Lembaga Industri Getah Sabah - LIGS

Lembaga Industri Getah Sabah - LIGS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lembaga Industri Getah Sabah - LIGS, Government Organization, Aras 3 Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik Luyang (Off Jalan Maktab Gaya) Beg Berkunci 2016, Kota Kinabalu.

25/08/2026
DIALOG PENYERAHAN BLOK DAN LATIHAN PENOREHAN BLOK KODUKOKOTA BELUD, 30 Julai - 06 Ogos 2026 - Berlangsungnya dialog peny...
12/08/2026

DIALOG PENYERAHAN BLOK DAN LATIHAN PENOREHAN BLOK KODUKO

KOTA BELUD, 30 Julai - 06 Ogos 2026 - Berlangsungnya dialog penyerahan blok serta kursus penorehan kepada 24 orang peserta Blok Koduko dengan nilai projek keseluruhan berjumlah RM 832,000.00 (kos projek bermula dari tahun pembangunan hingga getah matang).

Kursus ini bertujuan melatih para pekebun kecil terlibat berkaitan kaedah pembukaan panel torehan getah matang mengikut piawaian yang ditetapkan oleh LIGS.

Selain itu, para peserta juga diterangkan mengenai kaedah penghasilan gred getah yang berkualiti dan diterima oleh unit pembelian getah LIGS.

Turut serta bagi sesi dialog ini ialah Encik Rothman Sumpah Pegawai Unit Pengembangan LIGS, Nellson Jitoh Pegawai Penguasa Unit Pembelian Getah Kota Belud dan Encik Sakaran Gumpasang Pegawai Penguasa Unit Pusat Latihan.

Selain itu, jurulatih dari Unit Pusat Latihan Tuaran iaitu Encik Fenddy Michael telah diberi tanggungjawab untuk mengajar serta melatih para pekebun kecil pada kali ini.






KUNJUNGAN YB MENTERI MAFFI KE PROJEK INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) KG. GANA.KOTA MARUDU, 04 Ogos 2026 - Menteri Pert...
05/08/2026

KUNJUNGAN YB MENTERI MAFFI KE PROJEK INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) KG. GANA.

KOTA MARUDU, 04 Ogos 2026 - Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) hari ini telah melawat Projek Tanaman Nanas MD2 yang bertempat di kampung Gana Kota Marudu.

Lawatan ke ladang terbesar nanas MD2 di Sabah ini, bertujuan meninjau operasi ladang nanas MD2 yang dikendalikan oleh LIGS.

Turut serta bagi sesi lawatan ini ialah Wakil Rakyat ADUN Tandek YB Datuk Hendrus Anding, Wakil Rakyat ADUN Bandau YB Datuk Dr Maijol Mahap, Pengurus Besar LIGS Tuan Ts Sabdil Tanjong dan juga Ketua-ketua Jabatan di bawah MAFFI.

Lawatan bersejarah ini menunjukkan sokongan berterusan daripada Menteri MAFFI dan Wakil Rakyat setempat terhadap projek IPR yang berjaya memberikan perubahan berimpak tinggi kepada pembangunan sosioekonomi penduduk luar bandar terutamanya para peserta yang terdiri daripada pekebun kecil getah.






KUNJUNGAN HORMAT AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN PENGURUSAN TERTINGGI LIGS KE PEJABAT KETUA MENTERI SABAHKOTA KINABALU, 3 Ogos...
04/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN PENGURUSAN TERTINGGI LIGS KE PEJABAT KETUA MENTERI SABAH

KOTA KINABALU, 3 Ogos 2026 – Ahli Lembaga Pengarah bersama Barisan Pengurusan Tertinggi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji bin Hj. Noor di Menara Kinabalu.

Kunjungan hormat ini sebagai tanda penghormatan serta memperkukuhkan hubungan sedia ada dengan Pemimpin tertinggi Negeri Sabah.

Rombongan di pihak LIGS diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Jahid Jahim Pengerusi LIGS serta Ahli Lembaga Pengarah LIGS yang lain.

Turut serta bagi mewakili Pengurusan LIGS ialah Tuan Ts. Sabdil bin Tanjong Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah dan timbalan Pengurus Besar yang lain.

Dalam pertemuan yang penuh bersejarah ini, pihak LIGS berkesempatan berkongsi aspirasi organisasi menerusi Pelan Hala Tuju LIGS yang memberi fokus kepada peningkatan pendapatan pekebun kecil getah melalui beberapa pendekatan yang telah dirancang bagi merancakkan pertumbuhan perekonomian para pekebun kecil getah.

YAB Ketua Menteri Sabah turut menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan oleh LIGS dalam memperkukuhkan pembangunan industri getah serta menggalakkan penghasilan produk bernilai tambah yang memberi inpak kepada kesejahteraan para pekebun kecil getah.

Sebagai tanda penghargaan, Pengerusi LIGS telah menyampaikan cenderamata kepada YAB Ketua Menteri Sabah berupa produk hiliran getah berjenama ‘LUMI’ iaitu bantal keluaran LIGS yang dihasilkan daripada getah asli Sabah.





MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN HARI SABAH DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2026 KOTA KINABALU, 1 Ogos 2026 - Berlangs...
03/08/2026

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN HARI SABAH DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2026

KOTA KINABALU, 1 Ogos 2026 - Berlangsungnya Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2026. Dalam acara ini Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) turut serta mengambil bahagian dalam program yang telah di susun atur sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah di seluruh negeri.

LIGS sekali lagi melakar sejarah sebagai satu-satunya agensi badan berkanun Kerajaan Negeri Sabah yang menyahut cabaran menyertai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026.

Penyertaan ini mencerminkan iltizam dan komitmen LIGS dalam menyokong program berunsurkan kenegaraan dan patriotisma.

Konvoi ini dijadualkan berlangsung bermula 7 Ogos hingga 26 Ogos 2026, bermula di Sipitang. Program jelajah ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah di seluruh Sabah.






LAWATAN YB MENTERI MAFFI DI UNIT SEMAIAN BUAH-BUAHAN (USB) TUARANTUARAN, 30 Julai 2026 - Berlangsungnya sesi lawatan YB ...
30/07/2026

LAWATAN YB MENTERI MAFFI DI UNIT SEMAIAN BUAH-BUAHAN (USB) TUARAN

TUARAN, 30 Julai 2026 - Berlangsungnya sesi lawatan YB Menteri MAFFI Datuk Jamawi Jaafar. Kehadiran YB Menteri seawal jam 8.00 pagi di Unit Semaian Buah-buahan (USB) Tuaran disambut oleh Pengurus Besar LIGS Tuan Ts Sabdil Bin Tanjong dan Timbalan Pengurus Besar yang lain.

Sesi lawatan kali ini dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan operasi Unit Semaian Buah-buahan (USB) Tuaran yang disampaikan oleh Penguasa Unit En. Julkifle Sahimin.

Turut serta di dalam lawatan ini ialah Pegerusi LIGS YBhg Datuk Seri Panglima Jahid Jahim serta timbalan beliau.

Seterusnya YB Menteri di bawa meninjau demontrasi cantuman bibit buah-buahan yang dilakukan oleh kakitangan Unit Semaian Tuaran.

Di akhir sesi lawatan ini YB Menteri melawat kawasan plot penjualan cantuman bibit buah-buahan dan seterusnya Menteri berpeluang merasa sendiri beberapa jenis buah-buahan yang dihasilkan oleh Unit Semaian ini.






Address

Aras 3 Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik Luyang (Off Jalan Maktab Gaya) Beg Berkunci 2016
Kota Kinabalu
88999

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Industri Getah Sabah - LIGS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share