I Love ISLAM

I Love ISLAM "Having someone that reminds you of Allah,
makes u happy, motivates u, inspires u, &
believes in u can really take your life to a new
level"

09/09/2021

Dugaan manusia tidak setanding dugaan Nabi Muhammad SAW...

Dugaan kita mungkin berbeza...

Namun, Allah tidak akan membebani hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dihadapi hamba-Nya.

SABAR DAN REDA.

'Di mana ada kesusahan, di situ ada kemenangan akhirnya.'

Kadang² rasa penat sangat ,                                                                                             ...
03/04/2016

Kadang² rasa penat sangat , Rasa sedih sangat , Rasa putus asa sangat tak nampak jalan keluar , Rasa nak mengalah , tinggalkan semua and then undur diri .. Tapi hidup ni bukan perancangan kita , Qada dan Qadar Allah yang aturkan , Hidup mesti diteruskan , Kuncinya kena yakin kena tabah , Allah hadiahkan Kesenangan melalui ujian yang datang . Moga terus kuat ..

18/01/2016

Dik , kau tuu lelaki .. Semua orang ada awek , kau ada jugak .. Cuma laa , kenapa kau duk post2 gmbar awek kau xpkai tdung pkai bju seksi2 tuu ? Kau jamu mata orang tgok awek kau .. Macam tuu ke cara kau sayang dy ?
Please wake up , kalau betul sayang , jaga laa betul2 , xpayah tunjuk2 kt orang .. Simpan dia untuk kau je , berusaha laa macam mna nak mghalalkannya .. I Love You sekarang orang xpakai dah , murah sangat , yang berani jaga hubungan sampai cakap Aku Terima Nikahnya tuu baru Gentle ..
Hormat sikit , jangan buat gambar dy jadi macam iklan Surat Khabar ..
Sorry , xmention sape2

28/10/2015

SAAT ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH DALAM SOLAT KITA..
RAMAI SEKALI ORANG YANG MEMBACANYA DGN TERGESA-GESA TANPA HENTI DAN SEAKAN-AKAN INGIN CEPAT MENYELESAIKAN SOLATNYA.
PADAHAL DI SAAT KITA SELESAI MEMBACA SATU AYAT DARIPADA SURAH AL-FATIHAH TERSEBUT, اَللّهُ SWT MENJAWAB SETIAP UCAPAN KITA.
DALAM SEBUAH HADITH QUDSI اَللّهُ SUBHANAHU WATA'ALA BER-FIRMAN:
"AKU MEMBAHAGI SOLAT MENJADI DUA BAHAGIAN UNTUK AKU DAN UNTUK HAMBA-KU."
■ ARTINYA, TIGA AYAT DI ATAS IYYAAKA NA'BUDU WA IYYAAKA NASTA'IIN ADALAH HAK ALLAH, DAN TIGA AYAT KE BWHNYA ADALAH URUSAN HAMBA-NYA.
■ KETIKA KITA MENGUCAPKAN "ALHAMDULILLAHI­ROBBIL 'AALAMIIN".اَللّه
ُ MENJAWAB:
"HAMBA-KU TELAH MEMUJI-KU."
■ KETIKA KITA MENGUCAPKAN "AR-ROHMAANIR-ROHIIM", اَللّهُ
MENJAWAB:
"HAMBA-KU TELAH MENGAGUNGKAN-K­U."
■ KETIKA KITA MENGUCAPKAN "MAALIKI YAUMIDDIIN", اَللّهُ MENJAWAB:
"HAMBA-KU MEMUJA-KU."
■ KETIKA KITA MENGUCAPKAN “IYYAAKA NA’ BUDU WA IYYAAKA NASTA’IIN”, اَللّهُ SWT MENJAWAB:
“INILAH PERJANJIAN ANTARA AKU DAN HAMBA-KU.”
■ KETIKA KITA MENGUCAPKAN “IHDINAS SIROOTHAL MUSTAQIIM, SIRAATHALLADZIINA AN’AMTA 'ALAIHIM GHAIRIL MAGHDHUUBI 'ALAIHIM WALADDHOOLLIIN.”­ اَللّهُ MENJAWAB:
“INILAH PERJANJIAN ANTARA AKU DAN HAMBA-KU. AKAN KU PENUHI YANG IA MINTA.” (HR. MUSLIM DAN AT-TIRMIDZI).
■ BERHENTILAH SEJENAK SETELAH MEMBACA SETIAP SATU AYAT. RASAKANLAH JAWAPAN INDAH DARIPADA اَللّهُ KERANA اَللّهُ SWT SEDANG MENJAWAB UCAPAN KITA.
■ SELANJUTNYA KITA UCAPKAN "AAMIIN" DENGAN UCAPAN YANG LEMBUT,
SEBAB MALAIKAT PUN SEDANG MENGUCAPKAN HAL YANG SAMA DENGAN KITA.
■ BARANGSIAPA YANG UCAPAN “AAMIIN-NYA” BERSAMAAN DENGAN PARA MALAIKAT,
MAKA اَللّهُ SWT AKAN MEMBERIKAN KEAMPUNAN KEPADANYA.”
(HR. BUKHARI, MUSLIM, ABU DAWUD)
JIKA ARTIKEL INI BERMANAFAAT SILA SAMPAIKAN KPD SAHABAT2 KITA WALAUPUN SATU AYAT
SABDA RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM:
"SESIAPA YANG MENYAMPAIKAN SATU ILMU DAN ORANG MEMBACA SERTA MENGAMALKANNYA MAKA DIA AKAN MEMPEROLEHI PAHALA WALAUPUN DIA SUDAH TIADA."
(HR. MUSLIM)

