07/08/2026
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ข ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฃ๐ ๐ค๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ฎ ๐๐๐ค๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ฎ ๐๐๐ฅ๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ข๐ง๐ฃ๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐๐๐จ๐ง๐
SANDAKAN, 7 Ogos 2026 โ Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Zainudin bin Aman, hari ini menyertai lawatan kerja ke Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Selingan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, serta delegasi asing sempena Program Taklimat dan Tinjauan Keselamatan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) Tahun 2026.
Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada perwakilan asing mengenai tahap keselamatan, kesiapsiagaan pasukan keselamatan serta pengurusan kawasan strategik di Pantai Timur Sabah.
Antara perwakilan asing yang menyertai program itu ialah daripada Switzerland, Jerman, Itali, Slovakia, Amerika Syarikat, Finland, Belgium, Republik Czech, Austria serta wakil daripada Kesatuan Eropah.
Program dimulakan di Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Sandakan sebelum rombongan bertolak ke Pulau Bakungan Kecil. Di pulau berkenaan, rombongan menerima taklimat daripada Taman-Taman Sabah mengenai pengurusan kawasan perlindungan marin, usaha pemuliharaan biodiversiti serta pembangunan ekopelancongan.
Rombongan kemudiannya mengadakan lawatan sekitar pulau, menandatangani Buku Lawatan dan menyaksikan penyerahan sumbangan kepada komuniti setempat.
Lawatan diteruskan ke Pulau Selingan, di mana rombongan diberikan taklimat mengenai program pemuliharaan penyu sebelum melawat tapak penetasan penyu serta menyaksikan pelaksanaan Program Pengambilan Anak Angkat Sarang Penyu (Turtle Nest Adoption), antara inisiatif pemuliharaan spesies penyu yang dilaksanakan oleh Taman-Taman Sabah. Program turut disusuli dengan sesi jamuan ringan dan sesi bergambar.
Sepanjang lawatan, rombongan turut mengikuti taklimat yang disampaikan oleh agensi-agensi keselamatan berkaitan pengurusan keselamatan, situasi semasa dan langkah-langkah penguatkuasaan di ESSZone, di samping meninjau pelaksanaan kawalan keselamatan di beberapa lokasi strategik di Pantai Timur Sabah.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dalam memperkukuh keselamatan di ESSZone, di samping meningkatkan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap Sabah sebagai destinasi yang selamat untuk pelancongan, pelaburan dan pembangunan.
Turut menyertai program berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, YB Datuk Jafry bin Ariffin; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN); Datuk Dr Awang Alik Jeman; Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos; Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Haji Ag. Shahminan bin Datuk Haji Ag. Sahari; serta pegawai-pegawai kanan kementerian, agensi keselamatan dan delegasi asing.
ยฉ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ข๐๐ฎ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ก