24/07/2026
PROGRAM MOBILISASI RAWATAN PEMULIHAN TANPA SEMPADAN (MRT) BERSAMA AADK KOTA KINABALU
PENJARA WANITA KOTA KINABALU - 23 Julai 2026 | Khamis
Unit Pemulihan Penjara Wanita Kota Kinabalu dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan Program Mobilasi Rawatan Tanpa Sempadan (MRT) kepada 60 orang prospek di institusi ini.
Objektif program ini adalah untuk memberikan perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara bersepadu kepada prospek yang terlibat dengan masalah dadah di samping memperkukuhkan kerjasama strategik di antara Jabatan Penjara Malaysia dan AADK ke arah memperkasakan program pemulihan penghuni.
Selain itu, program ini turut memberi penekanan kepada aspek pemulihan secara holistik melalui pendekatan kesihatan fizikal, mental dan emosi bagi membantu penghuni meningkatkan kualiti hidup sepanjang menjalani hukuman, serta sebagai persediaan untuk proses reintegrasi ke dalam masyarakat.
Pelaksanaan program ini merupakan salah satu usaha membantu dan menyokong prospek meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, pengesanan awal masalah kesihatan serta akses kepada perkhidmatan rawatan dan pemulihan khususnya berkaitan penyalah gunaan dadah secara lebih efisien.
Secara keseluruhannya, Program Mobilisasi Rawatan Pemulihan Tanpa Sempadan (MRT) diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan prospek yang terlibat menerima perkhidmatan kesihatan dan pemulihan yang berkualiti, seterusnya menyokong hasrat Jabatan Penjara Malaysia dalam melahirkan individu yang lebih sihat, produktif dan bersedia untuk kembali berfungsi dalam masyarakat selaras dengan aspirasi Jabatan Penjara Malaysia, 'Penjara Selamat, Berdaya Huni dan Menginspirasikan Harapan'.
Sekian laporan disediakan oleh :
UNIT PEMULIHAN PWKK
Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan
Penjara Sandakan
Penjara Tawau Official
Penjara Lahad Datu
Sekolah Henry Gurney Keningau
Penjara Pusat, Kota Kinabalu
Pusat Koreksional Labuan