Datuk James Ratib

Datuk James Ratib Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi & Inovasi | ADUN N.48 Sugut (GRS) |
Naib Presiden KDCA (2025–2028)
(5)

Pagi ini saya telah hadir ke Mesyuarat Majlis Sains Negara Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Persidangan, ...
11/05/2026

Pagi ini saya telah hadir ke Mesyuarat Majlis Sains Negara Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Persidangan, Aras 1, Blok Timur, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang turut menekankan kepentingan pembangunan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi berteraskan ilmu dalam memperkukuhkan daya saing negara di peringkat global.

Perbincangan yang diadakan memberi fokus kepada usaha memperkasa ekosistem penyelidikan, pembangunan bakat STEM, inovasi teknologi serta kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri demi masa depan negara yang lebih progresif dan mampan.

Sabah komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam agenda pembangunan sains, teknologi dan inovasi selaras aspirasi Malaysia MADANI serta hala tuju Sabah Maju Jaya.

PUTRAJAYA | 11 MEI 2026



Saya telah hadir mewakili Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk merasmikan Konvensyen Persatuan...
10/05/2026

Saya telah hadir mewakili Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk merasmikan Konvensyen Persatuan Guru Besar Malaysia (Sabah) yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), pada Ahad.

Konvensyen yang dihadiri lebih dari 700 guru besar dari seluruh Sabah ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan jaringan profesional warga pendidik, selain membincangkan cabaran dan hala tuju pendidikan demi melahirkan generasi masa depan yang berilmu, berdaya saing serta mampu memenuhi keperluan dunia moden.

Pengorbanan dan komitmen para guru besar sebagai tonggak kepimpinan sekolah amat dihargai dalam memastikan sistem pendidikan terus cemerlang dan relevan dengan perkembangan semasa.

Turut hadir bersama ialah Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Hj Raisin Saidin.

Tahniah dan syabas kepada Persatuan Guru Besar Malaysia (Sabah) atas penganjuran konvensyen ini.

KOTA KINABALU | 10 MEI 2026



Syukur dan berbesar hati dapat hadir merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Sandakan 2026 pada 9 Mei yang lalu dalam...
10/05/2026

Syukur dan berbesar hati dapat hadir merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Sandakan 2026 pada 9 Mei yang lalu dalam suasana penuh meriah, harmoni dan semangat perpaduan rakyat berbilang kaum.

Pesta Kaamatan bukan sahaja lambang kesyukuran atas hasil tuaian, tetapi turut menjadi medium penting dalam memelihara warisan budaya, memperkukuhkan perpaduan serta menyemai nilai kebersamaan dalam kalangan masyarakat Sabah.

Turut hadir bersama ialah Presiden Majlis Perbandaran Sandakan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Sandakan 2026, Datuk Walter Kenson, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, YB Datuk Masiung Banah yang sama-sama memeriahkan sambutan ini.

Tahniah dan syabas kepada seluruh jawatankuasa penganjur serta warga Sandakan atas penganjuran yang begitu baik dan berjaya.

SANDAKAN | 9 MEI 2026


Selamat Menyambut Hari Ibu 2026 kepada seluruh ibu di Malaysia, khususnya warga Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi...
10/05/2026

Selamat Menyambut Hari Ibu 2026 kepada seluruh ibu di Malaysia, khususnya warga Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah serta semua jabatan dan agensi di bawah naungan kementerian.

Pengorbanan, ketabahan dan kasih sayang seorang ibu merupakan asas penting dalam membentuk institusi keluarga yang kukuh serta melahirkan generasi berilmu, berintegriti dan berdaya saing. Peranan ibu juga amat signifikan dalam menyokong pembangunan modal insan dan kemajuan negeri, termasuk dalam bidang pendidikan, sains, teknologi dan inovasi.

Sempena sambutan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ibu atas segala jasa, pengorbanan serta komitmen yang dicurahkan demi keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Selamat Hari Ibu 2026. 🌷

Ikhlas daripada
YB Datuk James Ratib
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah



KENYATAAN MEDIAYB DATUK JAMES RATIB  ADUN N.48 SUGUTSaya mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh YB ADUN Likas ...
07/05/2026

KENYATAAN MEDIA
YB DATUK JAMES RATIB
ADUN N.48 SUGUT

Saya mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh YB ADUN Likas berhubung perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Sebagai wakil rakyat yang masih baharu dalam Dewan, saya berpandangan YB tersebut seharusnya mengambil pendekatan untuk memahami terlebih dahulu tatacara, adab serta semangat sebenar perbahasan DUN sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat dan mewujudkan persepsi negatif terhadap institusi Dewan.

