FAMA Kelantan

FAMA Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from FAMA Kelantan, Pejabat FAMA Negeri Kelantan, Lot 3309, Batu 4, Lebuhraya Pasir Mas-Salor, Kota Bharu.
(4)

Pejabat FAMA Negeri Kelantan, Bangunan RTC Kelantan, Lot 3309, Batu 4, Lebuhraya Pasir Mas- Salor, 15150, Kota Bharu, Kelantan

No Telefon Pejabat FAMA Negeri Kelantan - 03-60330003

SENARIO HARGA PURATA AGROMAKANAN TERPILIH PERINGKAT RUNCIT NEGERI KELANTAN PADA 11 JUN 2026
11/06/2026

SENARIO HARGA PURATA AGROMAKANAN TERPILIH PERINGKAT RUNCIT NEGERI KELANTAN PADA 11 JUN 2026

๐Ÿ—“๏ธ: 8 Jun 2026 (Isnin)๐Ÿ•: 10.00 Pagi ๐Ÿ“: Kompleks Kota Darulnaim, Kota BharuKUNJUNGAN HORMAT PENGARAH FAMA NEGERI KELANTAN...
08/06/2026

๐Ÿ—“๏ธ: 8 Jun 2026 (Isnin)
๐Ÿ•: 10.00 Pagi
๐Ÿ“: Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH FAMA NEGERI KELANTAN KEPADA EXCO PERTANIAN, INDUSTRI AGROMAKANAN DAN KOMODITI NEGERI KELANTAN.

FAMA Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato' Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan, bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan dan pemasaran sektor agromakanan di negeri Kelantan.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu strategik telah dibincangkan termasuk perkembangan semasa Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung sebagai hab pemasaran dan pengumpulan hasil agromakanan yang penting di negeri ini. Turut diberi perhatian ialah usaha memperkukuhkan pemasaran digital bagi produk usahawan tani tempatan agar lebih berdaya saing serta mampu menembusi pasaran yang lebih luas selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh potensi pengembangan pasaran antarabangsa bagi produk agromakanan Kelantan melalui pengukuhan jaringan pemasaran global serta peningkatan nilai tambah produk tempatan bagi memenuhi keperluan pasaran luar negara.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengarah FAMA Negeri Kelantan, YBrs. Encik Muhamad Razis bin Samsu, Pengarah FAMA Negeri Kelantan dan menjadi platform penting untuk memperkukuhkan kerjasama strategik antara FAMA dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam usaha memajukan sektor agromakanan, meningkatkan pendapatan usahawan serta memperluaskan pasaran produk keluaran Kelantan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Semoga jalinan kerjasama yang erat ini dapat terus diperkasakan demi pembangunan sektor agromakanan negeri yang mampan dan berdaya saing. Turut sertai dalam kunjungan hormat ini YBRs. Encik Mohd Firdaus bin Ab Aziz, Timbalan Pengarah Pembangunan Industri Agromakanan FAMA Negeri Kelantan dan YBRs. Encik Muhd Yusuf bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Sekuriti Makanan dan Operasi FAMA Negeri Kelantan.

โ€Ž"๐™„๐™‰๐™๐™€๐™‚๐™๐™„๐™๐™„ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™„๐™‰๐™†๐™‡๐™๐™Ž๐™„๐™‘๐™„๐™๐™„ : ๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐˜พ๐™ ๐™†๐™€๐™…๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐˜ผ๐™‰โ€
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž

08/06/2026
๐Ÿ—“๏ธ: ๐Ÿ” ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ)๐Ÿ•: ๐Ÿ•.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข โ€“ ๐Ÿ’.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ ๐Ÿ“: ๐‰๐ž๐ฅ๐ข, ๐๐š๐ฌ๐ข๐ซ ๐Œ๐š๐ฌ ๐๐š๐ง ๐๐š๐ฌ๐ข๐ซ ๐๐ฎ๐ญ๐ž๐ก, ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐‰๐š๐ ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ข๐ฃ๐ข๐š๐ง...
06/06/2026

๐Ÿ—“๏ธ: ๐Ÿ” ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ)
๐Ÿ•: ๐Ÿ•.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข โ€“ ๐Ÿ’.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 
๐Ÿ“: ๐‰๐ž๐ฅ๐ข, ๐๐š๐ฌ๐ข๐ซ ๐Œ๐š๐ฌ ๐๐š๐ง ๐๐š๐ฌ๐ข๐ซ ๐๐ฎ๐ญ๐ž๐ก, ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐‰๐š๐ ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ข๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š๐š๐ง ๐Š๐ข๐ฅ๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐‘๐ฎ๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ง ๐๐ข ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง

Satu lawatan kerja yang diketuai oleh YBhg. Datoโ€™ Luqman Bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah diadakan bagi meninjau pelaksanaan projek jagung bijian serta cadangan pembinaan kilang makanan ternakan ruminan di Negeri Kelantan.

Lawatan bermula pada jam 7.30 pagi dengan kunjungan ke Projek Jagung Bijian Darulnaim Agro Management Industries Sdn. Bhd. (DAMAI) di Berdang, Jeli. Delegasi seterusnya melawat Projek Jagung Bijian Syarikat Yusri Maju Sdn. Bhd. di Rong Chenok Agro Valley, Pasir Mas.

