14/08/2026
๐๐.๐๐.๐๐ | ๐๐ก๐๐ฆ๐ข๐ฌ โ ๐๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ค๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ง๐๐๐ง ๐๐ฅ๐๐ญ๐๐จ๐ซ๐ฆ ๐๐ข๐ ๐ข๐ญ๐๐ฅ ๐๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐ข๐ซ๐ฎ ๐๐๐๐๐ก
Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) telah mengadakan Sesi Taklimat Berkenaan Platform Digital Ekonomi Biru Sabah di Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan).
Sesi ini membincangkan cadangan pembangunan Platform Digital Ekonomi Biru Sabah sebagai sistem bersepadu untuk mengumpul, mengintegrasi dan menganalisis data berkaitan sektor Ekonomi Biru, selaras dengan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada penyelarasan aspek pendigitalan dan teknikal bersama Jawatankuasa ICT, Ketua Pegawai Digital (CDO) serta jabatan teknikal berkaitan, dengan SSMJ akan menyumbang input berkaitan Ekonomi Biru dalam pembangunan platform tersebut.
Disediakan oleh:
Bahagian Korporat & Media
Sekretariat SMJ
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