04/09/2026
PROGRAM JELAJAH LARIAN OBOR KESIHATAN MENTAL PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) PASIR PUTEH, KELANTAN
Pasir Puteh, 03 September 2026 β Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan telah menerima jemputan untuk membuka reruai pameran sempena Program Jelajah Larian Obor Kesihatan Mental Peringkat PKD Pasir Puteh, Kelantan yang telah diadakan di Dewan Utama, Majlis Daerah Pasir Puteh, Kelantan.
Penyertaan JPJ Negeri Kelantan dalam program ini merupakan salah satu usaha untuk mendekati masyarakat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan jalan raya. Reruai pameran JPJ telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yang terdiri daripada warga kerja PKD Pasir Puteh serta penduduk setempat.
Antara aktiviti yang dilaksanakan di reruai pameran JPJ ialah penerangan berkaitan pemilihan topi keledar yang diluluskan, kuiz interaktif, semakan saman serta pengedaran risalah keselamatan jalan raya kepada para pengunjung.
Program seumpama ini diharap dapat memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mematuhi peraturan serta mengamalkan budaya keselamatan jalan raya dalam kehidupan seharian.
Teruskan Ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Kelantan untuk informasi terkini.
-80