10/10/2015

Seseorang lelaki yang bukan muhrim menyentuh kamu wahai hawa , dia bukan menyayangi kamu malah dia menghina kamu .

*ULANG*
Dia MENGHINA KAMU!!

27/07/2015

Semak amal kita.

Jika, apabila tiba waktu solat, kita mula menyalin seluar kepada kain , maka semaklah diri, ilmu dan amal kita.

Jika alasan kita kerana menjaga kesucian, dari manakah datangnya najis? Anda kencing dalam seluar sehingga ia bernajis? Jika air kencing terkena seluar kita, maka mengapa tidak dibasuh dengan air sahaja?

Atau alasan kita kerana sering keluar mazi, menyebabkan anda menyalin seluar kita? Jika mazi alasannya, cukuplah hanya mencurah air ke seluar yang terkena mazi.

Atau alasan kita kerana kotor oleh debu atau lumpur? Jika debu atau lumpur alasannya, ketahuïlah bahawa debu dan lumpur bukan najis.

Jika alasan kita kerana `aurat, maka adakah sepanjang masa tadi kita mendedahkan `aurat?

Maka semaklah diri, ilmu dan amal kita, barangkali kita sebenarnya sedang menyempitkan agama yang luas!

Hanya Diri Kita Shj Yang Tahu Apa Yang Baik Untuk Kita. Dan Allah Lebih Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Kita.
25/07/2015

Hanya Diri Kita Shj Yang Tahu Apa Yang Baik Untuk Kita. Dan Allah Lebih Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Kita.

25/07/2015

Dakwah itu Seni .
Bayangkan , kalau semua pendakwah macam abu bakar ? Lembut . apa akan jadi ?
-
Bayangkan , kalau semua pendakwah macam Umar ? kasar dan tegas . Apa akan jadi ?
-
Bayangkan , kalau semua pendakwah macam Uthman ? pendiam dan tak banyak cakap . Apa akan jadi ?
-
Bayangkan , kalau semua pendakwah macam Ali ? pemalu . Apa akan jadi ?
-
Kalaulah pendakwah ada satu sifat je nescaya bosanlah dakwah dan org akan susah nak terima dakwah .
Sebab tulah nabi tak marah abu bakar , umar , uthman , ali dan lain² dgn sifat masing² . Tapi apa yg Nabi ajar ialah GUNAKAN SIFAT masing² untuk islam .
-
Kerana apa ?
1. Tak semua org boleh berubah dgn teguran lembut . Ada yg boleh berubah dgn teguran yg tegas , sentap dan direct to the point .
2. Tak semua org boleh berubah dgn teguran keras dan sentap . Ada yg boleh terima teguran yg lembut dan belai .

