SEDIA - Laman Rasmi

SEDIA - Laman Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SEDIA - Laman Rasmi, Public & Government Service, Kota Kinabalu.

SEDIA merupakan Pihak Berkuasa Sehenti yang diamanahkan untuk memacu Koridor Pembangunan Sabah (SDC), dengan tanggungjawab utama untuk merancang, menyelaras, mempromosikan serta mempercepatkan pembangunan SDC.

01/09/2026

๐Ÿ”ฅ ๐Ÿ‘ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ! | ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐‹๐”๐๐€ ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐ˆ ๐Š๐„ ๐‘๐„๐‘๐”๐€๐ˆ ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€

Inilah peluang untuk orang ramai mengetahui dengan lebih dekat peranan SEDIA dalam memacu pembangunan ekonomi serta memperkukuh ekosistem pelaburan di Sabah, bersempena Sabah International Expo (SIE) 2026.

๐Ÿ“… ๐Ÿ’ โ€“ ๐Ÿ” ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ“ ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Ÿ, ๐Ÿ & ๐Ÿ‘, ๐€๐ซ๐š๐ฌ ๐Ÿ, ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‚๐จ๐ง๐ฏ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž (๐’๐ˆ๐‚๐‚), ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ
๐ŸŽฏ ๐‘๐ž๐ซ๐ฎ๐š๐ข ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€: ๐Ÿ”๐Ÿ“ & ๐Ÿ”๐Ÿ”

โœจ Apa yang boleh anda terokai di reruai SEDIA?
๐Ÿ”นProjek-projek SDC berimpak tinggi yang sedang dan telah dilaksanakan (Projek Flagship)
๐Ÿ”นSektor Utama Pelaburan SDC
๐Ÿ”นKajian Pembangunan Strategik SEDIA
๐Ÿ”นProgram Kebun Kerang Sabah
๐Ÿ”นProgram SEDIA-PINTAR
๐Ÿ”นProjek People-Centric
๐Ÿ”นProgram Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)-INTAN & IPR-INSAN
๐Ÿ”นProgram Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR)

Jadikan Reruai SEDIA antara destinasi anda di SIE 2026!





30/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Sempena Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Sabah yang disambut pada 31 Ogos 2026, marilah kita menzahirkan penghargaan terhadap sejarah perjuangan, identiti dan sumbangan Sabah dalam perjalanan pembentukan Malaysia.

Kemerdekaan adalah amanah yang perlu terus dipelihara dan diteruskan melalui iltizam untuk membangunkan negara dan memastikan manfaat kemajuan dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat.

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang komited dalam memacu pembangunan ekonomi dan pelaburan di Sabah, SEDIA terus memainkan peranan dalam memperkukuh ekosistem ekonomi negeri, menarik pelaburan berkualiti dan menyokong inisiatif yang membuka lebih banyak peluang kepada rakyat.

Dengan semangat patriotisme dan kebersamaan yang terus diperkasa, ayuh kita melangkah ke hadapan ke arah membina Malaysia yang lebih maju, inklusif dan berdaya tahan, serta Sabah yang lebih mampan dan sejahtera.

โ€œMALAYSIA MADANI, KESEJAHTERAAN DINIKMATIโ€

Ikhlas daripada,
Ketua Eksekutif dan Seluruh Warga Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA).





30/08/2026

โณ ๐Ÿ“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ | ๐Š๐„๐๐€๐‹๐ˆ ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐‹๐„๐๐ˆ๐‡ ๐ƒ๐„๐Š๐€๐“

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu kami secara langsung di ๐‘๐ž๐ซ๐ฎ๐š๐ข ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐›๐ž๐ซ๐ง๐จ๐ฆ๐›๐จ๐ซ ๐Ÿ”๐Ÿ“ & ๐Ÿ”๐Ÿ”.

Dapatkan informasi terkini mengenai hala tuju pembangunan ekonomi negeri, potensi pelaburan, serta pelbagai peluang dan inisiatif yang boleh diterokai oleh pelabur, usahawan, pemain industri dan masyarakat umum.

๐Ÿ“… ๐Ÿ’ โ€“ ๐Ÿ” ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ“ ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Ÿ, ๐Ÿ & ๐Ÿ‘, ๐€๐ซ๐š๐ฌ ๐Ÿ, ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‚๐จ๐ง๐ฏ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž (๐’๐ˆ๐‚๐‚), ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ
๐ŸŽฏ ๐‘๐ž๐ซ๐ฎ๐š๐ข ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€: ๐Ÿ”๐Ÿ“ & ๐Ÿ”๐Ÿ”

Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk mengenali SEDIA dengan lebih dekat!





28/08/2026

๐ŸŽฌ Jom saksikan ๐•๐ข๐๐ž๐จ ๐Š๐ก๐š๐ฌ ๐‰๐ข๐ฐ๐š ๐๐š๐ญ๐ซ๐ข๐จ๐ญ๐ข๐ค ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” dan hayati semangat kita dalam menyemarakkan Bulan Kebangsaan!

