Pancaragam PDRM SABAH

Pancaragam PDRM SABAH Official page for Royal Malaysian Police Band (Sabah Contingent)

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— & ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‘๐Ÿ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Dengan penuh rasa bangga dan patriotik, Panca...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— & ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ‘๐Ÿ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Dengan penuh rasa bangga dan patriotik, Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Sabah 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sabah.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai nikmat keamanan dan kemakmuran serta mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang yang telah mempertahankan kedaulatan negara.
Semoga semangat Malaysia MADANI terus menyatukan kita dalam membina sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera.

โ€œ๐‘ฑ๐’Š๐’˜๐’‚ ๐‘ด๐’†๐’“๐’…๐’†๐’Œ๐’‚, ๐‘บ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’‰ ๐‘บ๐’†๐’‹๐’‚๐’‰๐’•๐’†๐’“๐’‚, ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ ๐‘ฎ๐’†๐’Ž๐’Š๐’๐’‚๐’๐’ˆ.โ€

๐ŸŽถ ๐ท๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž ๐‘˜๐‘Ž๐‘š๐‘–, ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘–๐‘Ÿ ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง!
๐ŸŒบ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก!

Ikhlas daripada,
PANCARAGAM PDRM KONTINJEN SABAH

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐‹๐€๐–๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ"๐ฝ๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž ๐‘ก๐‘–๐‘‘๐‘Ž๐‘˜ ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘›๐‘–๐‘™๐‘Ž๐‘–, ๐‘๐‘’๐‘›๐‘”๐‘œ๐‘Ÿ๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘—๐‘Ž๐‘‘๐‘– ๐‘๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘›๐‘” ๐‘˜๐‘’๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘› ๐‘›๐‘’๐‘”๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž."Pada Ha...
31/07/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐‹๐€๐–๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

"๐ฝ๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž ๐‘ก๐‘–๐‘‘๐‘Ž๐‘˜ ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘›๐‘–๐‘™๐‘Ž๐‘–, ๐‘๐‘’๐‘›๐‘”๐‘œ๐‘Ÿ๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘—๐‘Ž๐‘‘๐‘– ๐‘๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘›๐‘” ๐‘˜๐‘’๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘› ๐‘›๐‘’๐‘”๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž."

Pada Hari Pahlawan ini, marilah kita bersama-sama mengenang dan menghargai segala jasa serta pengorbanan para pahlawan negara yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemakmuran Malaysia. Semoga semangat patriotisme, keberanian dan pengorbanan mereka terus menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Polis Diraja Malaysia, untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, dedikasi dan amanah.

Al-Fatihah buat para pahlawan yang telah gugur dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota keselamatan yang masih meneruskan perjuangan demi negara.

"Berkhidmat Untuk Negara."

๐ผ๐‘˜โ„Ž๐‘™๐‘Ž๐‘  ๐ท๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž,
๐๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐†๐€๐Œ ๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐’๐€๐๐€๐‡

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan YDH DCP Datuk Mohd Azhar Bin Hamin.
30/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan YDH DCP Datuk Mohd Azhar Bin Hamin.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YDH DCP Datuk Mohd Azhar bin Hamin atas pelantikan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah dan YBHG Datin Wan Hurani binti Osman atas pelantikan sebagai Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah

Semoga YDH Datuk dan YBHG Datin terus melakar kecemerlangan, menjunjung tinggi integriti dan diberi kekuatan, keberkatan dan kebijaksanaan dalam memimpin

Ikhlas daripada,

Warga Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah

๐๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐†๐€๐Œ ๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‰๐€๐Œ๐”๐€๐ ๐“๐„๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐€๐๐€๐Š-๐Š๐€๐๐€๐Š ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐”๐‹๐€๐๐†๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐...
16/05/2026

๐๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐†๐€๐Œ ๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‰๐€๐Œ๐”๐€๐ ๐“๐„๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐€๐๐€๐Š-๐Š๐€๐๐€๐Š ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐”๐‹๐€๐๐†๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐“๐˜๐“ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐˜๐€๐๐† ๐Š๐„ - ๐Ÿ•๐Ÿ“

TAWAU, 16 Mei 2026 โ€“ Pancaragam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah hari ini telah melaksanakan tugasan rasmi sempena Majlis Jamuan Teh Bersama Kanak-Kanak bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah yang berlangsung di Borneo Royale Hotel, Tawau.

Seramai 31 orang anggota Pancaragam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah yang diketuai oleh Inspektor Willbonoh Zain telah terlibat secara langsung dalam menjayakan tugasan tersebut.

Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah telah memainkan peranan penting dalam menyempurnakan atur cara rasmi majlis dengan mempersembahkan lagu kebangsaan โ€œNegarakuโ€ serta lagu negeri "Sabah Tanah Airku" semasa keberangkatan tiba dan berangkat balik Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Kehadiran serta komitmen tinggi pasukan pancaragam PDRM bukan sahaja berjaya menyerikan suasana majlis, malah turut mencerminkan tahap disiplin, profesionalisme dan kesiapsiagaan warga Polis Diraja Malaysia dalam melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Jasamu Dikenang Sjn Aslina Binti Olga โ€“ Salam Takziah kepada Seluruh Keluarga Allahyarhamah daripada Pancaragam PDRM Sab...
25/04/2026

Jasamu Dikenang Sjn Aslina Binti Olga โ€“ Salam Takziah kepada Seluruh Keluarga Allahyarhamah daripada Pancaragam PDRM Sabah
Dengan penuh rasa dukacita, kami warga Pancaragam PDRM Sabah merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah atas pemergian insan tersayang.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta diampunkan segala dosa-dosanya.
Kami juga mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh ujian ini.
Al-Fatihah.

JUARA PERTANDINGAN LAGU RASMI EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM)Syabas & Tahniah diucapkan kepada P/SM Mohd Hafizzu...
11/04/2026

JUARA PERTANDINGAN LAGU RASMI EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM)

Syabas & Tahniah diucapkan kepada P/SM Mohd Hafizzuddin bin Mohd Noor, Band Sarjan Mejar Pancaragam Pusat PDRM kerana telah berjaya dinobatkan sebagai juara Pertandingan Lagu Rasmi Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Ikhlas Daripada,
Warga Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YDH SAC Datuk Ahsmom Bin Bajah, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah diatas pengu...
30/03/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YDH SAC Datuk Ahsmom Bin Bajah, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah diatas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran โ€œDatukโ€ Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Musa Bin Haji Aman,Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan atas jasa, komitmen serta khidmat bakti cemerlang beliau dalam Polis Diraja Malaysia. Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan serta diberkati dalam setiap amanah yang dipikul.

Ikhlas daripada,
Pengarah Muzik & Seluruh Anggota
Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah


SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-75TUAN YANG TERUTAMA TUN DATUK SERI PANGLIMA (DR) HAJI MUSA BIN HAJI AMANYANG DI-PERTU...
30/03/2026

SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-75
TUAN YANG TERUTAMA TUN DATUK SERI PANGLIMA (DR) HAJI MUSA BIN HAJI AMAN
YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH

KOTA KINABALU, 30 MAC 2026 โ€“ Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah di bawah pimpinan Insp. Willbonoh Zain selaku Pengarah Muzik, telah melaksanakan tugas rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-75 Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa bin Haji Aman yang disambut dengan penuh istiadat dan gilang-gemilang.

Dalam majlis tersebut, Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah telah berkolaborasi bersama Pancaragam Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan mempersembahkan lagu-lagu berentak march bagi mengiringi perarakan perbarisan yang disertai oleh pelbagai agensi serta jabatan kerajaan.

Kolaborasi ini menonjolkan kesepaduan, disiplin yang tinggi serta keunggulan koordinasi muzik sepanjang majlis berlangsung, sekali gus mencerminkan tahap profesionalisme yang amat membanggakan dalam kalangan pasukan beruniform negara.

Persembahan yang bertenaga, tersusun rapi dan penuh semangat ini bukan sahaja berjaya menaikkan suasana majlis, malah turut menyerlahkan imej profesionalisme serta kewibawaan pasukan keselamatan negara di mata masyarakat.

Penglibatan ini turut mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam melaksanakan tugas rasmi dengan penuh dedikasi, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara agensi keselamatan serta menzahirkan penghormatan tertinggi kepada kepimpinan Negeri Sabah.



๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ—Pengarah Muzik Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah, Insp. Wilbonoh Zain dan warga Pancara...
24/03/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ—

Pengarah Muzik Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah, Insp. Wilbonoh Zain dan warga Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Polis Ke-219 kepada seluruh Warga PDRM.

Di sebalik setiap keamanan yang dikecapi, terselit pengorbanan yang tidak ternilai. keringat, masa, dan jiwa yang dipertaruhkan demi memastikan negara terus aman dan rakyat hidup sejahtera.

Kami, warga pancaragam, berdiri megah sebagai sebahagian daripada keluarga besar PDRM โ€” meniup semangat, menyemarakkan patriotisme, dan mengiringi setiap detik bersejarah pasukan keramat ini.

Semoga PDRM terus unggul sebagai pasukan yang berintegriti, profesional dan dipercayai, serta kekal menjadi benteng utama dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Terus Berkhidmat Dengan Penuh Dedikasi,
Bertekad Memelihara Keamanan Negara.

โ€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiadaโ€

Ikhlas daripada,
Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah





Address

Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Kota Kinabalu
88200

Telephone

+6088454309

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pancaragam PDRM SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share