02/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
โSyabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang membantu menjayakan Karnival Bola Sepak Jemputan Piala Penguatkuasa 2026 Wilayah Persekutuan Labuan yang julung-julung kalinya berlangsung pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2026 di Padang Bola Sepak UMSKAL.
โSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
- YBhg. En. Luqman Ridha Anwar, Pendaftar UMS
- YBhg. Prof. Dr. Shamsul Bahari Bin Shamsudin, Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)
- YDH ASP/PB Rakam Singh a/l Karam Singh, Ketua Sektor Keselamatan UMSKAL
- YBrs. Puan Rozeyatie Ibrahim, Ketua Sektor Sukan & Rekreasi UMSKAL
- โKetua-Ketua Jabatan & Agensi Penguatkuasa / Badan Beruniform W.P. Labuan
Setinggi-tinggi penghargaan kepada para pemain dari kesemua 12 buah agensi (๐๐๐ฟ๐, ๐๐๐ฟ๐, ๐๐ฟ๐๐, ๐๐๐จ๐ฉ๐๐ข, ๐ฝ๐ค๐ข๐๐, ๐๐ข๐๐๐ง๐๐จ๐๐ฃ, ๐
๐๐
, ๐ผ๐๐๐, ๐๐ฝ ๐๐๐, ๐๐ฝ ๐ผ๐๐ฝ, ๐๐ฝ ๐ผ๐๐ง๐ฅ๐ค๐ง๐ฉ).
Kehadiran dan semangat kesukanan berpasukan yang ditunjukkan tuan-tuan telah menyemarakkan perpaduan serta hubungan sinergi antara agensi barisan hadapan di WP Labuan.
- Kepada โBarisan AJK Pelaksana, anggota Sektor Keselamatan & Rakan Kerjasama Sektor Sukan & Rekreasi, syabas dan tahniah atas komitmen jitu dan usaha yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Dedikasi anda semua dari fasa perancangan hingga tamat program adalah teras kepada kejayaan penganjuran ini.
- โPara Pengadil Bertauliah (FAM/SAFA), Petugas Perubatan, Pemandu. Terima kasih atas kelancaran tugasan dan disiplin kawalan perlawanan yang amat cemerlang.
โSemoga ikatan silaturahim dan kerjasama strategik yang terjalin ini dapat diteruskan demi keharmonian dan keselamatan komuniti di Wilayah Persekutuan Labuan.
Tergantung megah lambang pasukan,
Gagah bertugas sudahlah tentu;
Bersatu wira barisan hadapan,
Menjaga keselamatan sepanjang waktu.
Indah pemandangan pulau Labuan,
Bahtera datang dari Kota Kinabalu;
Di padang UMSKAL menjadi taruhan,
Semangat berpasukan pasti berpadu.
โSekian, terima kasih.
ASP/PB MASSALINRI BIN MOHD TAHIR
Menjalankan Fungsi Pengarah Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar UMS
merangkap Penasihat Program Karnival Bola Sepak Jemputan Piala Penguatkuasa 2026 Wilayah Persekutuan Labuan