Puspanita Jajahan Kota Bharu

Puspanita Jajahan Kota Bharu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Puspanita Jajahan Kota Bharu, Government Organization, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu, Kota Bharu.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„πŒππ€π‘π€ π‡πˆπ‰π‘π€π‡ 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπŽπ“π€ 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ2 Julai 2026 - Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu bersama Puspani...
06/07/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„πŒππ€π‘π€ π‡πˆπ‰π‘π€π‡ 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπŽπ“π€ 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

2 Julai 2026 - Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu bersama Puspanita Jajahan Kota Bharu telah menganjurkan program Bubur Asyura di Masjid An Nuur Mukim Bukit Marak.Penganjuran program ini merupakan hasil kerjasama erat antara pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, dengan sokongan serta penyertaan yang amat menggalakkan daripada masyarakat.
Program ini dimulakan dengan kayuhan basikal sebelum diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat, antaranya gotong-royong memasak bubur asyura, ceramah Maal Hijrah, kaunter bergerak bayaran hasil , kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma serta pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang memberikan pelbagai maklumat dan perkhidmatan kepada pengunjung.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Jajahan Kota Bharu selaku penaung Puspanita Jajahan Kota Bharu.Semoga Program ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

25/06/2026

πƒπ„πŒπŽππ’π“π‘π€π’πˆ πŠπ”πˆπ‡ π“π‘π€πƒπˆπ’πˆπŽππ€π‹ ππ„π‘πˆπ€

πƒπ„πŒπŽππ’π“π‘π€π’πˆ πŠπ”πˆπ‡ π“π‘π€πƒπˆπ’πˆπŽππ€π‹ ππ„π‘πˆπ€23 Jun 2026 - PUSPANITA Jajahan Kota Bharu telah menganjurkan satu sesi Demonstrasi Ku...
25/06/2026

πƒπ„πŒπŽππ’π“π‘π€π’πˆ πŠπ”πˆπ‡ π“π‘π€πƒπˆπ’πˆπŽππ€π‹ ππ„π‘πˆπ€

23 Jun 2026 - PUSPANITA Jajahan Kota Bharu telah menganjurkan satu sesi Demonstrasi Kuih Tradisional Peria yang bertujuan memperkenalkan serta memelihara warisan kuih tradisional tempatan.

Demonstrasi ini telah disampaikan oleh wakil Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Kota Bharu yang berkongsi kaedah penyediaan, teknik serta tip menghasilkan Kuih Peria yang enak dan menarik. Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk menambah pengetahuan, memperkukuh kemahiran serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli.

Turut hadir memeriahkan program ialah YBrs. Timbalan Pengerusi I PUSPANITA Jajahan Kota Bharu, ahli-ahli jawatankuasa serta ahli-ahli PUSPANITA Jajahan Kota Bharu yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap penganjuran aktiviti-aktiviti bermanfaat ke arah memperkasa kemahiran, memperkukuh jaringan silaturahim serta meningkatkan kesejahteraan ahli.

Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan warisan kuih-muih tradisional terus dipelihara, dipromosikan dan diwarisi oleh generasi akan datang.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐀𝐖𝐀𝐋 πŒπ”π‡π€π‘π‘π€πŒ πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡1 Muharam 1448H bersamaan 17 Jun 2026 menandakan permulaan tahun baharu dalam kalen...
16/06/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐀𝐖𝐀𝐋 πŒπ”π‡π€π‘π‘π€πŒ πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡

1 Muharam 1448H bersamaan 17 Jun 2026 menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam. Ia mengingatkan kita akan peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah tamadun berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Semangat hijrah mengajar kita untuk sentiasa memperbaiki diri, memperkukuh keimanan serta berusaha melakukan perubahan ke arah yang lebih baik demi mencapai keredaan Allah SWT.

Bertemakan β€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini membawa mesej yang menekankan kesejahteraan ummah yang berilmu, berakhlak mulia dan sentiasa diberkati Allah SWT.
Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh iman dan meningkatkan amal soleh

Ikhlas daripada,
Pengerusi PUSPANITA Jajahan Kota Bharu & AJK PUSPANITA Jajahan Kota Bharu

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahπŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄...
31/05/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 π€π†πŽππ† 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πˆππ‘π€π‡πˆπŒ

sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada seluruh warga PUSPANITA Jajahan Kota Bharu

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡PUSPANITA Jajahan Kota Bharu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh uma...
26/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡

PUSPANITA Jajahan Kota Bharu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Sempena Hari Raya Aidiladha ini, marilah kita menghayati makna sebenar pengorbanan dengan penuh keikhlasan, kesabaran dan rasa syukur kepada Allah SWT. Aidiladha bukan hanya tentang ibadah korban, tetapi juga tentang membina jiwa yang lebih tawaduk, penyayang dan sentiasa mengutamakan kebajikan sesama insan.

