Wanita GRS

Wanita GRS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wanita GRS, Political Party, Kota Kinabalu.

15/12/2025
15/12/2025

Kerajaan Negeri Sabah memberi fokus khusus kepada penambahbaikan jalan raya serta kestabilan bekalan air dan elektrik dalam Belanjawan Sabah 2026. Keutamaan rakyat, tanggungjawab bersama.

Janganlah kita biarkan fitnah menutup cahaya perjuangan ini.Apa yang kita semua dambakan hanyalah keadilan untuk arwah A...
20/08/2025

Janganlah kita biarkan fitnah menutup cahaya perjuangan ini.
Apa yang kita semua dambakan hanyalah keadilan untuk arwah Adik Zara, agar rohnya tenang.

Jangan sakiti mereka yang tidak bersalah atas nama perjuangan Justice for Zara. Jangan p**a biarkan kita diperalatkan oleh sesiapa.

Kita bersama doa, bersama harapan, dan bersama para peguam yang berjuang untuk Zara.





不要让谣言遮盖了这份追求公义的光芒。
我们唯一的心愿,就是为已故的小Zara讨回一个真正的公道,让她的灵魂得以安息,她的离去不再白费。

不要以 Justice for Zara 的名义去伤害无辜的人,也不要让自己被任何一方利用。

我们同心祈祷,同心守护,与Zara的律师们一同并肩奋斗。

17 Ogos 2025 - Program Jalinan Kasih dan Ramah Mesra bersama Ketua Wanita GRS Datuk Seri Panglima Hajah Azizah DSP Mohd ...
19/08/2025

17 Ogos 2025 - Program Jalinan Kasih dan Ramah Mesra bersama Ketua Wanita GRS Datuk Seri Panglima Hajah Azizah DSP Mohd Dun di Gem Hotel Beaufort. Turut hadir bersama YB Datuk Haji Ruslan Muharam, ADUN N34 Lumadan, Ketua Penyelaras Wanita GRS Zon 3 Datuk Surinam Sadikun, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.178 Sipitang mewakili YB. Datuk Matbali Hj. Musah, Puan Salmah Sait, Setiausaha Wanita GRS Pusat, Puan Sylvia David Jaimun, Penyelaras Wanita GRS Parlimen P.178 Sipitang, Puan Letrenie Lairin, Penyelaras Wanita GRS DUN N.34 Lumadan, Jawatankuasa Wanita PGRS Bahagian, Jawatankuasa Wanita PBS Bahagian, G5 Wanita GRS DUN Sindumin dan Jentera Wanita GRS DUN Lumadan.

08.08.2025 - Ketua Penyelaras Wanita GRS Zon 2A Puan Noraiza DSP Hj Mohd Noor, dan Ketua Penyelaras Parlimen Putatan Pua...
08/08/2025

08.08.2025 - Ketua Penyelaras Wanita GRS Zon 2A Puan Noraiza DSP Hj Mohd Noor, dan Ketua Penyelaras Parlimen Putatan Puan Salmah Sait, bersama AJK menyantuni anak-anak Yatim Piatu yang ditinggalkan oleh arwah ibu bapa yang meninggal akibat kemalangan pada 2 Ogos lepas di Lahad Datu. Turut hadir Pen. Bendahari Wanita GRS Negeri Datuk Surinam Sadikun, mewakili Wanita GRS Sabah dan Penyelaras Zon 3.

Wanita GRS hadir dengan semangat padu di Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah 2025 di SICC.Ketua Wanita ...
27/07/2025

Wanita GRS hadir dengan semangat padu di Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah 2025 di SICC.

Ketua Wanita GRS Datuk Seri Panglima Hajah Azizah DSP Mohd Dun, bersama dengan Ketua-Ketua Wanita dan wakil rakyat Wanita, dari semua komponen GRS berdiri sebaris, sehati dan sejiwa — membawa suara wanita yang berani, bijaksana dan setia kepada perjuangan Sabah.

