Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.17 Darau - UPPM N.17 Darau

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.17 Darau - UPPM N.17 Darau Ini merupakan halaman rasmi media sosial UPPM N.17 DARAU

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA1447H | 2026MSemoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan,mempererat ukhuwah serta menyemai s...
26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
1447H | 2026M

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan,
mempererat ukhuwah serta menyemai semangat
pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan
dalam kehidupan kita semua.

Tulus Ikhlas Daripada:
Unit Pemimpin Masyarakat N.17 Darau

Selamat Hari Pekerja buat seluruh warga pekerja, khususnya masyarakat di N.17 Darau.Setiap titik peluh dan usaha yang di...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja buat seluruh warga pekerja, khususnya masyarakat di N.17 Darau.

Setiap titik peluh dan usaha yang dicurahkan adalah asas kepada kemajuan komuniti dan pembangunan negeri yang kita cintai.

UPPM N.17 Darau sentiasa menghargai peranan semua golongan pekerja yang menjadi tulang belakang dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Semoga semangat kerja berpasukan, keikhlasan dan dedikasi ini terus diperkukuh demi masa depan yang lebih gemilang.


Alhamdulillah, Pemimpin Masyarakat N.17 Darau Saudara Abqaree Fawwaz Abekan dan Penyelia Uppm N.17 Darau, Saudara Sharil...
27/04/2026

Alhamdulillah, Pemimpin Masyarakat N.17 Darau Saudara Abqaree Fawwaz Abekan dan Penyelia Uppm N.17 Darau, Saudara Sharil Sahar telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Penyelarasan Keanggotaan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Sektor Pembangunan Luar Bandar, Tingkat 2, Bangunan Mahkamah Lama.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh penyelarasan pentadbiran komuniti, memperkemas struktur keanggotaan serta memastikan setiap perancangan dilaksanakan secara tersusun, efektif dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat di N.17 Darau.

Komitmen ini selaras dengan aspirasi untuk terus memperkasa pembangunan masyarakat dan menyantuni keperluan rakyat secara menyeluruh.


Alhamdulillah, hari ini Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.17 Darau turun padang menyantuni masyarakat dalam ...
25/04/2026

Alhamdulillah, hari ini Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.17 Darau turun padang menyantuni masyarakat dalam Program Jualan RAHMAH yang di anjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah (KPDN) yang berlangsung di Pekarangan Gelanggang Futsal Kg Darau.

Program seperti ini amat signifikan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat khususnya golongan yang memerlukan. Inisiatif Jualan RAHMAH jelas membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memastikan barangan keperluan asas dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga yang lebih berpatutan dan terkawal.

Kehadiran masyarakat yang begitu menggalakkan hari ini mencerminkan keperluan serta sokongan padu terhadap usaha murni ini. UPPM N.17 Darau sentiasa komited untuk menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat, memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan benar-benar sampai dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Sesungguhnya, pembangunan masyarakat bukan hanya terletak pada projek fizikal semata-mata, tetapi juga pada kesejahteraan hidup rakyat yang terus dipelihara. Inilah semangat kebersamaan dan keprihatinan yang kita bawa demi membina komuniti yang lebih sejahtera, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha seperti ini terus diperkasa dan diperluaskan demi manfaat seluruh rakyat.


.17Darau

Alhamdulillah, Program Santai Raya di penghujung Aidilfitri berlangsung malam tadi dengan penuh kemeriahan, keharmonian ...
19/04/2026

Alhamdulillah, Program Santai Raya di penghujung Aidilfitri berlangsung malam tadi dengan penuh kemeriahan, keharmonian dan semangat kekeluargaan bersama masyarakat setempat.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Mohamed Razali bin Mohamed Razi diiringin Saudara Abqaree Fawwaz, PPM N.17 Darau yang sentiasa komited turun padang mendekati rakyat serta menyantuni komuniti tanpa mengira latar belakang .

Suasana program cukup meriah dengan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya pertunjukan busana kanak-kanak yang mencuit hati, mencerminkan keceriaan Aidilfitri, serta cabutan bertuah yang menambah lagi keterujaan para hadirin. Jelas terpancar kegembiraan dan semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti yang hadir.

Program seperti ini bukan sahaja menjadi ruang meraikan Aidilfitri, malah platform penting dalam memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat. Inilah semangat sebenar kebersamaan ringan sama dijinjing, berat sama dipikul dalam membina komuniti yang harmoni, bersatu dan sejahtera.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus diperkukuh dan menjadi asas kepada pembangunan masyarakat yang lebih inklusif dan berdaya maju.


Alhamdulillah, petang tadi Unit Pemimpin Masyarakat (UPPM) N.17 Darau berkesempatan menghadiri sesi Pembentangan Pembang...
17/04/2026

Alhamdulillah, petang tadi Unit Pemimpin Masyarakat (UPPM) N.17 Darau berkesempatan menghadiri sesi Pembentangan Pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu yang telah disampaikan kepada Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Haji Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) merangkap Ahli Parlimen P.171 Sepanggar.

