Pejuang Kelantan

Pejuang Kelantan LAMAN RASMI PEJUANG NEGERI KELANTAN
Maklumat terkini tentang Pejuang Tanah Air

14/05/2023

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata daeah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Rakyat sekali lagi dipermainkan..Ahmad Maslan patut dipuji ..opsssss
24/12/2022

Rakyat sekali lagi dipermainkan..
Ahmad Maslan patut dipuji ..opsssss

Berapa peniaga mahu dijauhi??Adakah pengguna perlu menambah kos perjalanan untuk mencari peniaga yang jual harga murah?B...
24/12/2022

Berapa peniaga mahu dijauhi??

Adakah pengguna perlu menambah kos perjalanan untuk mencari peniaga yang jual harga murah?

Bagaimana rakyat di kampung?

Mana formula semasa menjadi pembangkang?

Update18 disember 2022AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)Hujan sangat lebat berter...
18/12/2022

Update

18 disember 2022

AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) • Terengganu sehingga Selasa, 20 Disember 2022.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kedah (Padang Terap, S*k dan Baling) • Perak (Hulu Perak) • Kelantan (Gua Musang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) sehingga Selasa, 20 Disember 2022.

SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar) • Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga Selasa, 20 Disember 2022.

🌧️🌧️🌧️Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

🌧️🌧️🌧️Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.

🌧️🌧️🌧️Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Dikeluarkan pada: 6:30 pagi, 18 Disember 2022



KENYATAAN MEDIA:Tun Dr Mahathir Berundur Dari Jawatan Pengerusi Pejuang, Kekal Sebagai Ahli Parti
17/12/2022

KENYATAAN MEDIA:

Tun Dr Mahathir Berundur Dari Jawatan Pengerusi Pejuang, Kekal Sebagai Ahli Parti

Wahai Rakyat Malaysia khususnya Rakyat KelantanSedarkah anda bahawa ada wakil rakyat dan pemimpin tempatan sengaja melam...
13/12/2022

Wahai Rakyat Malaysia khususnya Rakyat Kelantan

Sedarkah anda bahawa ada wakil rakyat dan pemimpin tempatan sengaja melambatkan pembangunan kerana tidak mahu rakyatnya menjadi bijak pandai. Apabila negara atau negeri itu maju, rakyatnya mula bijak , wakil rakyat akan sentiasa ditukar.

Kadang-kadang kita merasa sedih apabila rakyat kita sanggup menjual undi , menggadaikan masa depan dengan duit yang tidak seberapa. Bukan kemajuan yang dicari tetapi puluhan dan ratusan sudah cukup memadai dan memuaskan hati mereka. Mereka tidak sedar pemimpin mereka cuba mengekalkan kuasa kerana masih belum puas merompak , menyamun duit rakyat.

Pernahkah kita terfikir dan melihat keadaan negara kelas ke 3?? Bagaimana keadaan rakyat mereka? Bagaimana kemewahan yang dikecapi pemimpin mereka?

Kita pernah mendengar 'UNDI ANDA MASA DEPAN NEGARA' tetapi kita tidak pernah untuk memahami sehinggakan ada parti politik boleh bercakap '50 ringgit sudah cukup untuk beli undi'

MANA MARUAH ANDA!!!

Jika kita masih tidak mahukan perubahan, masih lagi mengekalkan sikap yang sama.Anda berdosa kepada semua pihak kerana sikap anda menyebabkan negara ini runtuh. Pada fikiran mereka biarlah rakyatnya berada di kelas ke 3 asalkan kuasa dan jawatan dapat dikekalkan

Ubah sikap , Ubah Masa Depan
Jangan jadi manusia yang khianat pada bangsa

-admin X-

YB Machang menerima aduan rakyat MachangADUN PAS tidak boleh nak menyelesaikan masalah rakyat Machang ke?Mohon penjelasa...
12/12/2022

YB Machang menerima aduan rakyat Machang
ADUN PAS tidak boleh nak menyelesaikan masalah rakyat Machang ke?
Mohon penjelasan Wan Ahmad Fayhsal

07/12/2022

Saifuddin Nasution kalah di Parlimen Kulim Bandar Bharu dilantik senator dan kemudian Menteri Dalam Negeri.

Johari Abdul, serah kerusi parlimen Sungai Petani kepada anaknya Dr Taufiq Johari dan anaknya menang.

Hari ini, Johari Abdul bekas ahli parlimen PKR beritahu Malaysiakini namanya disenarai sebagai calon Speaker Dewan Rakyat.

Di antara perjuangan Parti PKR dan syarahan mereka sejak berzaman ialah anti nepotisme, bencikan lantikan anak beranak, keluarga dan sahabat handai.

Jika ini yang dimahukan, elok juga dicadangkan Johari sebagai Speaker, anaknya Timbalan Speaker, isterinya pegawai khas supaya mudah pegawai di parlimen atur makan tengahari keluarga.

Satu lagi, boleh google ‘PKR nepotism’ dan pastinya akan keluar tajuk berita berkenaan ini. Dari segi sejarah parti ini, rata-rata dihantui nepotism dalam parti.

Jadi apa yang dizikir, dituduh dan diceramahkan selama ini sudah kena setepek di muka mereka setiap hari.

Tahniah.

05/12/2022

Apa komen pengundi PH?

05/12/2022

Krikkk..krikkk

Address

Jalan Pasir Hor
Kota Bharu
15200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejuang Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejuang Kelantan:

Share