Pada sebelah petang, lawatan diteruskan ke Projek Jagung Bijian Syarikat ABR Vision Enterprise di Pasir Puteh. Delegasi turut meninjau tapak cadangan pembinaan kilang makanan ternakan ruminan di Wakaf (Padang Pak Amat), Pasir Puteh yang dijangka dapat menyokong pembangunan industri makanan ternakan serta meningkatkan bekalan makanan ternakan bagi pasaran Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand.

Sepanjang lawatan, pelbagai isu, cabaran dan keperluan pembangunan projek telah dibincangkan bersama pihak pengusaha. Lawatan ini memberi peluang kepada pihak kementerian untuk menilai kemajuan semasa projek, mengenal pasti potensi penambahbaikan serta merangka tindakan susulan bagi memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.

Turut menyertai lawatan kerja hari ni YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Sekuriti Makanan dan Operasi, FAMA bersama YBRs. Johari bin Abdullah (Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Pembangunan Industri dan Pengembangan), YBRs. Encik Sarman bin Sidno, Pengarah Kanan Bahagian Pemasaran Segar dan Intervensi FAMA Ibu Pejabat, YBRs. Encik Wan Zulfadhli Syahman bin Wan Yusof,Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) , Pengarah-Pengarah Jabatan dan Agensi KPKM Inc, wakil Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK), Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) serta Darulnaim Agro Management Industries Sdn. Bhd. (DAMAI).

โ€Ž"๐™„๐™‰๐™๐™€๐™‚๐™๐™„๐™๐™„ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™„๐™‰๐™†๐™‡๐™๐™Ž๐™„๐™‘๐™„๐™๐™„ : ๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐˜พ๐™ ๐™†๐™€๐™…๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐˜ผ๐™‰โ€
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž

04/06/2026
SENARIO HARGA PURATA AGROMAKANAN TERPILIH PERINGKAT RUNCIT NEGERI KELANTAN PADA 04 JUN 2026โ€Ž"๐™„๐™‰๐™๐™€๐™‚๐™๐™„๐™๐™„ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™„๐™‰๐™†๐™‡๐™๐™Ž๐™„๐™‘๐™„๐™๐™„ :...
04/06/2026

SENARIO HARGA PURATA AGROMAKANAN TERPILIH PERINGKAT RUNCIT NEGERI KELANTAN PADA 04 JUN 2026

โ€Ž"๐™„๐™‰๐™๐™€๐™‚๐™๐™„๐™๐™„ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™„๐™‰๐™†๐™‡๐™๐™Ž๐™„๐™‘๐™„๐™๐™„ : ๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐˜พ๐™ ๐™†๐™€๐™…๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐˜ผ๐™‰โ€
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„...
01/06/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„๐‘๐“๐”๐€๐ ๐€๐†๐Ž๐๐† ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada :
Pengarah & Seluruh Warga Kerja FAMA Negeri Kelantan

๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam.Semoga ibadah korban dan semangat pengorb...
26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™

Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam.
Semoga ibadah korban dan semangat pengorbanan yang diraikan menjadi inspirasi untuk terus memperkukuhkan keimanan, keikhlasan serta kasih sayang sesama insan.

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua. Semoga hari mulia ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan rahmat buat anda sekeluarga.

๐Ÿ•Œ โ€œPengorbanan yang ikhlas melahirkan kekuatan jiwa dan keberkatan hidup.โ€ ๐Ÿ•Œ

Ikhlas daripada :
YBrs. Muhamad Razis bin Samsu
Pengarah FAMA Negeri Kelantan
dan Seluruh Warga Kerja FAMA Kelantan

โ€Ž"๐™„๐™‰๐™๐™€๐™‚๐™๐™„๐™๐™„ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™„๐™‰๐™†๐™‡๐™๐™Ž๐™„๐™‘๐™„๐™๐™„ : ๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐˜พ๐™ ๐™†๐™€๐™…๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐˜ผ๐™‰โ€
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž
โ€Ž

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI PEJABAT FAMA NEGERI KELANTAN DAN PEJABAT FAMA JAJAHAN NEGERI KELANTANDimaklumkan bahawa ope...
26/05/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI PEJABAT FAMA NEGERI KELANTAN DAN PEJABAT FAMA JAJAHAN NEGERI KELANTAN

Dimaklumkan bahawa operasi Pejabat FAMA Negeri Kelantan dan semua Pejabat FAMA Jajahan Negeri Kelantan akan ditutup sempena hari kelepasan am pada tarikh berikut:

๐Ÿ“… 26 Mei 2026 (Selasa) โ€” Hari Wukuf
๐Ÿ“… 27 Mei 2026 (Rabu) โ€” Hari Raya Qurban
๐Ÿ“… 28 Mei 2026 (Khamis) โ€” Hari Raya Qurban 2
๐Ÿ“… 31 Mei 2026 (Ahad) โ€” Hari Wesak
๐Ÿ“… 1 Jun 2026 (Isnin) โ€” Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Segala urusan akan beroperasi semula seperti biasa pada hari bekerja berikutnya.

Kerjasama dan perhatian semua amat dihargai. Terima kasih.

Bahagian Pengurusan
Pejabat FAMA Negeri Kelantan
Lot 3309, Batu 4, Lebuhraya Pasir Mas - Salor
15150, Kota Bharu, Kelantan.

25/05/2026

Address

Pejabat FAMA Negeri Kelantan, Lot 3309, Batu 4, Lebuhraya Pasir Mas-Salor
Kota Bharu
15150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FAMA Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to FAMA Kelantan:

Share