Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah

Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah Halaman Facebook Rasmi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

SESI TAKLIMAT PROGRAM REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB)KOTA KINABALU, 26 Ogos 2026 – Kementerian Kerajaan Tempatan dan P...
27/08/2026

SESI TAKLIMAT PROGRAM REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB)

KOTA KINABALU, 26 Ogos 2026 – Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) telah mengadakan Sesi Taklimat Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) pada 26 Ogos 2026 (Rabu), jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 15, Wisma Innoprise, Kota Kinabalu.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah - En. Edward Binty sebagai sebahagian daripada sesi libat urus dan penerangan berkaitan pelaksanaan Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB). Program ini merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui pemudahcaraan proses kerja, pengurangan kerenah birokrasi dan peningkatan kecekapan organisasi.

Sesi berkenaan telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap II KKTP - Puan Faridah Giau. Turut hadir ialah Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW), wakil Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS), wakil Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan serta pegawai-pegawai kanan kementerian.
Pada masa yang sama, sesi tersebut turut dihadiri oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Sabah secara dalam talian.

Taklimat dan sesi libat urus ini diadakan sebagai persediaan awal KKTP untuk mengenal pasti serta meneliti semula proses dan tatacara kerja sedia ada, khususnya proses yang berpotensi untuk dipermudah, dipendekkan dan diperkemas. Pendekatan ini bertujuan memastikan aliran kerja yang lebih cekap, pantas dan berkesan, seterusnya mengurangkan kerenah birokrasi serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan pihak berkepentingan.

Melalui pelaksanaan RKB Pelesenan dan RKB Bukan Pelesenan, KKTP bersama PBT serta agensi-agensi di bawah kementerian akan meneliti ruang penambahbaikan terhadap proses kerja yang dikenal pasti agar penyampaian perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan lebih responsif, mudah, telus dan berorientasikan hasil.

Dalam sesi tersebut, MPC memaklumkan bahawa Bengkel RKB Pelesenan akan diadakan pada 7 dan 8 September 2026 bertempat di Hotel Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu bagi membantu agensi dan PBT mengenal pasti projek-projek penambahbaikan yang berimpak tinggi. Sehubungan itu, MPC amat menggalakkan PBT untuk mendaftarkan projek RKB sebagai komitmen terhadap usaha memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan serta menyokong agenda reformasi sektor awam. MPC turut memaklumkan RKB Bukan Pelesenan juga akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pelaksanaan Program RKB dijangka menjadi pemangkin kepada transformasi perkhidmatan awam yang lebih cekap, responsif dan mesra pelanggan, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sabah untuk mempertingkatkan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.

SESI PEMBENTANGAN PERLUASAN PBTPay DAN PEMBANGUNAN  SISTEM ePBT SERTA DASAR HALA TUJU PENDIGITALAN PIHAK BERKUASA TEMPAT...
27/08/2026

SESI PEMBENTANGAN PERLUASAN PBTPay DAN PEMBANGUNAN SISTEM ePBT SERTA DASAR HALA TUJU PENDIGITALAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) SABAH

KOTA KINABALU, 26 Ogos 2026 – Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah telah mengadakan Sesi Pembentangan Perluasan PBTPay dan Pembangunan Sistem ePBT serta Dasar Hala Tuju Pendigitalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sabah pada 26 Ogos 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 15, KKTP, Wisma Innoprise, Kota Kinabalu.

Sesi pembentangan tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Jumain Abdul Ghani, Setiausaha Tetap KKTP. Turut hadir ialah En. Omran Bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Puan Nur Iliawani binti Mohamad, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Maklumat JKT.

Taklimat ini telah disertai oleh semua 25 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah, melibatkan 12 PBT yang hadir secara fizikal manakala 13 PBT lagi mengikuti sesi secara dalam talian. Pembentangan tersebut bertujuan membincangkan cadangan perluasan pelaksanaan platform pembayaran digital PBTPay, pembangunan dan penambahbaikan sistem ePBT, serta hala tuju transformasi pendigitalan perkhidmatan kerajaan tempatan di negeri Sabah.

Dalam sesi tersebut, pihak Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT telah berkongsi pengalaman pelaksanaan sistem ePBT 2.0 dan PBTPay di peringkat nasional, termasuk manfaat pendigitalan dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, memudahkan urusan pelanggan, memperkukuh kutipan hasil PBT serta menyokong agenda kerajaan ke arah perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan berorientasikan rakyat.

Sebagai makluman, sehingga kini sebanyak 13 PBT di Sabah sedang melaksanakan Sistem ePBT 2.0 JKT. Pelaksanaan sistem tersebut telah membantu PBT dalam memperkukuh pengurusan pelesenan, kewangan, hasil dan perkhidmatan kaunter secara bersepadu. Sehubungan itu, sesi pembentangan ini turut membincangkan cadangan memperluaskan penggunaan PBTPay dan pelaksanaan sistem ePBT kepada PBT yang masih belum menggunakan platform berkenaan bagi memastikan keseragaman sistem serta peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan di seluruh negeri.

YBhg. Datuk Setiausaha Tetap KKTP dalam ucapannya menegaskan komitmen Kerajaan Negeri Sabah untuk terus memperkasa agenda pendigitalan PBT selaras dengan aspirasi Kerajaan Digital dan inisiatif reformasi perkhidmatan awam. Beliau turut menyambut baik kerjasama strategik antara KKTP, JKT dan semua PBT dalam merealisasikan transformasi digital kerajaan tempatan yang lebih mampan, inklusif dan berimpak tinggi kepada rakyat.

Sesi pembentangan tersebut diakhiri dengan sesi perbincangan dan pertukaran pandangan antara KKTP, JKT dan pihak PBT berkaitan cabaran pelaksanaan, keperluan infrastruktur digital serta langkah-langkah strategik bagi mempercepatkan pelaksanaan inisiatif pendigitalan di peringkat kerajaan tempatan di Sabah.

Perbincangan awal persiapan Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam meng...
26/08/2026

Perbincangan awal persiapan Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menghadapi Cuaca Panas ElNino.

KKTP dan semua PBT Sabah akan membuat pemantauan harian terhadap bekalan air premis/PBT, kebakaran tapak pelupusan, pembakaran terbuka, jerebu/API, pokok berisiko, pekerja lapangan, pasar dan kemudahan awam.

23/08/2026

Address

Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan (KKTP) Sabah, Wisma Innoprise
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share