CGSO Sabah

CGSO Sabah Agensi kerajaan yang bertanggungjawab memberi khidmat nasihat berkaitan Keselamatan Perlindungan

17/08/2026
17/08/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐˜๐๐‘๐’. ๐“๐”๐€๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐‘๐€๐‰๐ˆ๐”๐ ๐๐ˆ๐ ๐€๐๐” ๐๐€๐Š๐€๐‘, ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐—๐•๐ˆ๐ˆ๐ˆ

Seluruh warga Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada YBrs. Tuan Ahmad Rajiun bin Abu Bakar di atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Ke-XVIII yang berkuat kuasa mulai 17 Ogos 2026.

Semoga dengan kepimpinan, pengalaman dan pengetahuan luas YBrs. Tuan diharap dapat memacu CGSO ke hadapan dan terus cemerlang seiring pembangunan negara ke arah Malaysia MADANI.

Tahniah kepada YBrs. Tuan Ahmad Rajiun bin Abu Bakar kerana dapat mengetuai keluarga besar CGSO.










31/07/2026
๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐, ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐‚๐†๐’๐Ž ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐˜๐ ๐ƒ๐€๐“๐”๐Š ๐™๐€๐ˆ๐๐”๐ƒ๐ˆ๐ ๐€๐Œ๐€๐, ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐‘...
24/07/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐, ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐‚๐†๐’๐Ž ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐˜๐ ๐ƒ๐€๐“๐”๐Š ๐™๐€๐ˆ๐๐”๐ƒ๐ˆ๐ ๐€๐Œ๐€๐, ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ (๐’๐Š๐) ๐’๐€๐๐€๐‡

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ), ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ - - YBrs. Tuan Syarifuddin bin Palawa, Pengarah Keselamatan Kerajaan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Datuk Zainudin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Delegasi kunjungan hormat ini turut hadir bersama Pengarah Keselamatan Kerajaan, Encik Felix Cheong Sung Leong, Timbalan Pengarah Keselamatan Kerajaan CGSO Sabah, Encik Mohd Redzuan bin Haji Ruzali , Timbalan Pengarah Keselamatan Kerajaan CGSO Sabah dan Puan Haira binti Mus, Penolong Pegawai Keselamatan CGSO Sabah.

Sesi pertemuan strategik ini memfokuskan kepada memperkukuhkan hubungan strategik diantara Pejabat CGSO Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah serta bertukar pandangan mengenai Keselamatan Perlindungan di Jabatan dan Agensi Kerajaan di Negeri Sabah. Selain itu juga, Pejabat CGSO Negeri Sabah menerangkan peranan Yang Berhormat Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah selaku Pengerusi Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri Sabah (JSPN) dan turut disentuh berkenaan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di Negeri Sabah.

Dengan adanya pertemuan ini diharap jaringan kerjasama diantara Pejabat CGSO Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah berterusan bagi memastikan Keselamatan Perlindungan dan Instalasi Sasaran Penting Negeri Sabah senantiasa berada pada tahap yang paling optimum dan selamat.

Gambar Ihsan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† (๐€๐๐‚) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐‚...
12/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† (๐€๐๐‚) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐‚๐†๐’๐Ž)

๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐Ÿ - Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 bagi menghargai warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berintegriti tinggi dalam perkhidmatan.

Pejabat CGSO Negeri Sabah turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

1. Encik Mohd Redzuan Bin Ruzali
Timbalan Pengarah, Pejabat CGSO Negeri Sabah
atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025. Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan wajar menjadi contoh kepada seluruh warga CGSO.

YBhg. Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada semua warga CGSO dan berharap agar penganugerahan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.
Syabas dan tahniah!

20/03/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ, ๐Œ๐€๐€๐… ๐™๐€๐‡๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐“๐ˆ๐

Salam Aidilfitri saya ucapkan dengan penuh keikhlasan. Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua.

Kepada seluruh pegawai dan warga CGSO yang bertugas sepanjang musim perayaan ini, sesungguhnya kita memikul amanah yang besar dalam memastikan keselamatan perlindungan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi. Laksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan integriti demi memelihara nama baik serta kecemerlangan CGSO.

Di ambang Syawal yang mulia, semoga segala rindu yang terpendam terlerai dengan kepulangan yang dinanti dan setiap langkah yang diatur membawa kita kembali kepada fitrah dengan hati yang bersih, penuh keinsafan dan kesyukuran.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข, ๐Œ๐š๐š๐Ÿ ๐™๐š๐ก๐ข๐ซ ๐๐š๐ง ๐๐š๐ญ๐ข๐ง.

Ikhlas daripada:
๐—ช.๐—›๐˜‚๐˜€๐—ฏ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ช.๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ
๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป





Address

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088488444

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CGSO Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share