Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Jabatan Mufti Negeri Kelantan Jabatan M***i Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan sebarang aduan, pertanyaan atau cadangan daripada masyarakat.

Orang awam boleh menyalurkan maklumat melalui Facebook rasmi jabatan, e-mel, ataupun talian telefon.

Salam Maulidul Rasul
25/08/2026

Salam Maulidul Rasul


PROGRAM BICARA ILMIAH: MEMPERKASA AKIDAH DAN TASAWWUF ISLAMKOTA BHARU, 23 Ogos 2026 – Jabatan M***i Negeri Kelantan deng...
24/08/2026

PROGRAM BICARA ILMIAH: MEMPERKASA AKIDAH DAN TASAWWUF ISLAM

KOTA BHARU, 23 Ogos 2026 – Jabatan M***i Negeri Kelantan dengan kerjasama Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu telah menganjurkan Program Bicara Ilmiah “Memperkasa Akidah dan Tasawwuf Islam” yang berlangsung di Dewan Hilir, Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan, pada Ahad, 10 Rabiulawal 1448H bersamaan 23 Ogos 2026M.

Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari itu bertujuan menyediakan ruang pengisian ilmu dan wacana ilmiah kepada masyarakat, khususnya dalam memperkukuh kefahaman berkaitan akidah dan tasawwuf Islam berteraskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sesi pertama menampilkan Dialog Aspirasi bertajuk “Salaf – Khalaf: Pengharmonian Fikr Era Moden” yang menampilkan dua orang ahli panel, iaitu YBhg. Dato’ Wan Hassan bin Wan Muhamad, Ahli Jemaah Ulamak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), serta YBrs. Dr. Abdull Rahman Mahmod, Ketua Program Siswazah, Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merangkap Ahli Jemaah Ulamak MAIK.
Dialog tersebut membincangkan perbezaan serta titik temu antara pendekatan Salaf dan Khalaf, di samping mengetengahkan kepentingan pengharmonian pemikiran dan kefahaman Islam dalam menghadapi perkembangan serta cabaran pemikiran pada era moden.

Seterusnya, program diteruskan dengan Pembentangan Kedua bertajuk “Pengenalan kepada Imam Junaid al-Baghdadi: Syeikhul Taifah dan Manhaj Tasawwuf Sunni” yang disampaikan oleh YB. SS Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad (Dato’ Kaya Perba), M***i Kerajaan Negeri Kelantan.
Pembentangan ini mengetengahkan ketokohan Imam Junaid al-Baghdadi sebagai salah seorang tokoh penting dalam tradisi tasawwuf Sunni serta memperkenalkan manhaj tasawwuf yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah serta disiplin ilmu Islam yang muktabar.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Jabatan M***i Negeri Kelantan dalam memperkasa penyampaian ilmu dan kefahaman Islam kepada masyarakat, khususnya berkaitan akidah dan tasawwuf, di samping memperkukuh penghayatan terhadap tradisi keilmuan Islam yang muktabar dalam mendepani cabaran pemikiran semasa.

BENGKEL DALAMAN: PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PERKHIDMATAN AWAMPada 17 Ogos 2026, Jabatan M***i Negeri Kelant...
18/08/2026

BENGKEL DALAMAN: PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Pada 17 Ogos 2026, Jabatan M***i Negeri Kelantan telah mengadakan Bengkel Dalaman Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam Perkhidmatan Awam yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bengkel yang disertai oleh kira-kira 30 orang pegawai dan kakitangan ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkembangan teknologi AI serta potensi penggunaannya dalam membantu tugasan harian di tempat kerja. Program ini dikendalikan oleh Puan Ts. Siti Hajar binti Alaf Din melalui gabungan sesi penerangan teori dan latihan praktikal bagi memastikan peserta dapat memahami serta mengaplikasikan penggunaan AI secara lebih berkesan.

