Sabah Fisheries Department

Sabah Fisheries Department Official page for Sabah Fisheries Department

JOM RAMAI-RAMAI datang ke SAEX 2026 (FB: Sabah Agro Expo Saex)!πŸ“ Lokasi : Sabah International Convention Centre (SICC), ...
19/08/2026

JOM RAMAI-RAMAI datang ke SAEX 2026 (FB: Sabah Agro Expo Saex)!

πŸ“ Lokasi : Sabah International Convention Centre (SICC), KK
πŸ—“οΈ Tarikh : 21 - 23 Ogos 2026
⏱️ Masa : 10.00 pagi - 9.00 malam.

Mau cari Keropok Jejari Seaweed / Cheese, Keropok Bantal & Keropok Balado? Cari Kak Moon (FB : Kak Bulan Sainah Muming) di Booth 186 (FB : Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah).

Kalau mau cari Sambal Tuhau Ikan Bilis / Ikan Masin / Udang (FB : QueyunTuhau) atau mau cari Fish Skin / Fish Puff (FB : Tawau 101 - Sabah, KK) yang sedap, boleh cari di Booth 139 (FB : Sabah Fisheries Department)

Jom support produk lokal! Jumpa kamu di sana!




Kuala Penyu - 18 Ogos 2026: Tuan Lawrence Kissol Jr. Pengarah Perikanan Sabah telah merasmikan aktiviti melabuh tukun ti...
18/08/2026

Kuala Penyu - 18 Ogos 2026: Tuan Lawrence Kissol Jr. Pengarah Perikanan Sabah telah merasmikan aktiviti melabuh tukun tiruan di perairan Kg. Menumpang, Kuala Penyu. Sebanyak 35 unit Tukun Tiruan Rekreasi Penghalang Pukat Tunda telah berjaya dilabuhkan. Program Pembangunan Tukun Tiruan merupakan salah satu program tahunan Jabatan Perikanan Sabah di mana tukun tiruan ini dibina dan dilabuhkan di perairan laut untuk berfungsi seperti terumbu karang semula jadi bagi menyediakan habitat, tempat berlindung & membiak bagi hidupan laut.

Objektif utama program ini agar pemuliharaan dan penambahan sumber perikanan dan seterusnya dapat membantu meningkatkan hasil pendapatan nelayan terutamanya nelayan tradisional. Ini merupakan lokasi ke-11 di daerah Kuala Penyu dan menambah bilangan tukun tiruan konkrit di daerah ini kepada 305 unit sejak tahun 2008.

Turut hadir menyaksikan program ini adalah wakil dari Pejabat Daerah Kuala Penyu, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Polis Diraja Malaysia, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, dan pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Sabah yang telah berusaha menjayakan program ini iaitu Pn. Dorothy Chung Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancang, En. Ernest Jinuat Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Marin dan Pelesenan, Pegawai Wilayah Perikanan Sipitang, Penguasa Perikanan Daerah Kuala Penyu dan Beaufort.

Sandakan 10 – 14 Ogos: Jabatan Perikanan Sabah telah menganjurkan Program Pendedahan Teknikal Di Lapangan kepada Pentern...
14/08/2026

Sandakan 10 – 14 Ogos: Jabatan Perikanan Sabah telah menganjurkan Program Pendedahan Teknikal Di Lapangan kepada Penternak Ketam Bakau Lembut dari Kota Belud ke Sandakan. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program berlansung ialah;

Pendedahan : Ternakan Ketam Lembut Sistem Rak
Pendedahan : Cara Pemilihan Ketam Yang Sesuai
Pendedahan : Ternakan Ketam Lembut Sistem Terapung
Pendedahan : Cara Proses Ternakan Ketam Lembut
Pendedahan : Ternakan Balat
Pendedahan : Pemprosesan Balat

KUNAK – 11 Ogos 2026 : Jabatan Perikanan Sabah telah melaksanakan Program Dialog Bersama Agensi Berkepentingan dan Komun...
13/08/2026

KUNAK – 11 Ogos 2026 : Jabatan Perikanan Sabah telah melaksanakan Program Dialog Bersama Agensi Berkepentingan dan Komuniti Nelayan di Daerah Kunak.

Membakut, 12 Ogos 2026 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Tagal (MOU) di antara Jabatan Perikanan Sabah den...
12/08/2026

Membakut, 12 Ogos 2026 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Tagal (MOU) di antara Jabatan Perikanan Sabah dengan Tagal Toboon Minansar Eco-Tourism Community (TMEC) telah diadakan di Kg. Toboon Minansar, Ulu Kimanis, Membakut. Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Perikanan Sabah, Encik Lawrence Kissol Jr.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADATUAN LAWRENCE KISSOL JR.ATAS PELANTIKAN SEBAGAIPENGARAH PERIKANAN SABAHSemoga am...
11/08/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA
TUAN LAWRENCE KISSOL JR.
ATAS PELANTIKAN SEBAGAI
PENGARAH PERIKANAN SABAH

Semoga amanah dan tanggungjawab besar ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan profesionalisme.
Seluruh warga Jabatan Perikanan Sabah yakin di bawah kepimpinan tuan, Jabatan ini akan terus memacu kecemerlangan, inovasi, dan kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DAN SELAMAT MAJU JAYA!

Sekalung Penghargaan & Selamat Bersara Yang Berbahgia Datin Dr. Shuhadah binti Mustapha, Pengarah Perikanan Sabah. Sekal...
10/08/2026

Sekalung Penghargaan & Selamat Bersara Yang Berbahgia Datin Dr. Shuhadah binti Mustapha, Pengarah Perikanan Sabah. Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih Atas Jasa dan Khidmat Bakti Yang Tidak Ternilai, Tulus Ikhlas Daripada Seluruh Warga Jabatan Perikanan Sabah.

04 OGOS 2026 – Kota Marudu : Jabatan Perikanan Sabah telah melaksanakan Program Inisiatif Kebun Dapur anjuran Kementeria...
06/08/2026

04 OGOS 2026 – Kota Marudu : Jabatan Perikanan Sabah telah melaksanakan Program Inisiatif Kebun Dapur anjuran Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) yang telah diadakan di Dataran Utama Padang, Kota Marudu.

Program ini dirasmikan oleh Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Jamawi Jaafar.

Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran, perkongsian dan jualan produk oleh Agensi dan Mentor Kebun Dapur.





Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Hj. Jifrin Hj. Mohamad atas pelantikan sebagai Setia...
30/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Hj. Jifrin Hj. Mohamad atas pelantikan sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Jabatan Perikanan Sabah.

SANDAKAN, SABAH – Jabatan Perikanan Sabah (DOFS) telah menjayakan Majlis Perhimpunan Penguatkuasaan 2026 dan dirasmikan ...
22/07/2026

SANDAKAN, SABAH – Jabatan Perikanan Sabah (DOFS) telah menjayakan Majlis Perhimpunan Penguatkuasaan 2026 dan dirasmikan oleh Pengarah Perikanan Sabah, DR. Shuhadah HJ. Mustapha, dalam masa yang sama melancarkan Buku Dasar dan Garis Panduan Penguatkuasaan Jabatan Perikanan Sabah. Buku ini menghimpunkan dasar, prinsip, prosedur operasi standard (SOP) serta garis panduan penyiasatan yang akan menjadi rujukan utama kepada setiap pegawai dan anggota penguatkuasa dalam melaksanakan tugas, sama ada di darat mahupun di laut.

Address

Department Of Fisheries, Head Quarters Office, Level 4, Block B Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik Luyang (Off Jalan Maktab Gaya)
Kota Kinabalu
88624

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Fisheries Department posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share