Dalam membangkitkan sesuatu isu, lebih-lebih lagi melibatkan kawasan orang lain, adalah lebih baik sekiranya fakta diperoleh terus daripada pihak berautoriti seperti Pegawai Daerah (DO), agensi kerajaan berkaitan ataupun lawatan rasmi ke kawasan tersebut, dan bukannya hanya berpandukan gambar, laporan atau maklumat daripada individu yang latar belakang serta kesahihannya tidak diketahui.

Sebagai wakil rakyat, kita perlu bertanggungjawab terhadap setiap kenyataan yang dibuat. Jangan terlalu cepat mencari publisiti murahan dengan memainkan isu tanpa memahami situasi sebenar di lapangan.

Saya juga ingin menegaskan bahawa setiap kawasan mempunyai wakil rakyat masing-masing yang sentiasa turun padang dan memantau perkembangan semasa. Jika benar ingin membantu atau mendapatkan gambaran sebenar mengenai sesuatu isu di kawasan lain, datanglah sendiri melihat keadaan di lapangan, bertemu rakyat serta pihak pentadbiran daerah, bukannya hanya membuat andaian dari luar.

YB ADUN Likas juga seharusnya memberi fokus kepada kebajikan dan isu-isu di kawasan Likas sendiri yang masih memerlukan perhatian dan penyelesaian.

Apa yang lebih penting ialah semua wakil rakyat perlu bekerjasama secara matang dan profesional demi kepentingan rakyat, bukannya menjadikan Dewan sebagai pentas untuk membina persepsi politik atau meraih perhatian murahan.

Saya kekal komited untuk terus bekerja dan berkhidmat kepada rakyat di kawasan N.48 Sugut dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.

“Kerja untuk rakyat lebih penting daripada bermain persepsi politik.”

PRESS STATEMENT
YB DATUK JAMES RATIB
ADUN N.48 SUGUT

I take note of the statement issued by the YB ADUN Likas regarding the recent State Legislative Assembly sitting.

As a relatively new representative in the Assembly, I believe the YB should first take the time to fully understand the procedures, decorum and true spirit of debates in the August House before issuing statements that may mislead the public and create negative perceptions towards the institution.

When raising issues, especially those involving other constituencies, it is always better to obtain facts directly from the relevant authorities such as the District Officer (DO), government agencies, or through official visits to the affected areas, rather than relying solely on photographs, reports or information from individuals whose background and credibility are unknown.

As elected representatives, we must be responsible for every statement we make. We should not be too eager to seek cheap publicity by sensationalising issues without fully understanding the actual situation on the ground.

I would also like to stress that every constituency has its own elected representative who continuously monitors and addresses local issues. If there is genuine intention to help or understand the real situation in another constituency, then come personally to the area, meet the people and engage with the district administration instead of making assumptions from afar.

The YB ADUN Likas should also focus on the welfare and unresolved issues within the Likas constituency itself, which still require serious attention and solutions.

What matters most is that all elected representatives work together in a mature and professional manner for the benefit of the people, instead of turning the Assembly into a platform for political perception-building or attention-seeking.

I remain fully committed to continuing my service and responsibilities to the people of N.48 Sugut with sincerity and dedication.

“Serving the people is far more important than playing political perception games.”

YB拿督占士拉迪
(沙巴教育、科学、工艺及创新部长兼任N48苏谷区州议员)
媒体回应文告

鉴于近日州议会会议进程一事,本人就里卡士区州议员所发表的言论作出回应。

作为议会中仍属新人的人民代议士,本人认为,有关州议员应先了解州立法议会的议事规则、礼仪及辩论的真实精神,之后再发表言论,以免误导民众并对议会机构产生负面观感。

在提出某项议题时,尤其是涉及他人选区的事务,更理想的做法是直接从相关权威单位——如县官(DO)、相关政府机构或通过正式造访该区——获取事实依据,而非仅仅依据背景及真实性不明的个人所提供的照片、报告或信息。

身为人民代议士,我们必须对自己发表的每一句话负责。切勿为了博取廉价宣传而急于在未了解实地真实情况之前炒作议题。

本人亦想强调,每个选区都各有其人民代议士,他们一直亲赴基层,跟进各项最新发展。若真心想协助其他选区或了解该区某项议题的真实情况,请亲自到现场视察,接触当地人民及县行政单位,而非仅从外部妄加揣测。

里卡士区州议员也应集中关注里卡士选区自身的福利与各项议题,该区仍有待关注与解决的事项。

更为重要的是,所有人民代议士应以成熟、专业的方式合作,以人民利益为重,而不应将议会变成构筑政治观感或博取廉价关注的舞台。

本人将继续秉持充分的责任感与诚挚之心,致力于为N48苏谷区的人民服务与工作。

“为人民工作,比玩弄政治观感更为重要。”

拿督占士拉迪
N48苏谷区州议员
2026年5月7日

Hari ini saya telah menghadiri Mesyuarat MEXCO-STI Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Mutiara, Ar...
07/05/2026

Hari ini saya telah menghadiri Mesyuarat MEXCO-STI Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Mutiara, Aras 52, Bangunan KOMTAR Pulau Pinang.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Chang Lih Kang ini menghimpunkan wakil kerajaan negeri dan pemegang taruh dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) bagi membincangkan hala tuju pembangunan teknologi negara serta memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri.

