Polis Kontinjen Kelantan

Polis Kontinjen Kelantan FACEBOOK RASMI POLIS DIRAJA MALAYSIA ( PDRM ) KELANTAN. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Jalan Bayam 15590, Kota Bharu Kelantan Darul Naim.
(1)

POLISI FACEBOOK RASMI POLIS DIRAJA MALAYSIA ( PDRM )

PDRM mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengunjung dan menghormati hak asasi bagi setiap individu untuk kebebasan berfikir, kebebasan memberi pendapat dan berekspresi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) mencapai objektifnya sebagai satu platfo

rm interaksi yang dapat memberi kesedaran mengenai pencegahan jenayah yang efektif, maka pihak admin berhak memadam sebarang komen yang tidak sesuai. Panduan memberi komen di facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) adalah seperti berikut:

�Komen Yang Boleh Diterima
�Komen secara umum, komen yang membina dan cadangan yang bernas.

� Komen Yang Tidak Diterima
�Komen yang menyentuh isu perkauman, dasar ataupun corak penugasan operasi polis, menimbulkan kebencian, fitnah, ancaman, lucah, keganasan, komen yang menggunakan bahasa yang kasar dan berunsur "personal attack".

�Iklan
�maklumat peribadi tentang orang lain
� bahan hak cipta milik orang lain
�link ke laman web yang tidak sesuai
�spam

�Maklumat Jenayah
�Semua maklumat jenayah perlu disalurkan ke alamat e-mel: [email protected]. Tindakan ini adalah penting demi keselamatan diri pemberi maklumat dan menjamin keselamatan maklumat itu sendiri.

�Laporan Polis
� Hubungi / lapor kepada pihak polis di kawasan anda. Pihak PDRM tidak menerima laporan polis melalui e-mel dan Facebook Rasmi PDRM.

�Hak Pentadbir
�Pentadbir Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia berhak untuk meminda sebarang polisi yang dinyatakan di sini dari masa ke semasa. Pentadbir berhak dalam sebarang keadaan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan objektif Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia sentiasa terpelihara.

�Pentadbir juga berhak untuk membuang/mamadam komen-komen yang berbentuk provokasi atau menggunakan bahasa yang menyentuh sensitiviti individu, organisasi, parti, agama dan perkauman.

�Segala pandangan/pendapat/komen oleh mana-mana individu di mana-mana ruang di dalam Facebook Rasmi PDRM adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pentadbir Facebook Rasmi PDRM.

�Pihak pentadbir Facebook Rasmi PDRM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada pandangan/pendapat/komen berkenaan.

05/09/2026

𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝙋𝙀𝙉𝙏𝘼𝙐𝙇𝙄𝘼𝙃𝘼𝙉 𝙆𝙐𝙍𝙎𝙐𝙎 𝘼𝙎𝘼𝙎 69 𝙆𝙊𝙈𝘼𝙉𝘿𝙊

5 September 2026, Kem Sultan Nazrin Shah, Perak. YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), telah merasmikan Majlis Pentauliahan Kursus Asas 69 Komando sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para peserta yang berjaya menamatkan latihan asas pasukan elit PDRM.

YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, turut menzahirkan penghargaan kepada jurulatih serta seluruh warga 69 Komando atas komitmen melahirkan pasukan yang sentiasa bersedia mempertahankan keamanan negara.

Majlis ini melambangkan kejayaan para peserta menempuh latihan yang mencabar, sekali gus melahirkan anggota yang berdisiplin, berintegriti, berkemahiran tinggi serta sentiasa bersedia mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam.



04/09/2026
04/09/2026
04/09/2026

⚠️ 2 WARGANEGARA INDONESIA DITAHAN TIDAK MILIKI DOKUMEN PERJALANAN YANG SAH.

3 September 2026 (Khamis) - Petugas Unit Kereta Peronda (MPV) hari ini telah menahan 2 wanita warganegara Indonesia hasil dari maklumat orang awam berkaitan pergerakan yang mencurigakan di kawasan Jalan Meranti, Pasir Mas jam 2.30 petang tadi.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah. Kedua-dua suspek kemudian ditahan dan dibawa balik ke IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Sek. 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

PDRM merakamkan penghargaan kepada masyarakat yang menyalurkan maklumat dalam usaha memastikan kesejahteraan dan keselamatan daerah Pasir Mas sentiasa terjamin.

04/09/2026

Kepada semua pesara polis, bekas polis, pasangan serta waris yang layak, tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis bantuan yang disediakan melalui Tabung Amanah Warisan Polis atau TAWP bagi membantu warga polis dan keluarga yang memerlukan?

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TIGA, TOK BALI, KELANTANTOK BALI, KELANTAN | 3 SEPTEMBE...
03/09/2026

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TIGA, TOK BALI, KELANTAN

TOK BALI, KELANTAN | 3 SEPTEMBER 2026 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Siap Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Tok Bali, Kelantan daripada Syarikat PBLT Sdn. Bhd. kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga itu turut dihadiri YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, barisan pengurusan tertinggi KDN, YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Hj. Hassan Basri, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KDNKA), YDH CP Datuk Redzuan bin Abd Hamid, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, YDH CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff bin Mamat, Ketua Polis Kelantan, serta barisan pegawai kanan PDRM dan agensi-agensi di bawah KDN.

Dalam majlis tersebut, YB Menteri Dalam Negeri turut meluangkan masa mengadakan lawatan sekitar projek sebelum menyempurnakan sesi penyerahan projek. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Mesyuarat Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Bilangan 1 Tahun 2026 serta sesi bergambar dan sidang media.