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmatiโœจ





28/08/2026

๐ŸŽฌ๐•๐ข๐๐ž๐จ ๐‘๐š๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ฆ๐š๐ง | ๐’๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ซ ๐Š๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐ค๐š๐ซ๐›๐จ๐ง ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐ŸŒฑ








28/08/2026

๐‰๐”๐Œ๐๐€ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐ˆ๐๐“๐„๐‘๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐„๐—๐๐Ž (๐’๐ˆ๐„) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!

Jom kunjungi reruai Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) di Reruai ๐›๐ž๐ซ๐ง๐จ๐ฆ๐›๐จ๐ซ ๐Ÿ”๐Ÿ“ & ๐Ÿ”๐Ÿ” sempena Sabah International Expo (SIE) 2026 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

๐Ÿ“… ๐Ÿ’ โ€“ ๐Ÿ” ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ“ ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Ÿ, ๐Ÿ & ๐Ÿ‘, ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐Š๐จ๐ง๐ฏ๐ž๐ง๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐’๐š๐›๐š๐ก (๐’๐ˆ๐‚๐‚), ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ
๐ŸŽฏ ๐‘๐ž๐ซ๐ฎ๐š๐ข ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€: ๐Ÿ”๐Ÿ“ & ๐Ÿ”๐Ÿ”

Kenali dengan lebih dekat peranan SEDIA dalam menerajui Koridor Pembangunan Sabah (SDC) bagi menyokong pembangunan ekonomi negeri yang inklusif dan mampan, memperkasa peluang pelaburan serta melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

Antara maklumat dan inisiatif yang boleh diterokai di reruai SEDIA:
๐Ÿ”น Projek-projek berimpak tinggi yang sedang dan telah dilaksanakan (Projek Flagship)
๐Ÿ”น Sektor-sektor utama pelaburan SDC
๐Ÿ”น Kajian Pembangunan Strategik SEDIA
๐Ÿ”น Program Kebun Kerang Sabah
๐Ÿ”น Program SEDIA-PINTAR
๐Ÿ”น Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) โ€“ INTAN dan IPR-INSAN

Temui kami di SIE 2026 dan terokai lebih dekat pelbagai usaha serta inisiatif pembangunan Sabah.

Jumpa anda di sana!





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐ˆ๐–๐€ ๐๐€๐“๐‘๐ˆ๐Ž๐“๐ˆ๐Š ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€œ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข ๐˜”๐˜ˆ๐˜‹๐˜ˆ๐˜•๐˜, ๐˜’๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‹๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ชโ€26 Ogos 2026 | Pejabat SEDIA, Aeropod Com...
27/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐ˆ๐–๐€ ๐๐€๐“๐‘๐ˆ๐Ž๐“๐ˆ๐Š ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
โ€œ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข ๐˜”๐˜ˆ๐˜‹๐˜ˆ๐˜•๐˜, ๐˜’๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‹๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ชโ€

26 Ogos 2026 | Pejabat SEDIA, Aeropod Commercial Square

Semangat kemerdekaan terus disemarakkan dalam kalangan warga kerja SEDIA menerusi Program Jiwa Patriotik SEDIA 2026 bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

Tirai program dibuka dengan Forum Khas Bicara Jiwa Patriotik, yang mengetengahkan perkongsian dan pandangan warga organisasi mengenai makna sebenar kemerdekaan dan nilai patriotisme dalam diri. Program kemudiannya disusuli dengan amanat khas oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan, Ketua Eksekutif SEDIA, yang menegaskan bahawa konteks kemerdekaan bukan sekadar untuk diraikan, sebaliknya perlulah diterjemahkan dengan menitikberatkan komitmen, disiplin dan rasa bertanggungjawab oleh setiap individu dalam melaksanakan amanah dan tugas yang diberikan dengan penuh integriti.

Pelbagai pengisian menarik turut diadakan bagi menyemarakkan lagi program Jiwa Patriotik, antaranya Kuiz ahaslides Kemerdekaan, Tayangan Video Khas Program Jiwa Patriotik, Deklamasi Sajak dan Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik yang menyatukan suara dan membangkitkan rasa kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.

Sebagai simbolik kepada semangat kebangsaan, Kempen Kibar Jalur Gemilang turut dilaksanakan menerusi penyerahan bendera oleh YBhg. Ketua Eksekutif bersama pihak pengurusan SEDIA kepada warga kerja dan orang awam untuk dikibarkan pada kenderaan masing-masing. Inisiatif ini menjadi sebahagian daripada usaha SEDIA untuk menerapkan nilai-nilai dan jiwa patriotik di kalangan warga kerja dan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai penzahiran rasa cinta kepada negara.

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan jiwa patriotik! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ





๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐„ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐Š๐Ž-๐๐„๐‹๐€๐˜๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐ƒ๐€๐“20 - 22 Ogos 2026 | KudatKementerian Ekonom...
27/08/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐„ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐Š๐Ž-๐๐„๐‹๐€๐˜๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐ƒ๐€๐“

20 - 22 Ogos 2026 | Kudat

Kementerian Ekonomi dan SEDIA telah mengadakan lawatan kerja ke daerah Kudat dan Pulau Banggi bagi meninjau secara dekat pelaksanaan aktiviti perikanan yang dikendalikan oleh Ko-Nelayan Sabah.

