JSPT IPK SABAH

JSPT IPK SABAH FACEBOOK RASMI JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK KONTINJEN SABAH

VISI:
MENJADI AGENSI PENERAJU DALAM MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN PENGGUNA JALAN RAYA

MISI:
MEMBERI PERKHIDMATAN YANG CEKAP, PROFESIONAL DAN BERKUALITI DALAM MELINDUNGI SERTA MENJAMIN PERSEKITARAN YANG SELAMAT KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA

MOTO:
PROFESIONAL DAN BERINTEGRITI

Serah Terima Tugas KJSPT Sabah
02/09/2026

Serah Terima Tugas KJSPT Sabah

ZIARAH KEBAJIKAN JSPT IPK SABAHKOTA KINABALU | 17 OGOS 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎYDH DSP Syahlan bin Sukimin, Pemangku Ketua Jabatan Siasat...
17/08/2026

ZIARAH KEBAJIKAN JSPT IPK SABAH

KOTA KINABALU | 17 OGOS 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

YDH DSP Syahlan bin Sukimin, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah bersama Pegawai-Pegawai Turus JSPT IPK Sabah telah mengadakan Lawatan Kebajikan kepada salah seorang anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Penampang yang sedang menjalani cuti kebajikan susulan isteri beliau mengalami kecederaan patah kaki sebelah kiri.

Lawatan ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan warga JSPT IPK Sabah terhadap kebajikan serta kesejahteraan anggota dan keluarga, khususnya ketika berdepan dengan ujian dan musibah.

Semoga isteri anggota berkenaan diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kekuatan dan kesabaran sepanjang tempoh pemulihan.

Kebajikan anggota sentiasa menjadi keutamaan. Warga JSPT sentiasa bersama dalam susah dan senang. πŸ€πŸ»πŸ’™

β€œKebajikan Dijaga, Solidariti Diperkasa.”







⚽️ PERLAWANAN PERSAHABATAN TEAM JSPT IPK SABAH & TEAM BALAI POLIS KINARUT ⚽️KOTA KINABALU, 9 Ogos 2026 – Telah berlangsu...
09/08/2026

⚽️ PERLAWANAN PERSAHABATAN TEAM JSPT IPK SABAH & TEAM BALAI POLIS KINARUT ⚽️

KOTA KINABALU, 9 Ogos 2026 – Telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Team JSPT IPK Sabah dan Team Balai Polis Kinarut bertempat di Padang Bola IPD Kota Kinabalu.

Perlawanan ini turut disaksikan oleh YDH DSP Syahlan bin Sukimin, Pemangku KJSPT Sabah, yang hadir memberikan sokongan dan semangat kepada kedua-dua pasukan.

Perlawanan persahabatan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dan semangat setiakawan, malah turut memupuk budaya kerjasama, kecergasan fizikal dan semangat berpasukan dalam kalangan warga PDRM.

Tahniah dan syabas kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan. πŸ’ͺ⚽️

β€œBERSAMA MEMBINA SEMANGAT, BERSAMA MEMPERKASA PASUKAN”









06/08/2026
05/08/2026
π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π’π˜π€ππ€π’ 𝐃𝐀𝐍 π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡Seluruh warga Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat ...
28/07/2026

π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π’π˜π€ππ€π’ 𝐃𝐀𝐍 π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡

Seluruh warga Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:

YDH SUPT. ROSDI BIN MAT JUSOH

atas kenaikan pangkat sebagai Asisten Komisioner Polis (ACP) serta pelantikan sebagai Ketua Polis Daerah Tawau dengan memangku pangkat ACP.

Semoga kenaikan pangkat dan amanah baharu ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam memimpin organisasi, memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepolisan, serta terus menyumbang bakti demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat.

Warga JSPT IPK Sabah mendoakan agar YDH Tuan terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam menggalas tanggungjawab serta amanah yang diberikan.

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya.

β€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada”






🚫 MEMANDU DI BAWAH PENGARUH MINUMAN MEMABUKKAN (ALKOHOL) ATAU DADAH MEMBAWA PADAH!Jangan sesekali mengambil risiko meman...
23/07/2026

🚫 MEMANDU DI BAWAH PENGARUH MINUMAN MEMABUKKAN (ALKOHOL) ATAU DADAH MEMBAWA PADAH!