Rumah Kita, Kita Jaga. Sabah Tanah Airku!
🔥✨



Bersatu demi Sabah. Satu hati, satu suara, demi Negeri Sabah yang tercinta. Rumah Kita, Kita Jaga.
07/07/2025

Bersatu demi Sabah.
Satu hati, satu suara, demi Negeri Sabah yang tercinta.

Rumah Kita, Kita Jaga.

KOTA KINABALU:Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Pengerusi GRS, Datuk Ser...
01/07/2025

KOTA KINABALU:Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, dalam menghadapi sebarang dakwaan atau tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau.

Ketua Wanita GRS, Datuk Azizah Mohd Dun menegaskan bahawa kenyataan terbuka Datuk Seri Hajiji yang menyatakan “I have nothing to hide” merupakan bukti jelas bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang telus dan tidak gentar untuk disiasat.

“Kami yakin dengan pengerusi kami. Beliau sendiri telah berkata dengan tegas – ‘Siasatlah!’ Kalau beliau orang yang bersalah atau takut, beliau tidak akan berani berkata begitu. Oleh itu, Wanita GRS berdiri teguh di belakang Datuk Seri Hajiji,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Azizah menambah, kenyataan tersebut mencerminkan keikhlasan dan keberanian seorang pemimpin yang tidak gentar menghadapi kebenaran.

“Pemimpin yang berani berkata ‘pergilah siasat’ adalah pemimpin yang tidak menyembunyikan apa-apa. Ini menunjukkan keyakinan beliau terhadap proses undang-undang serta ketelusan dalam pentadbiran,” katanya lagi.

Wanita GRS turut menyeru seluruh rakyat Sabah untuk tidak terpengaruh dengan sebarang cubaan menggugat kestabilan politik negeri dan menzahirkan sokongan berterusan terhadap kepimpinan yang telah membawa pelbagai kemajuan kepada Sabah.

“Kami menyeru semua agar terus tenang dan percaya kepada kepimpinan yang berani, jujur dan bertanggungjawab. Sokongan padu daripada rakyat amat penting dalam memastikan kestabilan negeri terus terpelihara,” tambah beliau.

— TAMAT






Program Jalinan Kasih Ketua Wanita GRS Sabah11.06.25 - Program Jalinan Kasih Ketua Wanita GRS Sabah, perjumpaan Wanita G...
12/06/2025

Program Jalinan Kasih Ketua Wanita GRS Sabah

11.06.25 - Program Jalinan Kasih Ketua Wanita GRS Sabah, perjumpaan Wanita GRS Zon 5A (Batu Sapi & Sandakan) & 5B (Beluran, Libaran & Kinabatangan) bersama dengan Ketua Wanita GRS Datuk Seri Panglima Hajah Azizah DSP Mohd Dun.

We will not walk alone, we will walk together.
We will not fight alone, we will fight together.
We will not win alone, WE WILL WIN TOGETHER!

𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐈𝐍𝐒𝐔𝐑𝐀𝐍𝐒 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇𝟏𝟔 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓Inisiatif Kesihatan Kerajaan Negeri Sabah ini menyediakan perlindungan insurans am ...
17/05/2025

𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐈𝐍𝐒𝐔𝐑𝐀𝐍𝐒 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
𝟏𝟔 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓

Inisiatif Kesihatan Kerajaan Negeri Sabah ini menyediakan perlindungan insurans am kepada rakyat Sabah bagi kejadian tidak dijangka seperti kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.

Perlindungan insurans kemalangan diri ini disediakan kepada semua penduduk Sabah yang layak, iaitu:
*Nombor Kad Pengenalan dengan nombor negeri Sabah iaitu 12, 47, 48 atau 49
*Berumur antara 30 hari hingga 80 tahun
*Dilindungi secara automatik tanpa perlu pendaftaran

Untuk Keterangan lanjut sila hubungi khidmat pelanggan khas:
Hotline: 088-335 789
WhatsApp: 018-211 8239
Emel: [email protected]

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita GRS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wanita GRS:

Share