Sepanjang bengkel, peserta berpeluang meneroka pelbagai kaedah penggunaan AI yang dapat membantu meningkatkan produktiviti, mempercepatkan penyediaan bahan kerja dan menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap. Penglibatan aktif peserta dalam sesi praktikal turut menjadikan program ini lebih interaktif dan memberi pengalaman pembelajaran yang bermanfaat.

Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus memperkukuh budaya pembelajaran dan inovasi dalam kalangan warga Jabatan M***i Negeri Kelantan selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan keperluan perkhidmatan awam.

Jabatan M***i Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKIN...
06/08/2026

Jabatan M***i Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sr. Hj. Zamri bin Hj. Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, pada 6 Ogos 2026 bersamaan 22 Safar 1448H.

Kunjungan hormat ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jalinan kerjasama antara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Jabatan M***i Negeri Kelantan.

Semoga kunjungan ini dapat terus memperkukuh hubungan dan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak serta memberi manfaat kepada masyarakat dan Negeri Kelantan.

PROGRAM M***I BERSAMA MASYARAKAT DI MASJID AL-FALAH MUKIM PALOH, TUMPATJabatan M***i Negeri Kelantan (JMNK) dengan anjur...
26/07/2026

PROGRAM M***I BERSAMA MASYARAKAT DI MASJID AL-FALAH MUKIM PALOH, TUMPAT

Jabatan M***i Negeri Kelantan (JMNK) dengan anjuran bersama Pejabat Agama Jajahan Tumpat dan Masjid al-Falah Mukim Paloh,Tumpat telah berjaya melaksanakan Program M***i Bersama Masyarakat pada 25 Julai 2026M bersamaan 10 Safar 1448H bertempat di Masjid Al-Falah Mukim Paloh, Tumpat dengan kehadiran masyarakat setempat serta pelbagai agensi yang turut menjayakan program melalui pameran dan aktiviti berkaitan.

Program terdiri daripada beberapa slot ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Nik Ahmad Zuhdi bin Nik Yaacob (Pegawai Fatwa JMNK) dan Dr. Salazahrin bin Salleh (Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bandar) dan kemuncak utamanya ialah sesi sembang fatwa dan soal jawab hukum bersama YB. Sahibus Samahah Dato' Kaya Perba, M***i Kerajaan Negeri Kelantan yang dihoskan oleh Ustaz Mohd Taufik bin Mohd Asri (Pegawai Rujukan Maklumat JMNK). Sesi ini memberi peluang kepada para hadirin mengemukakan pelbagai persoalan berkaitan hukum-hakam semasa yang pelbagai dan dijawab secara langsung oleh YB. SS Dato’ Kaya Perba M***i Kerajaan Negeri Kelantan.

Sesi ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan menjadi platform penting dalam menyampaikan penjelasan hukum, sekali gus mengeratkan hubungan antara institusi kefatwaan dengan masyarakat. Selain daripada itu, program ini turut diserikan lagi dengan pertandingan mewarna kanak-kanak yang terdiri daripada umur 4 hingga 12 tahun. Bagi menghargai kehadiran dan penyertaan masyarakat sesi cabutan bertuah telah diadakan dan pelbagai hadiah cabutan bertuah telah disampaikan kepada penduduk.

Secara keseluruhannya, program ini dapat memperkukuh penyampaian ilmu, meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap hukum-hakam Islam, serta mendekatkan Jabatan M***i Negeri Kelantan dengan masyarakat melalui pendekatan yang mesra, ilmiah dan berkesan.

Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.

PROGRAM PEMANTAPAN FALAK, ASTRONOMI DAN ASTROFOTOGRAFI DI BALAI CERAP UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA), KUALA TE...
12/07/2026

PROGRAM PEMANTAPAN FALAK, ASTRONOMI DAN ASTROFOTOGRAFI DI BALAI CERAP UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA), KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Pada 12 Julai 2026, Ahad, Jabatan M***i Negeri Kelantan telah mengadakan Program Pemantapan Falak, Astronomi dan Astrofotografi di Balai Cerap KUSZA, ESERI, UniSZA, Kuala Terengganu, Terengganu. Delegasi jabatan tiba sekitar pukul 9.30 pagi diketuai oleh Sahibul Samahah Dato' Kaya Perba, M***i kerajaan negeri Kelantan.