Semoga semangat Aidiladha terus menyatukan hati, mengeratkan ukhuwah serta membawa keberkatan dan kedamaian kepada kita semua.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H πŸŒ™
Maaf zahir dan batin πŸŒ™βœ¨

Ikhlas daripada;
Ikhlas daripada Sharifah Norzyana binti Syed Mohamad, Pengerusi PUSPANITA Jajahan Kota Bharu serta Ahli Jawatankuasa Kerja PUSPANITA Jajahan Kota Bharu.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€ πŸπŸŽπŸπŸ”Puspanita Jajahan Kota Bharu mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada seluruh warga ke...
30/04/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€ πŸπŸŽπŸπŸ”

Puspanita Jajahan Kota Bharu mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja di seluruh Malaysia.

Jadilah pekerja yang gigih, berbakti demi keluarga, menyumbang kepada masyarakat, dan membina kemajuan negara.

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ‘πŽπ“πŽπŠπŽπ‹ 𝐃𝐀𝐍 π„π“πˆπŠπ„π“ πŒπ„π‰π€ πŒπ€πŠπ€ππŸ• 𝐀𝐩𝐫𝐒π₯ πŸπŸŽπŸπŸ” - Biro Pendidikan PUSPANITA Jajahan Kota Bharu telah menganjurkan Kurs...
08/04/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ‘πŽπ“πŽπŠπŽπ‹ 𝐃𝐀𝐍 π„π“πˆπŠπ„π“ πŒπ„π‰π€ πŒπ€πŠπ€π

πŸ• 𝐀𝐩𝐫𝐒π₯ πŸπŸŽπŸπŸ” - Biro Pendidikan PUSPANITA Jajahan Kota Bharu telah menganjurkan Kursus Protokol dan Etiket Meja Makan bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Kursus ini disampaikan oleh penceramah jemputan, YBrs. Puan Siti Norsyuhanas binti Mohd Nasri, Pensyarah Kolej Komuniti Pasir Mas, dan dihadiri seramai 40 orang peserta.

Turut hadir memberikan sokongan penuh terhadap kursus yang dianjurkan ialah YBrs. Puan Sharifah Norzyana binti Syed Mohamad, Pengerusi PUSPANITA Jajahan Kota Bharu.

Tujuan penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli. Praktikal secara berkumpulan juga diadakan bagi mewujudkan komunikasi dua hala antara peserta.Selain itu, memberi pendedahan kepada peserta mengenai tatacara etiket di meja makan yang betul, meningkatkan keyakinan diri dalam majlis rasmi, serta membentuk imej yang profesional dan beradab.

βœ¨π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 π‡πšπ«π’ π‘πšπ²πš 𝐀𝐒𝐝𝐒π₯𝐟𝐒𝐭𝐫𝐒 πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒβœ¨Indah langit dihiasi pelangi,Burung berkicau riang sekali,Syawal tiba dinanti-...
20/03/2026

βœ¨π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 π‡πšπ«π’ π‘πšπ²πš 𝐀𝐒𝐝𝐒π₯𝐟𝐒𝐭𝐫𝐒 πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒβœ¨

Indah langit dihiasi pelangi,
Burung berkicau riang sekali,
Syawal tiba dinanti-nanti,
Maaf dipinta setulus hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Tulus ikhlas daripada :
Pengerusi PUSPANITA Jajahan Kota Bharu
& Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Jajahan Kota Bharu

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’πŽπ‹π€π“ 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 π“π€π’ππˆπ‡ 𝐃𝐀𝐍 π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ π‘π€πŒπ€πƒπ‡π€π 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπŽπ“π€ 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”πŸπŸ” 𝐌𝐚𝐜 πŸπŸŽπŸπŸ” - Majlis ...
16/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’πŽπ‹π€π“ 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 π“π€π’ππˆπ‡ 𝐃𝐀𝐍 π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ π‘π€πŒπ€πƒπ‡π€π 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπŽπ“π€ 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸπŸ” 𝐌𝐚𝐜 πŸπŸŽπŸπŸ” - Majlis Solat Sunat Tasbih dan Ceramah Ramadan anjuran PUSPANITA Jajahan Kota Bharu bagi tahun 2026 telah diadakan dengan kehadiran ahli-ahli PUSPANITA serta wakil daripada Majlis Daerah Ketereh.

Solat Sunat Tasbih telah diimamkan oleh YBrs. Ustazah Raziah binti Zainal Karip, Timbalan Ketua Pengelola Halaqat 2 Negeri Kelantan. Beliau juga telah menyampaikan Ceramah Ramadan yang bertajuk β€œMemburu Malam Lailatul Qadar”.

Semoga majlis Solat Sunat Tasbih ini membawa keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT kepada kita semua. Mudah-mudahan segala amalan yang dilaksanakan diterima sebagai ibadah yang ikhlas, menjadi asbab keampunan dosa, serta menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya.

Address

Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu
Kota Bharu
15000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Jajahan Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share