Projek penyiapan Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Tok Bali ini merupakan satu usaha penting dalam memperkukuh kemudahan serta kesiapsiagaan Pasukan Polis Marin, khususnya dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan perairan negara dan membanteras sebarang bentuk ancaman serta aktiviti jenayah di kawasan perairan.

PDRM terus komited memperkasakan aspek infrastruktur, keupayaan operasi dan kesejahteraan warga pasukan selaras dengan aspirasi Kementerian Dalam Negeri dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Integriti dan Efisien Ke Arah Kecemerlangan











03/09/2026

𝗝𝗨𝗥𝗨𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛 𝗧𝗔𝗘𝗞𝗪𝗢𝗡𝗗𝗢 𝗟𝗔𝗞𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗞𝗦𝗨𝗔𝗟 𝗙𝗜𝗭𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗗𝗜𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔

KOTA BHARU, 3 September 2026: Seorang jurulatih taekwondo warga Kemboja, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas beberapa pertuduhan amang seksual fizikal ke atas seorang pelatih, 10 tahun yang lalu.

Tertuduh berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 14(a)/14(d)Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, bagi setiap kesalahan, jika disabitkan kesalahan.

Pertuduhan turut dikemukakan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan jenayah kekerasan bagi tujuan mencabul kehormatan, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan.

Mangsa, yang pada masa berkenaan berusia 17 tahun, mendakwa telah disentuh bahagian badannya tanpa kerelaan sewaktu menjalani latihan dan tunjuk ajar dari tertuduh.

Kejadian berlaku pada sesi sebelah malam sewaktu semua pelatih lain telah pulang ke rumah masing-masing.

Mangsa turut mendakwa kejadian tersebut berlaku kali terakhir pada tahun 2015, sewaktu berusia 17 tahun. Mangsa hanya memperoleh keberanian untuk melaporkan kejadian tersebut pada 16 Ogos yang lalu, kerana khuatir keluarganya tidak mempercayai dakwaan tersebut. Mangsa juga percaya terdapat pelatih lain yang menjadi mangsa kepada tertuduh.

Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan.

Hakim Nik Habri Bin Muhamad menetapkan tarikh 5 Oktober 2026 untuk sebutan semula kes. Jamin tidak ditawarkan.



02/09/2026

𝗗𝗨𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗖𝗨𝗥𝗜 𝗠𝗢𝗧𝗢𝗦𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗗𝗜𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔

TUMPAT, 2 September 2026: Dua lelaki tempatan berusia 33 dan 35 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tumpat hari ini atas pertuduhan mencuri motosikal.

3 Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 379A/34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara 1 hingga 7 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Perbuatan jenayah tersebut didakwa dilakukan oleh tertuduh-tertuduh pada 11 Ogos yang lalu, dimana mereka didakwa telah melarikan sebuah motosikal milik seorang pemancing, di atas tebing sungai Pasir Pekan Hulu Wakaf Baru, Tumpat.

Mangsa yang sedang memancing, terdengar bunyi motosikal miliknya dihidupkan, sebelum bergegas ke lokasi terakhir motosikal diletakkan, dan mendapati motosikal miliknya telah dilarikan.

Bertindak atas laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tumpat telah menggerakkan Op Lejang dan telah berjaya memberkas tertuduh di sebuah rumah di Simpang Tiga Kuala Geting, Pengkalan Kubur pada 23 Ogos yang lalu. Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua tertuduh juga terlibat dalam 2 kes curi motorsikal di sekitar Tumpat.

Pihak polis turut berjaya menemukan dan merampas sebuah motosikal beserta beberapa helai pakaian, dipercayai terkait langsung dengan kes yang sedang disiasat.

Dalam kamar pertuduhan hari ini, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi memerintahkan hukuman 12 bulan penjara bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua dan ketiga masing-masing dijatuhkan hukuman 12 bulan dan 18 bulan penjara keatas kedua-dua tertuduh.



02/09/2026

𝗗𝗨𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗖𝗨𝗕𝗔 𝗟𝗢𝗟𝗢𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗜𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔

KOTA BHARU, 2 September 2026: Dua lelaki tempatan berusia 24 dan 25 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam serta menggunakan kekerasan ke atas seorang anggota polis.

Tertuduh pertama, seorang pemandu lori didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Manakala seorang lagi tertuduh, didakwa di bawah Seksyen 353 Kanun yang sama, berdepan hukuman penjara sehingga 2 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu pada awal pagi 26 Ogos yang lalu, sepasukan anggota telah menahan sebuah lori dan sebuah kereta yang dinaiki tertuduh-tertuduh di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

Pemandu lori, iaitu tertuduh pertama, telah meloloskan diri dengan memecut laju, sewaktu pemeriksaan dijalankan. Kenderaan terbabit dipercayai sedang membawa muatan seludup.

Tertuduh kedua, iaitu pemandu kereta, telah dimasukkan ke dalam kenderaan yang dinaiki anggota polis sebelum bertindak berani, menendang dan memukul anggota terbabit sehingga tercampak keluar dari kenderaan.

Pihak polis telah melepaskan tembakan amaran ke arah lori berkenaan, namun lori tersebut berjaya meloloskan diri dengan bantuan tonto, sewaktu memasuki jalan kampung.

Bertindak atas laporan diterima, pada petang 27 Ogos yang lalu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu telah menahan kedua-dua tertuduh bersama kenderaan-kenderaan terlibat untuk siasatan dan tindakan lanjut

Dalam kamar pertuduhan hari ini, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka.

Majistret Tuan Wan Mohd Izzat Wan Abdullah memerintahkan hukuman denda RM 3000 keatas tertuduh pertama. Manakala tertuduh kedua diperintahkan hukuman denda RM4000.



Address

Jalan Bayam
Kota Bharu
15590

Telephone

+6097455622

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Kontinjen Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share