Pejabat Kesihatan Kepong

Pejabat Kesihatan Kepong PEJABAT KESIHATAN KEPONG
Jalan Jinjang Permai, Jinjang Utara, 52000 Kuala Lumpur, Wilayah Per

Fasa 2 Mobilisasi Pasukan RRT Bantuan Tangani Denggi di PK Kepong BermulaPejabat Kesihatan Kepong telah menerima seramai...
17/08/2026

Fasa 2 Mobilisasi Pasukan RRT Bantuan Tangani Denggi di PK Kepong Bermula

Pejabat Kesihatan Kepong telah menerima seramai 58 orang anggota Pasukan RRT bantuan aktiviti kawalan denggi bagi fasa ke-2 bermula 15 Ogos lalu. Pasukan ini melibatkan PPKP, PKA, PA, dan pemandu daripada 15 buah Pejabat Kesihatan Daerah dari JKN Melaka, Pahang, Kedah, Perak, dan Terengganu.

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada kesemua pihak yang terlibat dalam menjayakan mobilisasi bagi menangani wabak denggi di Pejabat Kesihatan Kepong.

Diharapkan agar krisis denggi di Kepong dan WP Kuala Lumpur amnya berjaya dikawal dengan bantuan yang diberikan oleh pasukan mobilisasi ini.

Fasa ke-2 ini dijadualkan tamat pada 28 Ogos 2026.

17/08/2026

BUANG AIR SAHAJA TAK CUKUP!

🦟 Telur Aedes boleh melekat pada dinding bekas.
SENTAL & GOSOK bahagian dalam bekas air.
Buang. Sental. Bilas. Keringkan.
Jangan beri peluang Aedes menetas.

WABAK DENGGIAMBIL PEDULI, HAPUSKAN AEDES 🚫📢 Aktiviti Health Education | 13 Ogos 2026Aktiviti pendidikan kesihatan sepert...
13/08/2026

WABAK DENGGI
AMBIL PEDULI, HAPUSKAN AEDES 🚫

📢 Aktiviti Health Education | 13 Ogos 2026

Aktiviti pendidikan kesihatan seperti Hebahan Awam, Edaran risalah denggi, Infografik dan Pemasangan Banner telah dijalankan di:

📍 Taman Dato Senu Jalan 10-15
• Kes: 16

📍 Pangsapuri Melur
• Kes: 44

📍Greenview Apartment Blok 1,2,3 & 4,5,6,7
• Kes: 13 & 17

Pameran Denggi 🦟12 Ogos 2026, telah berlangsungnya Pameran Denggi di Karnival Pendidikan MADANI PPD Sentul yang bertempa...
13/08/2026

Pameran Denggi 🦟

12 Ogos 2026, telah berlangsungnya Pameran Denggi di Karnival Pendidikan MADANI PPD Sentul yang bertempat di HGH Convention Centre.

Pameran ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya denggi, langkah-langkah pencegahan serta kepentingan menjaga kebersihan persekitaran. Turut dilaksanakan Tinjauan Literasi Kesihatan (Pembudayaan Hidup Sihat) bagi meninjau tahap kesedaran dan kefahaman komuniti terhadap amalan hidup sihat.

Semoga usaha ini dapat menyemarakkan kesedaran masyarakat untuk bersama-sama mencegah denggi, menjaga kebersihan dan membudayakan gaya hidup sihat. 💚

Cegah Denggi, Amalkan Hidup Sihat!

AKTIVITI KECERGASAN WELLNESS ON WHEELS (WOW) TRUCK DI PROGRAM ROADSHOW OT KK JINJANG BERSAMA PANEL PENASIHAT TAHUN 2026 ...
13/08/2026

AKTIVITI KECERGASAN WELLNESS ON WHEELS (WOW) TRUCK DI PROGRAM ROADSHOW OT KK JINJANG BERSAMA PANEL PENASIHAT TAHUN 2026 💊

Program Roadshow OT KK Jinjang Bersama Panel Penasihat Tahun 2026 telah berjaya dianjurkan pada 11 Ogos 2026 di Klinik Kesihatan Jinjang.

Selain aktiviti Wellness on Wheels (WoW) Truck, turut disertakan pelbagai aktiviti seperti:

✨ Aktiviti Perasmian dari Pegawai Kesihatan PK Kepong
✨ ⁠Pameran dan booth saringan Perkhidmatan Terapi Cara Kerja Klinik Kesihatan WPKL&P
✨ Booth pameran perkembangan kanak-kanak
✨ ⁠Booth pameran Warga Emas
✨ ⁠Booth pameran Activities of Daily Living (ADL)
✨ ⁠Booth pameran Minda Sihat dan Penjagaan Kaki Diabetic
✨Aktiviti Ceramah
✨Aktiviti berkumpulan Warga Emas - Kuiz Kemerdekaan

Tahniah kepada semua peserta yang hadir dan menyemarakkan program ini dengan semangat serta aura positif dan syabas kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan komitmen dalam menjayakan program ini!