23/07/2015

Masa muda inilah kita nak cari ilmu.
Masa muda inilah kita nak pandai baca Qu'ran.
Masa muda inilah kita nak faham Islam.
Masa muda inilah kita nak banyakkan amal.
Masa muda inilah kita nak membentuk akhlak.
Masa muda inilah kita nak sebarkan dakwah dalam bahagia.
Masa muda inilah kita perlu manfaatkan segala nikmatNya.
Kerana Mati itu tidak kita usia.
Bayi, Muda, Remaja atau Tua,
Sama saja.
Yang berbeza Amalan kita Di dunia.
Taqwa kita Kepada-Nya,
Allah Yang Maha Esa.
Wallahua'lam.
Moga Allah menerima amalan-amalan kita. Dan moga kita tidak menjadi hamba yang rugi. Aamin
Mafi Qolbi Groirullah..

23/07/2015

Sahabat , Ilmu dan Hati

" Kalau kita belajar atau menuntut Ilmu, kita akan hadapi apa yang kita belajar. Perkara itu menduga kita dengan Ilmu kita. Kita ada Ilmu tapi kawan kita disebaliknya, maka kalau kita berhadapan atau bersama dengan dia, kita tak boleh bertindak seperti dia. Tapi janganlah rasa diri kamu tu betul sahaja dengan sebab Ilmu kamu lebih daripadanya. Jangan !

Kita mengalah takpa. Mengalah bukan bererti kamu kalah. Cuma kalau kita nak bercakap tu cakaplah yang Benar, Beradab dan Berakhlaq. Inilah yang selalu menduga Hati kita. Memang setiap kali kalau kita nak merawat Hati ini, mesti ada dugaan seperti itu. Kita ni belajar, Penuntut Ilmu, memang dugaan tu kita yang lebih daripada mereka.

Ibaratnya seperti ini, kalau kita bersama dan duduk dengan orang orang Soleh atau Solehah, mesti percakapan dan perilaku kita berubah menjadi Soleh ,Lebih Baik daripada sebelumnya, Khusyu', dan keadaan tu jadi lain sangat. kenapa? sebab Hati mereka yang Soleh itu. Maknanya kalau Hati kita baik, InshaaAllah kawan kita juga akan berubah.

Seseorang yang menyampaikan Hatinya itu adalah bergantung kepada bagaimana Hati orang tu menerimanya. Contoh, MasyaAllah bestnya ceramah Habib. Bukan masalah bestnya ceramah Habib, tapi Hati kamu yang Best dan Allah سبحانه وتعالى berikan Kefahaman kepada kamu jadi Best. Bukan sebab penceramah tu Hebat, Tapi Hati orang yang terima tu Hebat.

Kenapa kawan kita nak berkawan dengan kita, sebab dia nak jadi baik. Dia nampak kita baik Alhamdulillah, tapi sebenarnya kawan kamu tu yang baik. Kalau dia tak baik, dia tak nampak kita baik. Kalau kita kata dia Jahat, Maknanya kita yang Jahat.

Cuma janganlah sampai kita menjadi perwatakan seperti dia. Kawan kamu berdamping dengan kamu sebab dia nak jadi baik. Kalau kita menjauhkan diri, kita bimbang bukan sahaja dia jauh daripada kita,bahkan dia juga jauh dengan Majlis Majlis yang Baik.

Berdoalah kepada Allah سبحانه وتعالى. Ya Allah aku nak pergi Majlis Ilmu ni, bersihkan hati dia, terangkan hatinya, mudah mudahan dia dapat Ilmu yang bermanfaat, aku dapat dia pun dapat Ya Allahh. Ubahlah Akhlaq ku dan Akhlaq dia Ya Allah. Amiin mudah mudahan."

