Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah - Pejabat Direktorat

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah - Pejabat Direktorat Ini adalah Laman Facebook Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

13/08/2026
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, KHUTBAH JUMAAT PERTAMA DAN KEDUA01 RABIULAWAL 1448H/14 OGOS 2026M“KELEBIHAN...
12/08/2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
KHUTBAH JUMAAT PERTAMA DAN KEDUA
01 RABIULAWAL 1448H/14 OGOS 2026M
“KELEBIHAN BULAN RABIULAWAL BULAN KELAHIRAN INSAN
JUNJUNGAN YANG TERSAYANG”

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Sandakan - Rasmi19h  ·مولاي  · رضوان محمود, عبدالرحمن الجنايني  ·📢 HE...
11/08/2026

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Sandakan - Rasmi
19h ·

مولاي · رضوان محمود, عبدالرحمن الجنايني
·
📢 HEBAHAN RASMI 📢
🌙 MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT DAERAH SANDAKAN 1448H / 2026M
🕌 TEMA SAMBUTAN:
“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”
📅 TARIKH:
12 SEPTEMBER 2026 | 30 RABIULAWAL 1448H
📍 TEMPAT:
DEWAN SERBAGUNA MASJID DAERAH SANDAKAN
---
📣 PERTANDINGAN SEPANDUK
Sehubungan dengan penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW ini, penyertaan adalah dipelawa kepada orang ramai untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Sepanduk yang dianjurkan sempena majlis ini.
📌 MAKLUMAT PENYERTAAN:
• Borang penyertaan boleh diakses melalui kod QR yang disediakan.
• Panduan serta syarat-syarat pertandingan juga boleh dirujuk melalui kod QR.
✨ Pihak penganjur amat mengalu-alukan penyertaan daripada semua pihak bagi memeriahkan sambutan serta menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Ayuh bersama-sama menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul SAW!
Sekian, terima kasih.

RAIA Hotel, Kota Kinabalu." MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW  PERINGKAT NEGERI SABAH 1448H/2...
11/08/2026

RAIA Hotel, Kota Kinabalu.

" MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI SABAH 1448H/2026M "

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan cadangan acara dan Jawatankuasa pelaksana Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah Tahun 1448H/2026M sama ada di Peringkat Negeri dan di Daerah.

25 Ogos 2026 merupakan tarikh Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri. Perarakan akan bermula dari Padang Merdeka Kota Kinabalu. Manakala tempat perhimpunan di Sabah International Convention Centre (SICC).

Tema Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 1448M ialah " MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI ".

Orang ramai dijemput hadir.

/bpi/rar

10 Ogos 2026, Isnin.Pejabat Cawangan Khas, IPK Sabah.“ KUNJUNGAN HORMAT JHEAINS KE PEJABAT CAWANGAN KHAS  IBU PEJABAT PO...
10/08/2026

10 Ogos 2026, Isnin.

Pejabat Cawangan Khas, IPK Sabah.

“ KUNJUNGAN HORMAT JHEAINS KE PEJABAT CAWANGAN KHAS IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN SABAH “

Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah ( BPUUS ), JHEAINS bersama rombongan yang di ketuai oleh Tuan Abdul Manap bin Abdul Ruhim (Timbalan Pengarah Pengurusan JHEAINS ) telah mengadakan kunjungan hormat Ke Pejabat Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. Turut serta Puan Dayang Kamariah binti Ag Yahya (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam JHEAINS ) dan Tuan Rahim Yahya bin Abd. Rahman (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah ( BPUUS ) JHEAINS). Rombongan dari JHEAINS telah disambut oleh SAC Datuk Hj. Abdul Rahman bin Ishak, Ketua Cawangan Khas Sabah.

Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memperkukuhkan kerjasama strategik Bahagian Pengutuasaan Undang-Undang Syariah ( BPUUS ) dengan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) terutamanya bersama Cawangan Khas PDRM. Selain itu, kunjungan ini juga menjadi platform perkongsian pengemaskinian proses tangkapan melibatkan ajaran salah dan perkongsian isu-isu semasa berkaitan dengan umat Islam yang menjurus kepada pengamalan Islam yang benar serta mengelak perpecahan di kalangan umat Islam di Sabah seterusnya memastikan keamanan dan keselamatan di negeri Sabah.

Semoga kunjungan hormat ini menjadi titik tolak kepada hubungan yang lebih kukuh dan kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak demi kesejahteraan serta keharmonian masyarakat.