13/08/2026

Kita sendiri adalah barisan hadapan.

Luangkan sedikit masa untuk memeriksa kawasan rumah dan tempat kerja.

🔎 Cari.
🗑️ Buang.
🧹 Bersihkan.
💧 Musnahkan tempat pembiakan Aedes.

Kerana kemerdekaan bukan sekadar kibaran Jalur Gemilang.

Kemerdekaan juga bermaksud kita berani melindungi keluarga dan komuniti daripada ancaman yang boleh dielakkan.

Jangan beri Aedes ruang untuk menjajah.





Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

📢 Aktiviti COMBI | 9 Ogos 2026📍Taman Dato Senu (Jalan 4 & 18-35)Aktiviti lawatan rumah ke rumah dan gotong-royong kendir...
10/08/2026

📢 Aktiviti COMBI | 9 Ogos 2026

📍Taman Dato Senu (Jalan 4 & 18-35)

Aktiviti lawatan rumah ke rumah dan gotong-royong kendiri telah dijalankan di kawasan yang terlibat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran serta mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

Sepanjang aktiviti ini berlangsung, pasukan COMBI telah memberi penerangan secara terus kepada penduduk mengenai langkah-langkah pencegahan denggi, termasuk penghapusan tempat pembiakan seperti bekas takungan air dan kawasan berpotensi menjadi tempat jentik-jentik. Selain itu, gotong-royong kendiri turut dilaksanakan dengan kerjasama penduduk setempat bagi memastikan kawasan perumahan sentiasa bersih, selamat dan bebas daripada risiko wabak denggi.

Diharapkan usaha berterusan ini dapat memupuk sikap prihatin dalam kalangan komuniti serta menggalakkan amalan kebersihan sebagai tanggungjawab bersama demi kesejahteraan semua.


GOTONG-ROYONG KOMUNITIPada 8 Ogos 2026 (Sabtu) yang lalu, satu aktiviti Gotong-Royong Komuniti telah berjaya dilaksanaka...
10/08/2026

GOTONG-ROYONG KOMUNITI

Pada 8 Ogos 2026 (Sabtu) yang lalu, satu aktiviti Gotong-Royong Komuniti telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penduduk, AJK Komuniti, serta pihak berkuasa yang hadir menyumbang tenaga memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Kawasan Jalan Abang Haji Openg dan Lorong Abang Haji Openg kini merupakan kawasan hotspot demam denggi. Menyedari hakikat ini, penduduk setempat tidak berdiam diri dan terus mengambil langkah proaktif demi keselamatan bersama!

Antara fokus utama aktiviti:
✅ Pembersihan kawasan semak dan saluran perparitan serta kawasan takungan air.
✅ Pemeriksaan dan pembuangan bekas-bekas takungan air.

Status hotspot ini adalah peringatan untuk kita semua agar sentiasa waspada. Mari kita amalkan langkah 10 minit seminggu untuk memeriksa kawasan rumah masing-masing.

"Tiada Aedes, Tiada Denggi. Kita Jaga Komuniti Kita!" ❤️🤝

*Mobilisasi Pasukan Rapid Response Team (RRT) bantuan bagi memperkasa kawalan denggi di lokaliti berisiko di sekitar Kep...
08/08/2026

*Mobilisasi Pasukan Rapid Response Team (RRT) bantuan bagi memperkasa kawalan denggi di lokaliti berisiko di sekitar Kepong, Kuala Lumpur*

Bermula 30 Julai 2026, aktiviti kawalan denggi oleh Pejabat Kesihatan Kepong telah diperkasa dengan bantuan mobilisasi pasukan Rapid Response Team (RRT) berikutan peningkatan kes mendadak demam denggi yang dilaporkan di Kepong, Kuala Lumpur.

Mobilisasi ini melibatkan seramai 65 orang anggota. Anggota-anggota dari JKN Perak, JKN Kedah, JKN Pahang, JKN Melaka, dan JKN Terengganu. Sebanyak 25 subteam telah dibentuk daripada pasukan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh keanggotaan Pasukan RRT Bantuan atas komitmen, kerja keras, dan dedikasi yang tinggi sepanjang operasi ini dijalankan bersama Pejabat Kesihatan Kepong.

Diharapkan agar inisiatif dan usaha berterusan ini dapat memutus rantaian jangkitan, seterusnya membendung penularan kes serta wabak denggi di kawasan Kepong dan WP Kuala Lumpur secara keseluruhannya.

Tiada Aedes, Tiada Denggi.

JOM BERAMAI- RAMAI KE KEMPEN HENTIKAN STIGMA 💪🏼🌸
07/08/2026

JOM BERAMAI- RAMAI KE KEMPEN HENTIKAN STIGMA 💪🏼🌸

Address

Jalan Jinjang Permai, Jinjang Utara
Kota Damansara
52000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60362570352

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Kepong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share