Program disusuli dengan sesi perbincangan bersama pihak Balai Cerap UniSZA berhubung cadangan pembinaan Balai Cerap dan Baitul Hilal Negeri Kelantan sebagai langkah memperkukuh pembangunan infrastruktur, pendidikan dan pelancongan di negeri ini.

Penganjuran program ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak serta meneliti pelbagai aspek pembangunan dan pemerkasaan bidang falak, khususnya dalam aktiviti cerapan hilal, penyelidikan astronomi dan pengembangan ilmu falak selaras dengan perkembangan semasa.

Jabatan M***i Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Balai Cerap UniSZA atas kesudian menerima kunjungan delegasi ini. Semoga segala usaha dan perancangan yang direncanakan dipermudah dan diberkati oleh Allah SWT serta memberi manfaat kepada agama dan masyarakat.

"Memartabatkan Ilmu Falak, Memperkukuhkan Institusi"

***iKelantan

Bahagian Rujukan Maklumat
Jabatan M***i Negeri Kelantan

MESYUARAT JAWATANKUASA MUZAKARAH MKI KALI KE-130Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin, segala puji bagi Allah SWT atas limpah ku...
05/07/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA MUZAKARAH MKI KALI KE-130

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin, segala puji bagi Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-130 yang telah berlangsung pada 29 Jun hingga 1 Julai 2026 di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan telah berjaya disempurnakan dengan lancar.

Jabatan M***i Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), khususnya Bahagian Muzakarah dan Penyelarasan Penyelidikan, Bahagian Penyelidikan, atas kepercayaan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan M***i Negeri Kelantan sebagai urusetia bagi penganjuran mesyuarat yang amat bermakna ini.

Penghargaan turut dirakamkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Muzakarah MKI, para pembentang, wakil-wakil agensi, urus setia serta semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan sepanjang mesyuarat ini berlangsung.

Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah SWT serta menjadi pemangkin kepada pemerkasaan institusi fatwa dan penyelarasan hukum syarak di negara ini demi kemaslahatan ummah.

Pihak Jabatan M***i Negeri Kelantan juga memohon kemaafan atas sebarang kekurangan atau kelemahan sepanjang menjadi urusetia penganjuran mesyuarat ini.

Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama strategik antara Jabatan M***i Negeri Kelantan, JAKIM serta seluruh institusi kefatwaan di Malaysia akan terus Bersatu fikrah dan diperkukuhkan pada masa hadapan, insya-Allah.

***iNegeriKelantan

05/07/2026
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN M***I NEGERI KELANTAN KE HOSPITAL PASIR MAS PERKUKUH KEFAHAMAN FIQH PERUBATAN DAN RAWATAN ISLAM...
17/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN M***I NEGERI KELANTAN KE HOSPITAL PASIR MAS PERKUKUH KEFAHAMAN FIQH PERUBATAN DAN RAWATAN ISLAM

PASIR MAS, 16 Jun 2026 – Jabatan M***i Negeri Kelantan (JMNK) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Hospital Pasir Mas bertempat di Dewan Permai, Hospital Pasir Mas sebagai usaha memperkukuhkan kerjasama strategik antara institusi fatwa dan sektor kesihatan dalam mendepani pelbagai isu semasa berkaitan syariah, perubatan dan rawatan Islam.

Delegasi JMNK yang terdiri daripada 10 orang pegawai dan kakitangan telah diketuai oleh YB SF Dato' Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad, Dato' Biji Sura, Timbalan M***i Kerajaan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah AF Ustaz Nik Ahmad Zuhdi bin Nik Yaacob, Pegawai Fatwa Jabatan M***i Negeri Kelantan. Program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pegawai perubatan, jururawat dan kakitangan Hospital Pasir Mas dan juga Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas.