Jangan sesekali mengambil risiko memandu selepas mengambil minuman memabukkan atau dadah. Tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh meragut nyawa sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

⚠️ Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman berat terhadap individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan.

Ingat!
πŸš” Memandu dalam keadaan mabuk bukan satu kemalangan, tetapi satu pilihan yang membawa akibat.
🚫 Jangan jadikan jalan raya sebagai tempat menggadaikan nyawa.
❀️ Pulanglah dengan selamat, keluarga menanti di rumah.

Jadilah pemandu yang bertanggungjawab. Jika anda telah mengambil alkohol atau dadah, jangan memandu. Gunakan perkhidmatan e-hailing, teksi atau minta bantuan ahli keluarga dan rakan.

πŸ“’ PERINGATAN KEPADA ORANG RAMAIBAYAR AWAL, BAYAR KURANG!Sistem saman trafik PDRM mengamalkan konsep β€œBayar Awal, Bayar K...
23/07/2026

πŸ“’ PERINGATAN KEPADA ORANG RAMAI

BAYAR AWAL, BAYAR KURANG!

Sistem saman trafik PDRM mengamalkan konsep β€œBayar Awal, Bayar Kurang” bagi menggalakkan orang ramai menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan.

πŸ’° Struktur Pengurangan Kadar Kompaun:
βœ… Hari 1 – 15 : Diskaun 50%
βœ… Hari 16 – 30 : Diskaun 33%
⚠️ Hari 31 – 60 : Kadar maksimum kompaun dikenakan.
🚫 Hari 61 dan ke atas : Tindakan mahkamah serta boleh disenarai hitam.

Jangan tunggu sehingga saat akhir. Selesaikan kompaun anda lebih awal bagi menikmati kadar yang lebih rendah serta mengelakkan tindakan perundangan.

Marilah bersama-sama menjadi pengguna jalan raya yang bertanggungjawab dengan sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.

πŸš” JANGAN MEMOTONG DI GARISAN BERKEMBAR πŸš”Tergesa-gesa beberapa saat mungkin memberi kepuasan, tetapi akibatnya boleh dike...
20/07/2026

πŸš” JANGAN MEMOTONG DI GARISAN BERKEMBAR πŸš”

Tergesa-gesa beberapa saat mungkin memberi kepuasan, tetapi akibatnya boleh dikenang seumur hidup.

Garisan berkembar bukan sekadar cat di atas jalan, sebaliknya tanda larangan memotong yang diwujudkan di lokasi berisiko tinggi seperti selekoh, bukit dan kawasan yang mempunyai jarak penglihatan terhad. Mengabaikan tanda ini boleh mengakibatkan perlanggaran hadapan (head-on collision) yang sering membawa kepada kecederaan parah atau kehilangan nyawa.

⚠️ Ingatlah, tindakan memotong di garisan berkembar boleh menyebabkan:
βœ… Kemalangan maut atau kecederaan serius.
βœ… Kehilangan insan tersayang.
βœ… Kerugian harta benda.
βœ… Tindakan undang-undang termasuk saman, mata demerit dan pendakwaan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Jangan jadikan beberapa saat untuk memotong sebagai penyesalan seumur hidup. Bersabar dan tunggu sehingga tiba di kawasan yang dibenarkan untuk memotong. Keselamatan anda dan pengguna jalan raya yang lain adalah tanggungjawab bersama.

πŸš“ Patuhi undang-undang jalan raya. Hormati garisan berkembar. Utamakan keselamatan.

β€œBeberapa saat menjimatkan masa, tidak berbaloi jika nyawa menjadi pertaruhannya.”

⚽ PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK SANTAI ⚽Semangat kesukanan terus diperkasakan melalui perlawanan persahabatan di an...
14/07/2026

⚽ PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK SANTAI ⚽

Semangat kesukanan terus diperkasakan melalui perlawanan persahabatan di antara SB IPK FC dan JSPT Sabah FC, yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni, semangat berpasukan serta persaingan sihat.

Program ini bukan sahaja menjadi medan menggalakkan gaya hidup sihat, malah mengeratkan silaturahim dan semangat kekitaan dalam kalangan warga PDRM.

Semoga aktiviti seperti ini terus menjadi platform membina pasukan yang lebih cergas, bersatu dan berintegriti.

β€œSukan Menyatukan Kita, Silaturahim Mengukuhkan Pasukan.”








Address

IPK Kepayan
Kota Kinabalu
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JSPT IPK SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share