( Daurah Kitab Ayyuhal Walad. Malam 25 Ramadan 1436 ه)

- Ad Da'ie IlaAllah Al Habib Najmuddin Bin Syed Othman Al Khered حفظه الله تعالى -

22/07/2015

"Kalau gambar selfie blh edit utk jadi lebih cantik dari ada jerawat edit hingga satu jerawat pn takde .
Knpa akhlak diri sendiri sukar untuk diedit utk jadi lebih baik dn lebih menghormati teguran orang lain?"

22/07/2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

6.syawal 1436 bersamaan 22 July 2015.

Tajuk: TIADA KESEMPURNAAN TANPA IKHLAS

"TANAMKAN WUJUD KAMU DALAM BUMI YANG TERSEMBUNYI KERANA YANG TUMBUH DARI SESUATU YANG TIDAK DITANAM ITU TIDAK SEMPURNA HASILNYA."- Ibnu Atha'illah As Sakandari.

Ikhlas menjadi kekuatan yang menghalau syirik Jalan syirik adalah kepentingan diri sendiri. Oleh itu diri sendiri mesti diperhatikan bagi mengelakkan berlakunya syirik. Bila kepentingan diri sendiri boleh ditundukkan baharulah muncul keikhlasan.

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
( Ayat 21 : Surah adz-Dzaariyaat )

Hikmat ini mengajak kita menyelami persoalan yang lebih halus iaitu hakikat diri kita sendiri atau kewujudan kita. Kita dijadikan daripada tanah, maka kembalikan ia (jasad) kepada tanah, iaitu ia (jasad) harus dilayani sebagai tanah supaya ia tidak mengenakan tipu dayanya. Apabila kita sudah dapat menyekat pengaruh jasad maka kita hadapi p**a roh kita. Roh datangnya daripada Allah s.w.t, kerana roh adalah urusan Allah s.w.t, maka kembalikan ia kepada Allah s.w.t. Apabila seseorang hamba itu sudah tidak terikat lagi dengan jasad dan roh maka jadilah dia bekas yang sesuai untuk diisi dengan Allah s.w.t.

Pada awal perjalanan, seseorang pengembara kerohanian membawa bersama-samanya sifat-sifat basyariah serta kesedaran terhadap dirinya dan alam nyata. Dia dikawal oleh kehendak, pemikiran, cita-cita, angan-angan dan lain-lain. Anasir-anasir alam seperti galian, tumbuh-tumbuhan dan haiwan turut mempengaruhinya. Latihan kerohanian menghancurkan sifat-sifat yang keji dan memutuskan rantaian pengaruh anasir-anasir alam.

Hijab nafsu dan akal yang membungkus hati sehingga kebenaran tidak kelihatan. Akal yang ditutupi oleh kegelapan nafsu, iaitu akal yang tidak menerima pancaran nur, tunduk kepada perintah nafsu. Nafsu tidak pernah kenyang dan akal sentiasa ada jawapan dan alasan. Hujah akal menjadi benteng yang kukuh buat nafsu bersembunyi. Jangan memandang enteng kepada kekuatan nafsu dalam menguasai akal dan pancaindera. Al-Quran telah memberi peringatan mengenainya:

"Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. "
( Ayat 43 & 44 : Surah al-Furqaan )

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlan kisah-kisah itu supaya mereka mahu berfikir."
( Ayat 176 : Surah al-A’raaf )

