dia bagi sepanjang dia ada.

Moga Allah ampunkan
Moga tempatkan dia dalam rahmat.
Dan moga keluarga dia diberi kekuatan.

Al-Fatihah.

Kita ?

Alhamdulillah, Tahniah!🫡Ybhg. YDH CP Dato' Panglima Haji Mohd Yusoff Bin Mamat  (KETUA POLIS KELANTAN)Dan seluruh barisa...
22/11/2025

Alhamdulillah, Tahniah!🫡
Ybhg. YDH CP Dato' Panglima Haji Mohd Yusoff Bin Mamat
(KETUA POLIS KELANTAN)

Dan seluruh barisan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan IPD Kota Bharu 🤜🤛

24/07/2025
"Dalam kehidupan setiap drpd kita, adakala ianya tergantung antara ketakutan dan cabaran akan tetapi bukan pd semangat s...
15/07/2025

"Dalam kehidupan setiap drpd kita, adakala ianya tergantung antara ketakutan dan cabaran akan tetapi bukan pd semangat sahaja yang menyelamatkan, namun kebijaksanaan, kesabaran dan keberanian untuk bertindak pada saat yang tepat. Setiap masalah pasti ada jalan keluar, asalkan kita tidak berputus asa itulah kekuatan sejati"

NUKILAN:
Ketua Pemuda Cawangan LIMAU MANIS

_admin

“Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walau sesaat pun.”Dukaci...
12/07/2025

“Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walau sesaat pun.”

Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kesayangan kpd Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu Allahyarham Cikgu Saleh bin Lempah telah kembali ke rahmatullah jam 9:10 pagi (11/7/2025)

Hanya iringan doa kita semua menjaga Allahyarham bersama org2 yg beriman....

Ikhlas daripada: Dzulhamizi Bin Dato' Hanafi
Ketua Pemuda UMNO Cawangan Limau Manis Merangkap Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu.

_admin

Address

PDM Wakaf Siku
Kota Bharu
15400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan LIMAU MANIS #Setiakawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share