09/08/2026
9 Ogos 2026 |
Persidangan Tritahunan UPKO Ke-17, 2026
Syabas dan tahniah kepada seluruh kepimpinan serta warga UPKO atas kejayaan mengadakan Persidangan Tritahunan UPKO Ke-17 bagi tahun 2026.
Persidangan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Donald Peter Mojuntin
Secara peribadi, saya berasa tersentuh dan sangat terinspirasi dengan ucapan serta amanat yang disampaikan oleh YDD. Ada begitu banyak perkara yang mengingatkan kita tentang tanggungjawab sebagai pemimpin dan perjuangan yang perlu terus kita bawa demi rakyat dan masa depan Sabah.
Tahniah juga kepada tiga Ketua Pergerakan, iaitu Pemuda, Felix Joseph Saang Wanita Mohina Sidom dan Generasi Muda (GEM)Saudara Seheral Linus yang telah menyampaikan ucapan yang begitu bernas, penuh dengan pandangan dan semangat untuk memperkukuhkan lagi perjuangan UPKO.
Saya, Felimena Andreas Molingun Ketua Wanita UPKO Bahagian Penampang, turut mengambil bahagian dalam perbahasan Ucapan Dasar Ketua Wanita UPKO Pusat, Puan Mohina.
Lebih membanggakan, 10 orang perwakilan
Gina Chau Susanna Mojiniu Grace Fung Ann Affah Idiam Helena SanDulakim daripada Wanita UPKO Bahagian Penampang turut mengambil bahagian dalam proses pengundian bagi memilih Barisan Kepimpinan Wanita UPKO, EXCO sesi 2026β2029.
Tahniah dan syabas kepada semua perwakilan Wanita UPKO Bahagian Penampang yang telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen.
Semoga persidangan ini menjadi titik semangat baharu untuk kita terus bersatu, bekerja dan memperjuangkan suara rakyat.
Syabas! Tahniah!
Teruskan perjuangan.
Wanita UPKO Penampang
Wanita UPKO Malaysia