RELA Daerah Kota Kinabalu

RELA Daerah Kota Kinabalu LAMAN RASMI FACEBOOK RELA DAERAH KOTA KINABALU

“SETIA BERBAKTI”

28 | Julai | 2026📌 PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK⚽ RELA KK FC 🆚 PLRNS FC📍 Padang Pusat Latihan RELA Negeri SabahPerl...
29/07/2026

28 | Julai | 2026

📌 PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK
⚽ RELA KK FC 🆚 PLRNS FC
📍 Padang Pusat Latihan RELA Negeri Sabah

Perlawanan persahabatan ini diadakan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua pasukan.

Terima kasih kepada semua pemain, pegawai pasukan dan penyokong yang hadir bagi memeriahkan perlawanan ini. Semoga semangat kesukanan, disiplin dan perpaduan yang terlihat terus menjadi inspirasi dalam setiap aktiviti yang dijalankan.








25 | Julai | 2026📌 FUN RUN 5.4KM BERSAMA RELA DAERAH KOTA KINABALU DAN PENAMPANG📍 TELUK AWAM LIKAS, FASA 2Acara Fun Run ...
25/07/2026

25 | Julai | 2026

📌 FUN RUN 5.4KM BERSAMA RELA DAERAH KOTA KINABALU DAN PENAMPANG
📍 TELUK AWAM LIKAS, FASA 2

Acara Fun Run 5.4KM telah diadakan bersempena sambutan Hari Ulang Tahun RELA Ke-54.

Acara ini berlangsung dengan jayanya hasil penyertaan anggota-anggota RELA, pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), serta orang awam dari daerah Kota Kinabalu dan Penampang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta serta pihak yang telah menjayakan acara ini. Semoga semangat kebersamaan dan gaya hidup sihat ini terus dipupuk demi mengeratkan hubungan antara agensi dan masyarakat.








18 | Julai | 2026📌 Mesyuarat bersama KPRK dan KPR Daerah Kota Kinabalu Bil.02/2026📍 Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat RELA Neg...
18/07/2026

18 | Julai | 2026
📌 Mesyuarat bersama KPRK dan KPR Daerah Kota Kinabalu Bil.02/2026
📍 Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat RELA Negeri Sabah

Mesyuarat ini dilaksanakan untuk mengetahui perkembangan terkini anggota daripada setiap KPRK dan KPR dalam platun masing-masing. Selain itu, mesyuarat ini juga membincangkan hal-hal berbangkit, perbincangan aktiviti, pengurusan, permasalahan daripada setiap platun jika ada.

Semoga dengan mesyuarat ini, jika ada sebarang permasalahan daripada setiap platun akan dapat diselesaikan. Lain daripada itu, semoga dengan adanya mesyuarat ini juga setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.








18 | Julai | 2026 📌 Latihan Kawad Bulanan RELA Daerah Kota Kinabalu Bil.03/2026📍Parkir Blok C, KPKPSLatihan Kawad Bulana...
18/07/2026

18 | Julai | 2026

📌 Latihan Kawad Bulanan RELA Daerah Kota Kinabalu Bil.03/2026
📍Parkir Blok C, KPKPS

Latihan Kawad Bulanan RELA Daerah Kota Kinabalu Bil.03/2026 telah dilaksanakan dengan jayanya.
Latihan ini diadakan bagi meningkatkan disiplin dan tahap kesiapsiagaan setiap anggota RELA Kota Kinabalu. Antara perkara yang ditekankan adalah setiap anggota haruslah memastikan pakaian seragam POD dipakai dengan kemas, ketertiban dalam barisan ketika berkawad, disiplin terhadap masa, serta latihan kawad asas yang teratur.
Keseluruhan latihan ini berjalan lancar hasil kerjasama dan komitmen semua anggota yang terlibat. Semoga latihan sebegini terus diadakan secara berkala bagi membina pasukan RELA yang lebih berdisiplin, teratur dan profesional.








𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄-𝟓𝟒 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐑𝐄𝐋𝐀)Hari ini, 3 Julai 2026 menandakan 54 tahun p...
03/07/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄-𝟓𝟒 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐑𝐄𝐋𝐀)

Hari ini, 3 Julai 2026 menandakan 54 tahun penubuhan RELA. RELA terus memperkukuh semangat kesukarelawan dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Terima kasih kepada seluruh warga RELA terutamanya pegawai, kakitangan dan anggota atas pengorbanan, keikhlasan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi.
Marilah kita terus berbakti dengan semangat yang sama!

‘Dari Rakyat, Bersama Rakyat, Untuk Rakyat’









Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar ayah! 🌟Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang, dan kerja keras ...
21/06/2026

Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar ayah! 🌟

Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang, dan kerja keras yang tak pernah putus. Anda adalah pahlawan sebenar dalam keluarga kita.

Ikhlas daripada,
Pegawai dan Kakitangan
Pejabat RELA Daerah Kota Kinabalu








7 | Jun | 2026 📌 Latihan Jasmani Mingguan, Slim Fit Peringkat Petugas RELA Ibu Pejabat JBPM Sabah📍Perkarangan Ibu Pejaba...
08/06/2026

7 | Jun | 2026
📌 Latihan Jasmani Mingguan, Slim Fit Peringkat Petugas RELA Ibu Pejabat JBPM Sabah
📍Perkarangan Ibu Pejabat JBPM Sabah

Latihan Slim Fit ini bertujuan untuk menurunkan Indeks J***m Badan (BMI) petugas serta meningkatkan kecergasan fizikal dan kesihatan keseluruhan petugas premis tetap Ibu Pejabat JBPM Sabah.

Latihan ini dijadualkan dijalankan secara mingguan setiap hari Ahad bagi memastikan konsistensi dan membina disiplin senaman di kalangan petugas.








🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga hari yang penuh keber...
27/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. 🤲🏻💚

Ikhlas daripada:
Pejabat RELA Daerah Kota Kinabalu

01 | Mei | 2026Selamat menyambut Hari Pekerja ✨Pegawai RELA Daerah serta Kakitangan Pejabat RELA Daerah Kota Kinabalu me...
01/05/2026

01 | Mei | 2026

Selamat menyambut Hari Pekerja ✨

Pegawai RELA Daerah serta Kakitangan Pejabat RELA Daerah Kota Kinabalu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua kakitangan dan insan yang bekerja.

Semoga apa juga yang diusahakan akan sentiasa diberkati dan dipermudahkan 🤝

SETIA BERBAKTI!!! 🇲🇾








📌 LATIHAN KAWAD BULANAN RELA DAERAH KOTA KINABALU BIL. 03/2026📅 25 April 2026 (Sabtu)⏰ 7.00 pagi – 1.00 tengahari📍 Parki...
27/04/2026

📌 LATIHAN KAWAD BULANAN RELA DAERAH KOTA KINABALU BIL. 03/2026

📅 25 April 2026 (Sabtu)
⏰ 7.00 pagi – 1.00 tengahari
📍 Parkir Blok C, KPKPS

Latihan kawad telah berlangsung dengan jayanya melibatkan lebih 80 orang anggota RELA. Perjumpaan dimulakan dengan kata-kata aluan serta sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Jueephine binti Hiyah, Pegawai RELA Daerah Kota Kinabalu.

Dalam taklimat tersebut, penekanan diberikan terhadap aspek disiplin, komitmen serta penampilan diri anggota agar setiap penugasan yang dilaksanakan mencerminkan imej anggota RELA yang berkualiti dan berintegriti.

Semoga latihan seperti ini terus memperkukuh semangat berpasukan dan tahap profesionalisme warga RELA.








Address

Aras 3, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah, Jalan UMS-Sulaman
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Daerah Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share