Turut diadakan lawatan kerja serta sesi perbincangan berkaitan usaha memperkasakan ekosistem inovasi, pembangunan bakat teknologi, transformasi digital dan agenda kecerdasan buatan (AI) demi memastikan Malaysia terus kompetitif di peringkat global.

Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi akan terus komited memperkukuh agenda pendidikan, sains, teknologi dan inovasi selaras aspirasi Sabah Maju Jaya serta pembangunan modal insan masa depan negeri.

PULAU PINANG | 7 Mei 2026








Pagi ini saya hadir memenuhi jemputan ke Sambutan Hari Pekerja Peringkat Nasional yang berlangsung di Unifi Arena, Stadi...
01/05/2026

Pagi ini saya hadir memenuhi jemputan ke Sambutan Hari Pekerja Peringkat Nasional yang berlangsung di Unifi Arena, Stadium Tertutup Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.

Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia Malaysia, bersama barisan kepimpinan kerajaan dan wakil-wakil pekerja dari seluruh negara.

Sambutan ini bukan sahaja mengiktiraf sumbangan pekerja, malah menjadi platform penting dalam memperkukuh komitmen kerajaan terhadap kebajikan, kesejahteraan serta masa depan tenaga kerja negara, termasuk di Sabah.

KUALA LUMPUR | 1 MEI 2026


Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Kementerian Pendidikan, Sains, Tekno...
01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah serta semua jabatan dan agensi di bawah naungan kementerian.

Pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pekerja yang telah menjadi tunjang utama dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan, pembangunan dan kemajuan negeri serta negara. Komitmen, dedikasi dan integriti yang ditunjukkan saban hari merupakan asas kukuh kepada kejayaan agenda pembangunan Sabah yang progresif dan berdaya saing.

Tema Hari Pekerja 2026, “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”, membawa makna yang mendalam bahawa setiap pekerja adalah aset negara yang bukan sahaja menyumbang kepada produktiviti, malah menjadi pemacu kepada pembinaan masyarakat MADANI yang berilmu, beretika dan berdaya tahan.

KPSTI Sabah kekal komited untuk memperkukuh ekosistem pendidikan, sains, teknologi dan inovasi melalui pembangunan modal insan berkualiti serta penerapan budaya inovasi yang mampan, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.

Semoga semua pekerja terus dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kekuatan dalam melaksanakan amanah dengan cemerlang.

Ikhlas daripada
YB Datuk James Ratib
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah



Pada jam 3.00 petang hari ini, saya telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Sumber Manusia dengan Exco-Ex...
30/04/2026

Pada jam 3.00 petang hari ini, saya telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Sumber Manusia dengan Exco-Exco Sumber Manusia Negeri-Negeri (MEX KESUMA) Bil.1/2026 yang berlangsung di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia Malaysia, yang menghimpunkan wakil-wakil negeri bagi memperkukuh penyelarasan dasar serta inisiatif pembangunan sumber manusia di peringkat nasional.

Platform seperti ini amat penting dalam memastikan usaha pembangunan tenaga kerja negara terus selari, berdaya saing dan responsif terhadap keperluan industri semasa, termasuk dalam memperkasa modal insan di Sabah.

KUALA LUMPUR | 30 APRIL 2026

Hari ini saya telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri (MJEPN) Bil.1 Tahun 2026 yang berlangsung d...
30/04/2026

Hari ini saya telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri (MJEPN) Bil.1 Tahun 2026 yang berlangsung di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, dengan penglibatan barisan Exco Pendidikan Negeri dari seluruh negara bagi membincangkan hala tuju, penyelarasan dasar serta pengukuhan sistem pendidikan negara secara menyeluruh.

Turut sama hadir ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin.

Komitmen berterusan melalui platform seperti ini amat penting dalam memastikan agenda pendidikan sentiasa relevan, inklusif dan selari dengan keperluan semasa, khususnya dalam memperkasa pendidikan di Sabah.

PUTRAJAYA | 30 APRIL 2026


Hari ini saya menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi Penggal Kedua Tahun 2026 yang berlangsung di Dewa...
27/04/2026

Hari ini saya menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi Penggal Kedua Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri Sabah dan akan bersidang sehingga 30 April 2026.

Semoga persidangan kali ini berjalan lancar dan memberi manfaat besar kepada pembangunan negeri serta masa depan generasi akan datang.

KOTA KINABALU | 27 APRIL 2026


Address

Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Datuk James Ratib posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share