Parti Bersatu Rakyat Sabah

Parti Bersatu Rakyat Sabah PBRS adalah sebuah parti yang telah ditubuhkan sejak tahun 1994 dan merupakan parti tempatan Sabah.

30/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!


16/08/2026
01/08/2026

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก!

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon Barisan Nasional yang telah diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan Ke-16.

Terima kasih kepada semua pengundi atas kepercayaan yang diberikan serta kepada seluruh jentera Barisan Nasional yang telah bertungkus-lumus, berkorban masa dan tenaga sepanjang kempen.

Semoga kemenangan ini menjadi amanah untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, mengutamakan kebajikan rakyat dan membawa Negeri Sembilan ke arah yang lebih maju, makmur serta sejahtera.

Barisan Nasional
Parti Bersatu Rakyat Sabah

Melalap Monsoi!
19/07/2026

Melalap Monsoi!

Kepimpinan Pemuda dan Wanita PBRS Pusat hadir membantu calon NO.3 di DUN Johor Jaya, saudari Chan San San.
08/07/2026

Kepimpinan Pemuda dan Wanita PBRS Pusat hadir membantu calon NO.3 di DUN Johor Jaya, saudari Chan San San.

02/07/2026

Gerak kerja Pergerakan Wanita PBRS Pusat di PRN Johor membantu calon Barisan Nasional DUN Permas dan DUN Johor Jaya diketuai oleh Datin Zainon Khan, Ketua Pergerakan Exco Wanita PBRS Pusat.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1448 H kepada seluruh umat Islam di Malaysia.Tahun baharu dalam kalendar Islam ini membawa...
17/06/2026

Selamat menyambut Maal Hijrah 1448 H kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Tahun baharu dalam kalendar Islam ini membawa mesej penghijrahan yang amat universal, iaitu tekad untuk berubah ke arah kebaikan, memperkukuh perpaduan, dan mempertingkat keharmonian sesama kita.

Bertemakan "MADANI Dihayati, Ummah Diberkati", marilah kita bersama-sama menterjemahkan nilai-nilai murni ini dalam kehidupan seharian.

Semoga tahun baharu ini membuka lembaran yang dipenuhi dengan keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan yang melimpah ruah buat seluruh rakyat Malaysia.

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—”๐—š๐—จ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—ŸMesyuarat Agung Tahunan Barisan Nasional (BN) yang berlangsung hari ini...
13/06/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—”๐—š๐—จ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ

Mesyuarat Agung Tahunan Barisan Nasional (BN) yang berlangsung hari ini di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor telah menzahirkan iltizam dan kesepakatan kepimpinan BN dalam memperkukuh parti, menjamin kestabilan politik negara serta merangka strategi terbaik menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sejajar dengan semangat tersebut, mesyuarat telah memutuskan beberapa ketetapan utama yang akan menjadi panduan gerak kerja dan hala tuju Barisan Nasional pada masa kini dan masa hadapan.

1. PRN Johor dan Negeri Sembilan menjadi fokus utama BN, dengan seluruh jentera parti digerakkan secara menyeluruh bagi memastikan kemenangan.

2. BN akan terus memperkukuh kesatuan parti komponen BN dan Friends of BN demi menjamin kestabilan politik dan membina pentadbiran yang diyakini rakyat.

3. BN memuktamadkan pendirian untuk bertanding menggunakan logo dacing dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan.

4. Mesyuarat juga bersetuju dengan Keahlian Terus BN (BN Direct Membership) bagi menarik penyertaan golongan profesional, anak muda dan masyarakat keseluruhannya berdasarkan Fasal 6.4 Perlembagaan Barisan Nasional.

5. BN komited mendukung Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal demi memastikan kestabilan negara, keyakinan pelabur dan kelangsungan agenda pembangunan.

Dr. Zambry Abd Kadir
13 Jun 2026

Hari ini, kita memperingati ulang tahun ke-52 Barisan Nasional dengan penuh rasa syukur dan bangga terhadap perjuangan y...
01/06/2026

Hari ini, kita memperingati ulang tahun ke-52 Barisan Nasional dengan penuh rasa syukur dan bangga terhadap perjuangan yang telah dibina bersama sejak sekian lama.

Selama lebih lima dekad, Barisan Nasional telah menjadi wadah perjuangan rakyat yang membawa kestabilan, pembangunan dan kemajuan kepada negara serta wilayah Sabah. Segala pencapaian yang kita nikmati hari ini lahir daripada usaha, pengorbanan dan kesetiaan para pemimpin, jentera serta ahli-ahli parti di setiap peringkat.

Di Sabah, Barisan Nasional terus komited untuk menjadi suara rakyat. Kita akan terus memperkukuh perpaduan, mempertahankan kestabilan politik serta memastikan agenda pembangunan dapat diteruskan demi kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

Sempena ulang tahun ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kepimpinan, jentera dan penyokong Barisan Nasional Sabah yang terus setia bersama perjuangan ini. Marilah kita terus melangkah dengan tekad yang sama, memperbaharui semangat perjuangan dan bekerja lebih kuat demi masa depan Sabah yang lebih maju, stabil dan makmur.

Selamat Ulang Tahun ke-52 Barisan Nasional.

YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup
Pengerusi Barisan Nasional Sabah
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah

Address

Blok B, Lot 19, Tingkat Dua, Lorong Singgah Mata 2, Asia City
Kota Kinabalu
88000

Telephone

+6088263282

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Bersatu Rakyat Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share