BPUUS JHEAINS akan terus komited dan beriltizam mengadakan libat urus dengan pihak PDRM di peringkat daerah seluruh negeri Sabah demi memastikan kemaslahatan seluruh umat Islam di Sabah sentiasa terpelihara.

/bpi/rar

Assalamualaikum wbt.Dimaklumkan bahawa *mulai Ogos 2026,* Kursus Pra Perkahwinan Islam Sabah (MBKPI) anjuran *Bahagian P...
07/08/2026

Assalamualaikum wbt.

Dimaklumkan bahawa *mulai Ogos 2026,* Kursus Pra Perkahwinan Islam Sabah (MBKPI) anjuran *Bahagian Pentadbiran Syariah, Ibu Pejabat JHEAINS* akan menggunakan sistem pendaftaran sepenuhnya *secara dalam talian (online).*

Bagi yang ingin mengikuti kursus, anda *perlu mendaftar akaun terlebih dahulu* bagi membolehkan anda *"Log Masuk"* ke dalam portal dan membuat pendaftaran bagi kursus yang disenaraikan.

*Pendaftaran telah dibuka bermula hari ini sehingga (Kuota Pembayaran) penuh*
Sila klik pautan di bawah atau imbas kod QR yang disediakan👇🏻
https://ikursuskahwin.sabah.gov.my

*Makluman penting*‼️‼️
💫Pembayaran kursus kini *BOLEH* dibuat *melalui FPX* atau *walk-in* ke pejabat *(pembayaran di kaunter menggunakan Debit Card & QrPay sahaja)* bertempat di:

*Bahagian Pentadbiran Syariah,*
*Tingkat 10, Blok A,*
*Wisma MUIS,*
*Kota Kinabalu*

Sekian, terima kasih.

‼️Tidak ada sebarang *booking*

03 - 05 Ogos 2026.Dewan Sa’adah, Wisma Muis.“ IJTIMAK AMAL ISLAMI MUALAF MADANI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 1448H/2026M...
06/08/2026

03 - 05 Ogos 2026.

Dewan Sa’adah, Wisma Muis.

“ IJTIMAK AMAL ISLAMI MUALAF MADANI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 1448H/2026M “

Program Ijtimak Amal Islami Mualaf Madani (IJMAM) ini adalah dibawah kendalian Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). IJMAM adalah satu program yang dijenamakan semula bagi memberi nafas baru dalam mencungkil bakat saudara muslim pelbagai etnik dan kaum di Malaysia.

Majlis Perasmian, Penutupan dan Penyampain Hadiah di sempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Isnin Hj. Aliasnih (Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri). IJMAM pada tahun ini melibatkan kira-kira 380 orang peserta dan urus setia dari seluruh Sabah. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran dan kefahaman agama serta pembudayaan amal Islami dalam kehidupan saudara mualaf. Penganjuran program ini juga bertujuan untuk menghantar penyertaan Mualaf daripada negeri Sabah untuk bertanding dalam (IJMAM) Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di negeri Sabah pada tahun ini.

Tahniah kepada Anjung Pendidikan Penampang (APEN), KBSK Anjung Hijrah di umum Johan keseluruhan IJMAM Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026. Kepada para pemenang, syabas dan tahniah atas kejayaan yang telah dicapai. Kepada yang belum berjaya, janganlah berputus asa. Teruskan usaha dan jadikan pengalaman yang diperoleh sepanjang progranm ini sebagai motivasi untuk terus meningkatkan kemampuan diri.

Setinggi-tinggi Tahniah dan penghargaan kepada semua jawatankuasa, para pegawai dan urus setia serta semua pihak yang memberikan komitmen, tenaga dan kerjasama dalam menjayakan IJMAM Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026.

/bpi/rar

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, KHUTBAH JUMAAT PERTAMA DAN KEDUA“DUNIA MEDAN UJIAN: ANTARA SABAR DAN SYUKUR...
05/08/2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
KHUTBAH JUMAAT PERTAMA DAN KEDUA
“DUNIA MEDAN UJIAN: ANTARA SABAR DAN SYUKUR”

04/08/2026

PERTANDINGAN NASYID

🕘🕘 8:30 PM
📆 19-21 SAFAR 1448H /3-5 0GOS 2026M
📍 DEWAN SA'ADAH WISMA MUIS, KOTA KINABALU

Address

Kota Kinabalu

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:00
Tuesday 08:00 - 15:00
Wednesday 08:00 - 15:00
Thursday 08:00 - 15:00
Friday 08:00 - 15:00

Telephone

+6088522222

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah - Pejabat Direktorat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah - Pejabat Direktorat:

Shortcuts

Share