Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah -SAFODA-

Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah -SAFODA- Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) Official page

17/07/2026

Selesai sudah Program Kesedaran Keselamatan Awam Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Pejabat SAFODA ...
15/07/2026

Selesai sudah Program Kesedaran Keselamatan Awam Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Pejabat SAFODA Kinarut! 🚒🏢Terima kasih diucapkan kepada pegawai Bomba yang hadir berkongsi ilmu. Pendedahan mengenai langkah pencegahan kebakaran, prosedur menyelamat diri, dan demonstrasi praktikal penggunaan Alat Pemadam Api (API) sangat penting. Langkah proaktif ini memastikan warga kerja sentiasa peka dan bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan di pejabat mahupun di rumah.Keselamatan tanggungjawab bersama! 💪🔥

13/07/2026

Tahukah anda? Kentalan atau getah sekerap merupakan komponen penting dalam industri getah negara. Saksikan bagaimana kentalan getah berkualiti dihasilkan dengan penuh teliti di Ladang Getah SAFODA Lumat. Tanaman getah ini dipelopori oleh SAFODA di mana ia dapat memberikan balak getah dan susu getah bagi memenuhi keperluan ladang hutan balak di Negeri Sabah.

Strengthening International Collaboration for Sabah’s Sustainable Future 🇲🇾🇰🇷SAFODA was honoured to receive and particip...
07/07/2026

Strengthening International Collaboration for Sabah’s Sustainable Future 🇲🇾🇰🇷

SAFODA was honoured to receive and participate in an official meeting with Korea East-West Power Co., Ltd. (EWP) to explore potential collaboration in renewable energy and sustainable development.

This engagement reflects SAFODA’s continuous commitment to building strategic international partnerships that can contribute to attracting quality investments, advancing green technology, and creating long-term socio-economic opportunities for Sabah.

Through collaborations such as these, SAFODA remains dedicated to supporting the State Government’s aspirations towards sustainable economic growth, environmental stewardship, and a greener future for the people of Sabah.

We look forward to strengthening this partnership and unlocking new opportunities that will benefit Sabah for generations to come.

Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Zainudin bin Ama...
19/06/2026

Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Zainudin bin Aman atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu.

Semoga dengan pengalaman, kepimpinan dan dedikasi yang dimiliki, YBhg. Datuk akan terus membawa kecemerlangan dalam perkhidmatan awam serta memacu pembangunan Negeri Sabah ke arah yang lebih progresif dan mampan.

Kami mendoakan agar YBhg. Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Ikhlas daripada
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurus Besar serta seluruh warga kerja
Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) 🌿

🌙 Salam Awal Muharram 1448H 🌙SAFODA mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada seluruh umat Islam. Semoga tahun ...
17/06/2026

🌙 Salam Awal Muharram 1448H 🌙

SAFODA mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada seluruh umat Islam. Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, ketenangan, dan memperkukuh azam kita untuk menjadi insan yang lebih baik. 🤲✨

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) mengucapkanSelamat Hari Raya Aidiladha kepada...
27/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙

Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam dan masyarakat umum.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang keikhlasan, pengorbanan dan perpaduan sesama insan.
Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, kesyukuran serta menjaga kelestarian alam demi generasi akan datang.

✨ Aidiladha diraikan, ukhuwah dieratkan, alam dipelihara. ✨

Ikhlas daripada
Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA)

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia!Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) ingin merakamkan s...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia!

Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja yang telah menyumbang tenaga, masa dan usaha dalam membangunkan negara tercinta. Dedikasi anda dalam pelbagai sektor adalah tunjang kepada kemajuan ekonomi, kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar.

Sesungguhnya, setiap keringat yang dicurahkan membawa makna besar dalam membina masa depan yang lebih mampan dan sejahtera untuk generasi akan datang. Teruskan berbakti dengan penuh integriti, semangat dan komitmen.

“Pekerja Tonggak Kemakmuran Negara”

Ikhlas daripada,
Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA)

1 Mei 2026

Majlis Apresiasi SAFODA 2026Majlis penuh bermakna bagi menghargai komitmen, dedikasi dan kecemerlangan warga SAFODA tela...
21/04/2026

Majlis Apresiasi SAFODA 2026

Majlis penuh bermakna bagi menghargai komitmen, dedikasi dan kecemerlangan warga SAFODA telah berlangsung dengan jayanya di Grand Ballroom, Aras 2, Hilton Hotel Kota Kinabalu.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Isnin Aliasnih, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah dan turut dihadiri oleh Pengerusi SAFODA, YBhg. Datuk Hamild @ Hamid bin Haji Awang.

Acara ini meraikan pekerja cemerlang, pesara, serta kakitangan yang telah menabur bakti selama 10 dan 30 tahun dalam perkhidmatan — simbol penghargaan atas dedikasi dan sumbangan berterusan mereka terhadap kecemerlangan organisasi.

🌿 Terima kasih atas jasa dan usaha semua warga SAFODA!
Bersama, kita terus melangkah maju ke arah kecemerlangan dan kelestarian industri perhutanan Sabah. 💚

Address

Tingkat 1, Wisma Perkasa, Jalan Gaya
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah -SAFODA- posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share