Program dimulakan dengan tayangan montaj Hospital Pasir Mas yang memaparkan perkembangan, pencapaian dan peranan hospital dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dan taklimat khas oleh Dr. Norlaili Sabariah binti Mohd Ghazali, Pengarah Hospital Pasir Mas, yang menjelaskan hala tuju serta komitmen hospital dalam memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan yang profesional, berintegriti dan berteraskan nilai kemanusiaan.

Antara pengisian utama program ialah ceramah bertajuk “Fiqh Perubatan Kontemporari: Antara Isu dan Cabaran” yang disampaikan oleh Encik Kamarul Mohd Amin Che Kamaluddin, Bahagian Fatwa Jabatan M***i Negeri Kelantan. Ceramah tersebut mengupas pelbagai isu semasa fiqh perubatan yang semakin mendapat perhatian masyarakat dan pengamal kesihatan.

Antara isu yang dibincangkan termasuk DNA dan nasab, iddah dalam konteks teknologi perubatan, persenyawaan in-vitro (IVF), bank sperma dan cryopreservation, pembedahan rekonstruktif dan kosmetik, pembedahan bariatrik, vaksin dan teknologi mRNA, penggunaan sel stem, teknologi pengubahsuaian genetik (CRISPR), kematian otak (brain death), pemindahan organ, keputusan Do Not Resuscitate (DNR), CPR dan ventilator serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam bidang perubatan.

Dalam ceramah tersebut beliau menegaskan bahawa:

«"Fiqh perubatan kontemporari bukan lagi sekadar membincangkan soal penyakit dan rawatan, tetapi turut menyentuh persoalan besar berkaitan kehidupan dan kematian, nasab dan keturunan, teknologi genetik serta maruah insan. Syariah tidak menghalang kemajuan, tetapi memastikan kemajuan tidak menghilangkan kemanusiaan."»

Program diteruskan dengan perkongsian khas oleh YB SF Dato' Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad, Dato' Biji Sura, Timbalan M***i Kerajaan Negeri Kelantan bertajuk “Rawatan Islam dan Gangguan Makhluk Halus”. Beliau menghuraikan pendekatan rawatan Islam yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah serta menjelaskan kepentingan memelihara akidah ketika mendapatkan rawatan.

Beliau turut menegaskan bahawa:

«"Rawatan Islam hendaklah berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah serta bebas daripada unsur khurafat dan syirik. Dalam usaha mencari kesembuhan, pemeliharaan akidah hendaklah sentiasa diutamakan."»

Sesi Town Hall bersama Jabatan M***i Negeri Kelantan kemudiannya berlangsung dalam suasana yang aktif dan interaktif. Para peserta mengambil peluang untuk mengemukakan pelbagai persoalan berkaitan hukum-hakam semasa, fiqh perubatan, rawatan Islam, pengurusan ibadah pesakit, kematian otak, DNR, penggunaan teknologi moden dalam rawatan serta isu-isu yang sering dihadapi oleh petugas kesihatan ketika menjalankan tugas. Sesi tersebut telah membuka ruang perbincangan dua hala yang amat bermanfaat serta mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara Hospital Pasir Mas dan Jabatan M***i Negeri Kelantan.

Program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan bergambar sebagai simbol penghargaan serta jalinan kerjasama erat antara kedua-dua institusi.

Majlis ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari dengan tekad dan harapan agar hubungan strategik yang terjalin dapat terus diperkasakan demi memartabatkan syariah dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan, selaras dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini.

Disediakan oleh:
Bahagian Fatwa
Jabatan M***i Negeri Kelantan

Salam Maal Hijrah 1448H. 🌙✨daripada :Seluruh Warga Kerja Jabatan M***i Negeri Kelantan
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H. 🌙✨
daripada :
Seluruh Warga Kerja Jabatan M***i Negeri Kelantan

Address

JABATAN M***I NEGERI KELANTAN, KOMPLEKS ISLAM DARULNAIM, LUNDANG, Jalan SULTAN YAHYA PETRA
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Mufti Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Mufti Negeri Kelantan:

Shortcuts

Share