KM Banggi 7502

KM Banggi 7502 Kapal Maritim Banggi merupakan kapal Kelas Langkawi iaitu salah sebuah kapal APMM yang terbaik.

Melaksanakan penguatkuasaan maritim di zon maritim Malaysia selain melaksanakan tugas mencari dan menyelamat.

31/08/2026
Pegawai Memerintah KM BANGGI, Komander Maritim Haji Mahathir bin Mohammad turut hadir dalam memeriahkan acara perbarisan...
31/08/2026

Pegawai Memerintah KM BANGGI, Komander Maritim Haji Mahathir bin Mohammad turut hadir dalam memeriahkan acara perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2026

31/08/2026

MAKLUMAT KEBAJIKAN (IBU ANGGOTA MENINGGAL DUNIA)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

Tuanx dan Puanx.
*MAKLUMAT KEBAJIKAN IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SABAH & W.P. LABUAN (IBU ANGGOTA MENINGGAL DUNIA)*

2. Dukacita dimaklumkan bahawa *PUAN EMBON BINTI MAT @ TEMPAWAN IBU KEPADA PW I (M) MOHD ABIR BIN AHMAD, JURAGAN KM BANGGI Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan telah meninggal dunia petang 30 Ogos 2026 sekitar jam 3.00 ptg akibat sakit tua. Urusan pengebumian akan dilaksanakan di Alor Setar, Kedah.*

3. Marilah sama-sama kita mendoakan agar arwah ibu beliau ditempatkan bersama golongan yg beriman dan dipermudahkan segala urusan pegawai dan keluarga serta diberi kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

31/08/2026

๐—›๐—ž๐—›๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿฎ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ : ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—˜๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

Kedaulatan perairan negara terus diperkasa!

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) - Sepanjang lebih Dua Dekad (21 tahun) usia Agensi, pemerkasaan aset adalah fokus pucuk pimpinan tertinggi, berikut adalah aset terkini ;

โœ… KM BENDAHARA

Berfungsi sebagai Pangkalan Hadapan di Laut (Forward Operating Base), Pusat Kawalan dan Perintah (Command & Control) serta platform operasi penguatkuasaan maritim berpanjangan bersama aset sedia ada seperti KM TUN FATIMAH dan KM ARAU. Mampu beroperasi di laut lepas sehingga 21 hari tanpa ulangan bekalan.

โœ… LEONARDO AW189

Helikopter operasi maritim generasi baharu. Satu unit telah diterima secara rasmi dan 3 unit lagi akan diterima secara berperingkat. Dengan jarak operasi sehingga 1,166 km, kelajuan maksimum 313 km/j dan endurance 5 jam, aset ini meningkatkan kehadiran udara (aerial presence) di kawasan strategik dan berisiko tinggi. Dilengkapi kabin luas untuk penempatan STAR TEAM dan misi menyelamat.

Ini adalah manifestasi 'Malaysia MADANI - Kesejahteraan Dinikmati' melalui penguatkuasaan yang berdaulat dan responsif.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati

Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

31/08/2026
31/08/2026

๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก | ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—™๐—”๐—ž๐—ง๐—” : ๐—๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ & ๐—ง๐—จ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—œ๐—ฆ๐—จ ๐—ž๐—ข๐—ฆ ๐—ข๐—ฃ๐—ฉ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

๐“a๐กu๐คa๐ก ๐€n๐a?

Ramai keliru, kami permudahkan untuk kefahaman melalui infografik SEKILAS FAKTA mengenai isu ini.

Anggaran kos semasa ยฑRM319.6 juta itu BUKAN peruntukan baru di atas siling projek.

Ia adalah kos untuk menyempurnakan baki OPV 2 & OPV 3, yang akan dibiayai sepenuhnya dalam ruang peruntukan SEDIA ADA sebanyak ยฑRM320 juta.

Kerajaan memastikan setiap penilaian dibuat secara teliti โ€” berdasarkan keadaan sebenar limbungan, peralatan & utiliti โ€” agar pengurusan kewangan kekal berhemah.

Misi tetap sama: Memperkukuh Keupayaan Maritim Negara. Sekarang dah tahu kan.. ๐Ÿซฐ๐Ÿป

Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

31/08/2026

๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก | ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—™๐—”๐—ž๐—ง๐—” : ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—๐—จ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—จ๐—” ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—— ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sentiasa komited dari aspek kemajuan dan pembangunan infrastuktur signifikan serta fasiliti utama Agensi, seiring dengan usianya mencecah dua dekad berpandukan keupayaan dan tatakelola perolehan Kerajaan.

Antara projek pembangunan yang telah terlaksana pada tahun 2026 :

โœ… Kompleks Maritim Miri Sarawak
โœ… Kompleks Maritim Semporna Sabah

Keutamaan ini amat relevan demi memperkukuh kesiapsiagaan operasi dan keupayaan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan serta kepentingan perairan negara.

Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

31/08/2026

๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก | ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—ข๐—ฃ๐—ฉ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”: ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

Maritim Malaysia komited memastikan Projek OPV dilaksanakan secara telus, teratur dan berintegriti, melalui proses penilaian teknikal, rundingan serta kelulusan yang berasaskan keupayaan dan tatakelola perolehan Kerajaan.

Keutamaan adalah memastikan projek ini dapat diteruskan dengan sebaiknya demi memperkukuh kesiapsiagaan operasi dan keupayaan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan serta kepentingan perairan negara.

Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

Address

Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KM Banggi 7502 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share