Manusia yang menerima ayat-ayat Allah s.w.t yang seharusnya menjadi mulia telah bertukar menjadi hina kerana mereka memperturutkan hawa nafsu. Ayat-ayat Allah s.w.t yang diketahuinya memancarkan cahaya pada hati dan akalnya tetapi kegelapan nafsu membungkus cahaya itu. Di dalam kegelapan nafsu, akal mengadakan hujah bagi mendustakan ayat-ayat Allah s.w.t yang dia sendiri mengetahuinya. Allah s.w.t mengadakan perbandingan yang hina bagi orang yang seperti ini. Mereka adalah umpama anjing yang tidak boleh berfikir dan tidak bermaruah. Buruk sekali pandangan Allah s.w.t terhadap orang yang mempertuhankan nafsunya. Nafsu yang tidak mahu kenyang adalah umpama anjing yang sentiasa menjulurkan lidahnya, tidak memperdulikan walaupun dihalau berkali-kali.
Allah s.w.t mewahyukan ayat-ayat yang menceritakan tentang kehinaan manusia yang menerima ayat-ayat-Nya tetapi masih juga memperturutkan hawa nafsu, supaya cerita yang demikian boleh memberi kesedaran kepada mereka. Jika mereka kembali sedar, mereka akan keluar daripada kegelapan nafsu. Berpandukan ayat-ayat Allah s.w.t yang sudah mereka ketahui mereka akan temui jalan yang benar.
Ayat-ayat yang diturunkan Allah s.w.t memberi pengertian kepada Rasulullah s.a.w bahawa cendikiawan Arab yang menentang baginda s.a.w berbuat demikian bukan kerana tidak dapat melihat kebenaran yang baginda s.a.w bawa, tetapi mereka dikuasai oleh hawa nafsu. Cahaya kebenaran yang menyala dilubuk hati ditutupi oleh kegelapan nafsu. Orang yang telah menerima cahaya kebenaran tetapi mendustakannya itulah yang diberi perumpamaan yang hina oleh Allah s.w.t.
Menurut cerita daripada Ibnu Abbas, pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal’am bin Ba’ura. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Bal’am rahsia khasiat-khasiat nama-nama Allah Yang Maha Besar. Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israil, setelah selamat daripada Firaun, sampai hampir dengan negeri tempat tinggal Bal’am. Raja negeri tersebut ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum yang telah berjaya menewaskan Firaun. Setelah bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk meminta pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan ilmunya untuk mengalahkan Nabi Musa a.s. Bal’am yang pada mulanya enggan berbuat demikian tetapi akhirnya bersetuju juga setelah isteri kecintaannya menerima sogokan daripada Raja. Bal’am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa a.s. Menurut cerita, doa dan perbuatan Bal’am dimakbulkan Allah s.w.t dan ia menjadi sebab kaum Nabi Musa terperangkap di Padang Teh beberapa tahun lamanya. Apabila Nabi Musa a.s mendoakan agar kaumnya dilepaskan daripada sekatan tersebut, Allah s.w.t memakbulkan doa tersebut dan pada masa yang sama laknat turun kepada Bal’am.
Sebahagian orang menganggap cerita di atas sebagai cerita Israiliat. Rasulullah s.a.w menentukan dasar bahawa cerita ahlul kitab tidak dibenarkan dan tidak didustakan. Cerita tersebut dibawa sekadar menunjukkan sejauh mana kekuatan nafsu menutup pandangan hati sehingga Bal’am sanggup menentang Nabi Musa a.s walaupun dia mengetahui kebenarannya, sebagaimana cendikiawan Arab menentang Rasulullah s.a.w sekalipun hati kecil mereka menerima kebenaran baginda s.a.w.
Menundukkan nafsu bukanlah pekerjaan yang mudah. Seseorang itu perlu kembali kepada hatinya, bukan akalnya. Hati tidak akan berbohong dengan diri sendiri sekalipun akal menutupi kebenaran atas perintah nafsu. Kekuatan hati adalah ikhlas. Maksud ikhlas yang sebenarnya adalah:

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.
( Ayat 162 : Surah al-An’aam )

Dalam ikhlas tidak ada kepentingan diri. Semuanya kerana Allah s.w.t. Selagi kepentingan diri tidak ditanam dalam bumi selagi itu ikhlas tidak tumbuh dengan baik. Ia menjadi sempurna apabila wujud diri itu sendiri ditanamkan. Bumi tempat menanamnya adalah bumi yang tersembunyi, jauh daripada perhatian manusia lain. Ia adalah umpama kubur yang tidak bertanda.
Wallahualam.

-Siri Ilmu Tasawwuf #4

Address

Kampong Kok Lanas
Kota Bharu
16450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when I Love ISLAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share