Sesi pembentangan ini merupakan satu platform penting dalam meneliti hala tuju pembangunan bandaraya Kota Kinabalu secara menyeluruh, merangkumi aspek infrastruktur, kesejahteraan rakyat serta perancangan strategik yang lebih mampan dan inklusif.

Sebagai wakil di peringkat komuniti, saya amat menyambut baik usaha berterusan pihak kerajaan dalam memastikan setiap perancangan pembangunan mengambil kira keperluan rakyat di peringkat akar umbi, khususnya di kawasan N.17 Darau.

InsyaAllah, segala input dan perancangan yang dibentangkan akan menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih tersusun, sekaligus memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan masyarakat.

Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan terus memperkukuh aspirasi pembangunan negeri ke arah Sabah yang lebih maju, sejahtera dan berdaya saing.


Alhamdulillah, hari ini Unit Pemimpin Masyarakat N.17 Darau (UPPM) telah turun padang bagi melaksanakan lawatan peninjau...
17/04/2026

Alhamdulillah, hari ini Unit Pemimpin Masyarakat N.17 Darau (UPPM) telah turun padang bagi melaksanakan lawatan peninjauan terhadap keadaan sistem perparitan di kawasan Kuala Laut, Kampung Likas.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai sendiri tahap keadaan saliran sedia ada, mengenal pasti isu-isu yang dihadapi oleh penduduk setempat seperti masalah takungan air, aliran tidak lancar serta risiko banjir kilat yang boleh menjejaskan kesejahteraan komuniti.

Sebagai pemimpin yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat, kita memandang serius perkara berkaitan infrastruktur asas seperti perparitan ini. InsyaAllah, segala hasil dapatan daripada peninjauan ini akan diangkat kepada pihak berkaitan untuk tindakan segera dan penyelesaian yang lebih menyeluruh.

Komitmen kita jelas memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara dan segala keperluan asas dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Semoga setiap usaha yang dilaksanakan ini dipermudahkan dan memberi manfaat besar kepada seluruh masyarakat setempat.


Alhamdulillah, usai program di Masjid Al-Munir, Unit Pemimpin Masyarakat N.17 Darau bersama YB Datuk Mohamed Razali bin ...
11/04/2026

Alhamdulillah, usai program di Masjid Al-Munir, Unit Pemimpin Masyarakat N.17 Darau bersama YB Datuk Mohamed Razali bin Mohamed Razi meneruskan gerak kerja turun padang ke kawasan Kg. Bakau Rampayan bagi memantau sendiri kerja-kerja baik pulih jambatan yang telah siap dibina.

Syukur Alhamdulillah, kemudahan ini kini dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat dengan lebih selamat dan selesa, sekali gus memudahkan urusan harian masyarakat kampung.

Dalam masa yang sama, kami turut menziarahi rumah di penghujung kampung dan bertemu dengan adik Fakhrul. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan.

Di samping itu, kami juga berkesempatan menziarahi saudara Kassim yang kini kurang sihat. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk kembali sihat seperti sediakala.

Seterusnya, kami turun meninjau keadaan jalan di Kg. Rampayan yang didapati agak teruk dan berlubang. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan aspek keselamatan serta keselesaan penduduk. InsyaAllah, tindakan segera akan diusahakan bagi kerja-kerja pembaikan supaya rakyat di kawasan ini dapat menikmati kemudahan jalan yang lebih baik dan selamat.

Inilah komitmen kami sentiasa peka dan proaktif, turun padang mendengar sendiri suara rakyat serta memastikan setiap keperluan diberi perhatian sewajarnya.

InsyaAllah, selagi diberi amanah, kebajikan rakyat akan terus menjadi keutamaan.


Alhamdulillah, hari ini Unit Pemimpin Masyarakat N.17 Darau bersama YB Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi berkesempatan s...
11/04/2026

Alhamdulillah, hari ini Unit Pemimpin Masyarakat N.17 Darau bersama YB Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi berkesempatan singgah ke Masjid Al-Munir, Kg. Darau bagi menunaikan Solat Fardhu Zohor bersama masyarakat setempat.

Turut hadir dalam lawatan ini, Pemaju Mukim Saudara Farhan Fikri, Saudara Zaini Musa, Puan Latifa serta Penyelia UPPM Saudara Sharil, yang sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat di kawasan ini terus diberi perhatian.

Dalam kunjungan ini, YB Datuk Mohamed Razali Razi turut menyampaikan sumbangan sebuah Van Jenazah bagi membantu dan memudahkan urusan penduduk sekitar khususnya dalam pengurusan fardhu kifayah. Kemudahan ini amat penting sebagai lambang kebersamaan kita dalam membantu masyarakat, bukan sahaja ketika senang, tetapi juga di saat memerlukan.

Selain itu, turut disampaikan sumbangan RM10,000.00 kepada Masjid Al-Munir serta RM600 kepada Biro Dakwah masjid bagi menyokong keperluan pengurusan dan aktiviti dakwah setempat. Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat serta meringankan urusan masyarakat Kampung Darau.

