02/09/2026
π PANTAI TAPANG DIIKTIRAF SEBAGAI DESTINASI MAKANAN SELAMAT PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026! π½οΈβ¨
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 bertempat di Pantai Tapang, Bachok, Kelantan pada hari ini, 2 September 2026.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Tuan Haji Mohd Zaki bin Yusoff, Ketua Jajahan Bachok, mewakili Yang Berhormat YB Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Dengan bertemakan "Dari Bebanan kepada Penyelesaian: Makanan Selamat Dimana Jua", sambutan pada kali ini membawa mesej penting bahawa akses kepada makanan yang selamat dan bersih adalah tanggungjawab bersama demi menjamin kesejahteraan serta kesihatan masyarakat.
π Antara Sorotan Utama Acara:
ποΈ Peluncuran Pantai Tapang sebagai Destinasi Makanan Selamat 2026
Gimik perasmian yang unik telah disempurnakan menerusi simbolik penandatanganan Surfboard Destinasi Makanan Selamat oleh YABrs. Ketua Jajahan Bachok. Ini menandakan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam memastikan premis-premis makanan di kawasan perkelahan dan pelancongan mematuhi piawaian kebersihan tertinggi.
π€ Kehadiran Tetamu-Tetamu Kehormat:
Turut hadir bersama meriahkan majlis:
β’ YB Dr. Hafidzah binti Mustakim (ADUN Kota Lama)
β’ YBrs. Dr. Rohana binti Daud (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri - Perubatan, mewakili Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan)
β’ YBrs. Puan Natrah binti Abu Bakar (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri - Keselamatan dan Kualiti Makanan)
β’ YBrs. Dr. Razan binti Ab. Samat (Pegawai Kesihatan Daerah Bachok)
β’ YDh. Supt. Mohamad Ismail bin Jamaluddin (Ketua Polis Daerah Bachok)
β’ YBrs. Encik Rosli bin Mamat (Pemilik Pantai Tapang)
β’ Barisan Pengurusan Tertinggi JKN Kelantan, rakan-rakan strategik, pengusaha industri makanan, serta penduduk setempat.
π Pelbagai Aktiviti & Acara Sampingan Subur Kemeriahan:
Sambutan dimeriahkan lagi dengan pelbagai pameran interaktif kesihatan, kaunter perkhidmatan (AADK, PDRM, LHDN, Tabung Haji, Pejabat Tanah), saringan kesihatan, senamrobik, Walkabout Premis BeSS, serta Sukan Rakyat seperti Bowling Kelapa dan Kukur Kelapa. Tidak ketinggalan, penyampaian 70 hadiah Cabutan Bertuah termasuk kepingan emas dan pakej penginapan di Tapang Beach Resort!
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, rakan strategik, pengusaha makanan, serta warga Bachok yang hadir memberikan sokongan padu.
Ingat, kesihatan dan keselamatan makanan bermula daripada diri kita sendiri!
"Dari Bebanan kepada Penyelesaian β Makanan Selamat Dimana Jua"