Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah JTDI

Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah JTDI Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah (JTDI) adalah sebuah jabatan sektor awam Negeri Sabah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 & HARI SABAH BAGI TAHUN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€Marilah...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 & HARI SABAH BAGI TAHUN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan, dan menghargai nikmat kemerdekaan serta keharmonian yang kita kecapi selama ini.

Dalam mendepani era transformasi digital, mari kita manfaatkan teknologi dan inovasi secara inklusif, bertanggungjawab, serta beretika. Langkah ini penting sebagai pemangkin kemajuan demi memperkasa rakyat, memperkukuh ekonomi digital, dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

Semoga semangat Malaysia MADANI dan inspirasi Sabah Maju Jaya terus menjadi asas kukuh dalam membina sebuah negara dan negeri Sabah yang maju, sejahtera, berdaya saing, serta inklusif untuk generasi masa kini dan akan datang.

Ikhlas daripada:

YBhg. Puan Ernywati Dewi Binti Abas

Pengarah

Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah (JTDI)



,Sains,TeknologidanInovasiSabah



Selamat menyambut Maulidul Rasul SAW 1448 H / 2026 MHari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah detik penuh ...
24/08/2026

Selamat menyambut Maulidul Rasul SAW 1448 H / 2026 M

Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah detik penuh makna yang mengingatkan kita kepada rahmat teragung yang Allah SWT anugerahkan kepada umat manusia. Baginda datang membawa risalah kebenaran, menyinari kegelapan dengan cahaya Islam serta menunjukkan contoh akhlak mulia yang menjadi panduan sepanjang zaman.

Semoga dengan mengingati kelahiran Rasulullah SAW, kita menanamkan rasa cinta yang mendalam, memperbanyakkan selawat serta berusaha mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

"Madani Dihayati, Ummah Diberkati"

Ikhlas daripada:
YBhg. Puan Ernywati Dewi Binti Abas
Pengarah, serta seluruh Warga Kerja Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi (JTDI) Negeri Sabah.



Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah



Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kelahiran kepada ๐‘Œ๐ตโ„Ž๐‘”. Puan Ernywati Dewi Binti Abas, Pengarah Jabatan Teknologi Digi...
14/08/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kelahiran kepada ๐‘Œ๐ตโ„Ž๐‘”. Puan Ernywati Dewi Binti Abas, Pengarah Jabatan Teknologi Digital Dan Inovasi Negeri Sabah.

๐˜š๐‘’๐˜ฎ๐‘œ๐˜จ๐‘Ž ๐‘ ๐˜ฆ๐‘›๐˜ต๐‘–๐˜ข๐‘ ๐˜ข ๐˜ฅ๐‘– ๐‘๐˜ข๐‘ค๐˜ขโ„Ž ๐‘Ÿ๐˜ขโ„Ž๐˜ฎ๐‘Ž๐˜ต ๐˜ฅ๐‘Ž๐˜ฏ ๐˜ฌ๐‘Ž๐˜ด๐‘–๐˜ฉ ๐˜ด๐‘Ž๐˜บ๐‘Ž๐˜ฏ๐‘” ๐ด๐˜ญ๐‘™๐˜ขโ„Ž

Ikhlas daripada
SELURUH WARGA JABATAN TEKNOLOGI DIGITAL DAN INOVASI
NEGERI SABAH




SEKITAR TAKLIMAT AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI JTDI 202611/8/2026 Telah berlangsung Taklimat Audit Kendiri Per...
11/08/2026

SEKITAR TAKLIMAT AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI JTDI 2026

11/8/2026 Telah berlangsung Taklimat Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi JTDI 2026 pada pagi ini bertempat di Dewan Serba11/8/2026 guna JTDI, Aras 6, Menara Kinabalu , yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).

Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Puan Pengarah, Ernywati Dewi Abas, dan diteruskan lagi dengan pembentangan terperinci oleh Ketua Penolong Pengarah BPSM, Puan Oreynie Arlina Yeop.

Sesi ini bertujuan untuk memastikan kelancaran dan ketepatan semakan perjawatan serta struktur organisasi demi memantapkan lagi pengurusan sumber manusia JTDI. Terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.




Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Ellferrayanty Christy Junny atas sumbangan dan jasa bakti se...
10/08/2026

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Ellferrayanty Christy Junny atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang menjalankan tugas di JTDI.
Semoga terus maju dan cemerlang ditempat baharu.
Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah (JTDI).




SEKITAR MAJLIS APRESIASI & APC JTDI TAHUN 2025 ๐Ÿ“ธโœจSelesai sudah majlis gilang-gemilang meraikan wira-wira hebat JTDI! Tah...
07/08/2026

SEKITAR MAJLIS APRESIASI & APC JTDI TAHUN 2025 ๐Ÿ“ธโœจ

Selesai sudah majlis gilang-gemilang meraikan wira-wira hebat JTDI! Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Kembara Ilmu, Teknologis & Juruteknik Profesional, Anugerah Khas Pengarah, dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.

Terima kasih atas segala usaha gigih dan dedikasi yang dicurahkan sepanjang tahun. Kepada yang belum rezeki kali ini, teruskan usaha dan ketrampilan terbaik โ€” anda semua adalah tunjang kejayaan JTDI!

Jom semak momen-momen indah sepanjang majlis berlangsung dalam galeri foto di bawah!





Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Rohana Abd Wahab atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang men...
05/08/2026

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Rohana Abd Wahab atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang menjalankan tugas di JTDI.

Semoga terus maju dan cemerlang di masa hadapan.
Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah (JTDI).



Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Julita Mujim atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang menjala...
05/08/2026

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Julita Mujim atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang menjalankan tugas di JTDI.
Semoga terus maju dan cemerlang di masa hadapan.
Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah (JTDI).


05/08/2026
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik  Mohd Aizat Bin Azlan atas sumbangan dan jasa bakti sepanja...
03/08/2026

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Aizat Bin Azlan atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang menjalankan tugas di JTDI.
Semoga terus maju dan cemerlang ditempat baharu.
Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah (JTDI).




Address

Jabatan Teknologi Digital Dan Inovasi Negeri Sabah , ARAS 7, BLOK A, MENARA KINABALU
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah JTDI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah JTDI:

Shortcuts

Share