Lawatan turut meninjau lokasi cadangan projek Stesen Propagasi Batu Karang (CPS) Ko-Nelayan di Pulau Banggi, yang dilihat berpotensi untuk diperkasakan sebagai salah satu inisiatif yang boleh meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan komuniti nelayan setempat.

Lokasi lawatan termasuklah seperti berikut:
o Jeti Nelayan i-INFRA Ko-Nelayan, Kg Indrason, Kudat
o Kompleks Perikanan Ko-Nelayan, Kudat
o Kilang Hiliran Perikanan Ko-Nelayan, Kudat
o Kilang Pemprosesan F**k Soon, Kudat
o Bangunan Anjung Selera Ko-Nelayan, Pulau Banggi

Rombongan turut berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Taman-Taman Sabah, Kudat. Kunjungan ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Zul Hadi bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi; YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan, Ketua Eksekutif, SEDIA; YBhg. Datuk Haji Yusof bin Haji. Ag Besar, Pengurus Besar Ko-Nelayan Sabah.

Rombongan Kementerian Ekonomi turut dihadiri oleh Encik Muhamad Aziyan bin Hussim, Timbalan Pengarah Bahagian Pertanian; Ts. Dr. Chitdrakantan Subramaniam, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pertanian Kementerian Ekonomi; Encik Salleh bin Obong Timbalan Pengurus Besar Ko-Nelayan Sabah dan Puan Khadizah Abd Rahman, Pegawai Analisa Dasar Kanan, SEDIA.









24/08/2026

โ€œ๐‘ด๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐’€๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ, ๐‘ผ๐‘ด๐‘ด๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘จ๐‘ป๐‘ฐโ€

Selamat menyambut ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ ๐‘๐š๐›๐ข๐ฎ๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” kepada seluruh umat islam di Malaysia. Maulidur Rasul menjadi ruang terbaik untuk kita bersama-sama meneladani keperibadian dan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam membentuk insan yang berintegriti, berakhlak mulia serta sentiasa mengutamakan kesejahteraan bersama.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini terus menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada Baginda, di samping memperkukuh semangat perpaduan dan menyemai lebih banyak kebaikan dalam keluarga, komuniti dan masyarakat.

Ikhlas daripada,
Ketua Eksekutif dan Seluruh Warga Kerja Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA).





๐ŸŒฑ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘ป๐‘ฐ๐‘น๐‘จ๐‘ญ, ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ซ๐‘ผ๐‘บ๐‘ป๐‘น๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐ŸŒฑ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐€๐ ๐ซ๐จ๐…๐จ๐จ๐๐๐š๐ค๐š๐ซ bakal membuka peluang kepada individu yang berpen...
24/08/2026

๐ŸŒฑ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘ป๐‘ฐ๐‘น๐‘จ๐‘ญ, ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ซ๐‘ผ๐‘บ๐‘ป๐‘น๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐ŸŒฑ

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐€๐ ๐ซ๐จ๐…๐จ๐จ๐๐๐š๐ค๐š๐ซ bakal membuka peluang kepada individu yang berpengalaman dalam sektor agromakanan untuk memperoleh ๐’๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐’๐Š๐Œ ๐“๐š๐ก๐š๐ฉ ๐Ÿ‘) melalui kaedah Pusat Penilaian Amali Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPA-PPT). Program yang ditaja sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) ini membolehkan pengalaman kerja anda diiktiraf secara rasmi, sekali gus meningkatkan kredibiliti, prospek kerjaya dan daya saing dalam industri.

Dengan kerjasama strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), program ini menawarkan pengiktirafan dalam pelbagai bidang termasuk penternakan, akuakultur, bioteknologi, tanaman, perladangan dan pemprosesan makanan. Inilah peluang untuk mengubah pengalaman bertahun-tahun kepada kelayakan profesional yang diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Adakah anda layak?
Jika anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, sedang bekerja dalam sektor agro makanan dan mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun, anda berpeluang menyertai program ini. Jadikan pengalaman anda kepada satu pengiktirafan.

Daftar sebelum ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” dengan mengimbas kod QR pada poster dan rebut peluang untuk melakar masa depan kerjaya yang lebih cemerlang bersama Program SEDIA AgroFoodPakar.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

๐Ÿ”˜ Ts. Muhaimin bin Mustapa Delmi (011-266 89578)
๐Ÿ”˜ Muhammad Amin bin Mohd Fadzil (011-616 21305)
๐Ÿ”˜ Siti Nur Afidah binti Sahbudin (088-892 0000)

Kolej Vokasional Lahad Datu
Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Wilayah Sabah & Labuan









Address

Kota Kinabalu
88873

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SEDIA - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SEDIA - Laman Rasmi:

Shortcuts

Share