Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Tugas Tugas Khas

Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Tugas Tugas Khas Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)

31 Ogos 2026 - Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), YBhg Datuk Md. Hanafiah Bin DSP Md Kassim, telah ...
01/09/2026

31 Ogos 2026 - Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), YBhg Datuk Md. Hanafiah Bin DSP Md Kassim, telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 yang berlangsung Di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu. Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (DR) Musa bin Haji Aman, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan dif-dif jemputan bersama rakyat Sabah telah menyaksikan perbarisan dan perarakan daripada 180 kontijen daripada pelbagai Agensi Kerajaan, Pasukan Beruniform dan pelbagai agensi swasta.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

27 Ogos 2026 (Khamis) - YBhg. Datuk Md. Hanafiah Bin DSP Md. Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Kh...
28/08/2026

27 Ogos 2026 (Khamis) - YBhg. Datuk Md. Hanafiah Bin DSP Md. Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) telah menerima kunjungan hormat daripada Kolej SIDMA Sabah yang memperkenalkan program-program TVET yang ada tersedia di kolej tersebut. Kunjungan hormat telah dihadiri oleh YBhg. Prof Dr. Mornie Kambrie, Pengerusi Kolej SIDMA Sabah, Tuan Muhammad Ikhwan bin Ghulam Jelani, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) bersama pegawai-pegawai daripada Kolej SIDMA Sabah, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)

Selamat Menyambut Maulidur Rasul
24/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

30 Julai 2026 (Khamis) | Kota KinabaluTimbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), YBhg. Datuk Md. Hanafiah B...
30/07/2026

30 Julai 2026 (Khamis) | Kota Kinabalu
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), YBhg. Datuk Md. Hanafiah Bin DSP Hj Md. Kassim telah menghadiri Majlis Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke-37 yang berlangsung di Dewan Sipadan I, II dan III, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para penerima biasiswa cemerlang negeri atas pencapaian akademik yang membanggakan, di samping menyuntik semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐—ก๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฃ๐—ง (๐—•๐—จ๐——๐—œ)Pernah membuat permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) d...
30/06/2026

๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐—ก๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฃ๐—ง (๐—•๐—จ๐——๐—œ)

Pernah membuat permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) di peringkat ๐— ๐—”๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—œ / ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—œ / ๐—ฃ๐—ฅ๐—” ๐——๐—œ๐—ฃ๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—” / ๐——๐—œ๐—ฃ๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—”, sama ada berjaya atau tidak berjaya?

Sekiranya anda ingin membuat permohonan BUDI bagi peringkat pengajian seterusnya, anda perlu membuat ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก terlebih dahulu melalui portal permohonan.

Permohonan Reset Pengajian hanya melibatkan pelajar yang meneruskan pengajian daripada:
โ€ข Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma
โžก๏ธ ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pastikan anda menyediakan dokumen berikut sebelum menghantar permohonan:
โ€ข Alamat e-mel yang aktif;
โ€ข Salinan kad pengenalan pemohon; dan
โ€ข Surat Pengesahan Belajar atau Slip Pendaftaran Dalam Talian (Online).

Permohonan Reset Pengajian akan diproses dalam tempoh ๐——๐—จ๐—” ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ (๐Ÿญ๐Ÿฎ) hari waktu bekerja.

Sila rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut.

๐Ÿ“… 23 Jun 2026 | Kota KinabaluYBhg. Datuk Md Hanafiah bin DSP Md Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas...
23/06/2026

๐Ÿ“… 23 Jun 2026 | Kota Kinabalu

YBhg. Datuk Md Hanafiah bin DSP Md Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil Eksekutif Operasi Hospitaliti anjuran Ascot Academy yang berlangsung di Klagan Regency Hotel, 1Borneo, Kota Kinabalu.

Seramai 25 peserta telah berjaya menamatkan kursus yang bermula pada 18 Disember 2025. Program ini merupakan salah satu inisiatif pembangunan modal insan yang memberi pendedahan dan kemahiran praktikal dalam bidang operasi hospitaliti serta meningkatkan kebolehpasaran peserta dalam industri.

Lebih membanggakan, kesemua 25 peserta yang berjaya menamatkan kursus ini telah menerima tawaran pekerjaan daripada rakan-rakan industri Ascot Academy, sekali gus membuktikan keberkesanan latihan TVET dalam melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri semasa.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan atas kejayaan ini. Semoga peluang kerjaya yang diperoleh menjadi langkah permulaan ke arah masa depan yang lebih cemerlang serta memberi sumbangan positif kepada pembangunan industri hospitaliti di Sabah.

22 Jun 2026 (Isnin) - Sabah Skills Technology Centre (SSTC) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Y.Bhg. Datuk Md. Ha...
22/06/2026

22 Jun 2026 (Isnin) - Sabah Skills Technology Centre (SSTC) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Y.Bhg. Datuk Md. Hanafiah Bin DSP Md. Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-tugas Khas) mengenai pelaksanaan program kemahiran yang ditaja oleh Pejabat TSKN (TTK) pada tahun 2025. Pihak SSTC diwakili oleh Puan Jennifer Michael - Pengurus Kanan, Pembangunan Bakat & Operasi Strategik, Encik Albani Bin Nasri - Pengurus, Pembangunan Bakat & Operasi Strategik, 3. Encik Muhammed Raziff Bin Murashid - Pengurus, Kerjasama Strategik dan Libat Urus (Kerajaan & Industri) dan Puan Flory Victoria Matius - Eksekutif, Kerjasama Strategik dan Libat Urus (Kerajaan & Industri). Hadir sama dalam Kunjungan hormat tersebut ialah Puan Jurianah Juti, Ketua Penolong Setiausaha dan Puan Noor Sheilla Dahyan, Penolong Setiausaha (Pendidikan).

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH TAHUN 2026
17/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH TAHUN 2026

Majlis Amanat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Tahun 2026Tarikh : 21 Mei 2026 (Khamis)Tempat : Dewan Auditorium Utama, Aras...
03/06/2026

Majlis Amanat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Tahun 2026

Tarikh : 21 Mei 2026 (Khamis)
Tempat : Dewan Auditorium Utama, Aras 4, Menara Kinabalu

Address

Tingkat 29, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan Sulaman, Teluk Likas
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088369872

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Tugas Tugas Khas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Tugas Tugas Khas:

Shortcuts

Share