01/08/2026
Mengadakan pertemuan bersama pegawai penyelaras penguatkuasaan DBKK bagi kawasan Luyang untuk membincangkan isu merokok di kaki lima restoran dan kawasan awam.
Di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), pengusaha restoran boleh dikenakan tindakan jika gagal mengambil langkah yang munasabah untuk menghalang pelanggan daripada merokok di kawasan larangan. Namun begitu, ramai pengusaha restoran kini berada dalam dilema kerana risau menjejaskan hubungan dengan pelanggan.
Pada masa ini, penguatkuasa DBKK hanya mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kompaun terhadap individu yang membuang puntung rokok secara merata-rata, manakala penguatkuasaan terhadap individu yang merokok di kawasan larangan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Saya mencadangkan agar DBKK dan KKM menjalankan operasi penguatkuasaan secara bersama supaya tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Saya juga mencadangkan supaya kawasan merokok yang diwartakan diwujudkan di lokasi awam yang sesuai, khususnya di kawasan lot kedai, bagi memastikan kepentingan perokok dan orang awam dapat diseimbangkan.
Saya akan terus membuat susulan dengan kedua-dua jabatan ini bagi memastikan penguatkuasaan yang lebih berkesan serta penyelesaian yang praktikal dan adil untuk semua pihak.
——
与负责路阳区的DBKK执法官员会面,讨论餐厅五脚基及公共场所吸烟的问题。
根据《2024年公共卫生烟草产品管制法令》(第852法令),若餐厅业者没有采取合理措施阻止顾客在禁烟区吸烟,业者可能会面对执法行动。然而,许多餐厅业者也坦言,他们担心得罪顾客,因此往往陷入两难。
目前,DBKK执法人员只能针对乱丢烟蒂的行为采取行动,而在禁烟区吸烟的执法权限则属于卫生部(KKM)。
我建议DBKK与卫生部展开联合执法行动,以提升执法效率。同时,我也建议政府在合适的公共场所,尤其是商业店铺区,规划并宪报公布合法吸烟区,让吸烟者有指定地点吸烟,也保障非吸烟者的权益。
我将继续与两个部门跟进此事,推动更完善的执法机制,并寻求兼顾各方权益的务实解决方案。
——
Met with the DBKK Enforcement Person-In-Charge for Luyang today to discuss the issue of smoking at restaurant kaki lima and public areas.
Under the Control of Smoking Products for Public Health Act 2024 (Act 852), restaurant owners can be penalized if they fail to take reasonable steps to stop customers from smoking in prohibited areas. However, many restaurant owners have shared that they are reluctant to confront customers for fear of offending them.
At present, DBKK can only take action against individuals who litter cigarette butts, while enforcement against smoking in prohibited areas falls under the Ministry of Health (KKM).
I suggested that DBKK and KKM carry out joint enforcement operations so enforcement can be more effective. I also proposed that designated and gazetted smoking areas be considered in suitable public places, especially around shoplots so that the rights of both smokers and non-smokers are taken into account.
I will continue following up with both departments to push for better enforcement and practical solutions that work for everyone.