04/09/2026
KUNJUNGAN HORMAT KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT (U.S. EMBASSY) KE UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN) SABAH
KOTA KINABALU, 2 September 2026 – Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bahagian Ekonomi, Kedutaan Amerika Syarikat (U.S. Embassy) Kuala Lumpur, bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, UPEN Sabah, Aras 19, Menara Kinabalu.
Sesi pertemuan yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Robert Stidi, Timbalan Pengarah (Sektoral) I, UPEN Sabah ini menjadi platform bagi delegasi Kedutaan Amerika Syarikat untuk mendapatkan gambaran lebih lanjut mengenai keutamaan dan hala tuju pembangunan ekonomi Negeri Sabah, di samping bertukar pandangan mengenai bidang-bidang berkepentingan bersama serta meneroka peluang untuk terus memperkukuh kerjasama ekonomi antara Amerika Syarikat dan Sabah.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Datuk Leonard Stephen Poyong, Penasihat Teknikal; Encik Tseu Kei Yue, Timbalan Pengarah (Dasar); Dato’ Mohd Shamsul Nizam bin Abdul Wahid, Jurutera Kanan, dan barisan pegawai UPEN Sabah.
Diharapkan pertemuan ini dapat membuka ruang kepada pertukaran pandangan dan kerjasama yang lebih erat dalam bidang berkepentingan bersama, seterusnya menyumbang kepada usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan pembangunan strategik Negeri Sabah.