Setinggi-tinggi penghargaan dizahirkan kepada kepimpinan negeri, khususnya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, atas sokongan berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

InsyaAllah, masih terdapat beberapa permohonan lain yang sedang diusahakan dan kita akan terus komited untuk memastikan setiap keperluan rakyat dapat dipenuhi sebaiknya.

Sesungguhnya, segala usaha ini adalah demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela tanpa mengira latar belakang. Semoga setiap bantuan yang disalurkan menjadi asbab kebaikan dan keberkatan buat kita semua.

Terima kasih kepada semua pihak yang hadir serta yang turut sama menjayakan usaha ini. Semoga ukhuwah terus diperkukuhkan dan segala urusan dipermudahkan.



LAWATAN TAPAK BERSAMA DBKK – KOMITMEN MEMPERKASA KEBAJIKAN RAKYAT N.17 DARAUAlhamdulillah, hari ini Unit Pemimpin Masyar...
08/04/2026

LAWATAN TAPAK BERSAMA DBKK – KOMITMEN MEMPERKASA KEBAJIKAN RAKYAT N.17 DARAU

Alhamdulillah, hari ini Unit Pemimpin Masyarakat (UPPM) N.17 Darau telah turun padang melaksanakan sesi lawatan tapak bersama pihak DBKK serta barisan staf UPPM iaitu Saudara Zaini Musa, Saudara Farhan, Puan Latifah dan Saudara Shahril dalam memastikan setiap inisiatif pembangunan rakyat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan ketelusan.

Hasil tinjauan mendapati terdapat 3 buah rumah yang tertunggak pembinaannya yang melibatkan 1 unit di Kg. Bangka-Bangka dan 2 unit di kawasan Darau, yang sebelum ini berdepan kekangan akibat isu kontraktor. Namun, langkah proaktif telah diambil dengan pelantikan kontraktor baharu sebagai bukti kesungguhan memastikan projek ini disiapkan demi kesejahteraan rakyat.

Dalam masa yang sama, Setakat ini kita turut menerima 8 permohonan baharu melibatkan:
• Kg. Bangka-Bangka (1)
• Kg. Kembirian (2)
• Kg. Rampayan (3)
• Likas (1)
• Inanam Laut (1)

Ini mencerminkan bahawa keperluan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, dan usaha memperkasa pembangunan masyarakat harus digerakkan secara berterusan dan menyeluruh.

Sesungguhnya, kerajaan komited membantu rakyat tanpa memilih kasih, memastikan setiap bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Inilah asas kepada sebuah pentadbiran yang prihatin, adil dan berteraskan kesejahteraan rakyat.

Kami yakin dan percaya dengan kerjasama semua pihak segala urusan ini akan dipermudahkan. Semoga setiap usaha yang digerakkan menjadi asbab kepada perubahan positif, sekaligus membawa sinar harapan dan kehidupan yang lebih baik buat masyarakat di N.17 Darau.


MESYUARAT UNIT PEMIMPIN PEMBANGUNAN MASYARAKAT N.17 DARAUAlhamdulillah, Mesyuarat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N...
06/04/2026

MESYUARAT UNIT PEMIMPIN PEMBANGUNAN MASYARAKAT N.17 DARAU

Alhamdulillah, Mesyuarat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.17 Darau sebagai satu platform penting dalam memperkukuhkan penyelarasan gerak kerja di peringkat akar umbi.

Mesyuarat ini turut disertai oleh Tuan Pengerusi Pemimpin Masyarakat, Saudara Abqaree; CDO, Saudara Jikran; Pemaju Mukim, Saudara Farhan dan Puan Latifa; Penyelia Masyarakat, Saudara Zaini dan Puan Hasni; PT, Puan Aisyah; PO Puan Eza serta wakil daripada Pusat Khidmat Rakyat Adun Dilantik iaitu Saudara Rohan dan Saudara Nazmi.

Pertemuan ini bukan sekadar mesyuarat biasa, tetapi menjadi medan strategik untuk memastikan setiap amanat dan dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan selaras dengan aspirasi besar Sabah Maju Jaya.

Fokus utama perbincangan menjurus kepada usaha memperkasa pembangunan masyarakat secara menyeluruh merangkumi aspek kebajikan, ekonomi, kesejahteraan sosial serta penyampaian bantuan kepada golongan yang memerlukan agar tiada rakyat yang tercicir daripada arus pembangunan.

PPM N.17 Darau menegaskan bahawa setiap pemimpin masyarakat memikul tanggungjawab besar sebagai jambatan antara kerajaan dan rakyat. Justeru, komitmen, kepekaan serta tindakan proaktif amat penting dalam memastikan setiap inisiatif kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi.

InsyaAllah, dengan kesepaduan, keikhlasan dan semangat kebersamaan, kita akan terus memperkukuhkan usaha pembangunan di N.17 Darau demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri Sabah yang berterusan.


.17Darau

Address

Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.17 Darau - UPPM N.17 Darau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share