Lembaga Industri Getah Sabah

Lembaga Industri Getah Sabah FB page ini bertujuan berkongsi maklumat mengenai LIGS

01/02/2024
LIGS Penerima Sijil Pengurusan Hutan pertama di Malaysia22 Januari 2024KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS...
01/02/2024

LIGS Penerima Sijil Pengurusan Hutan pertama di Malaysia

22 Januari 2024

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), agensi dibawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah telah berjaya mendapat Pensijilan Pengurusan Hutan bagi kategori getah daripada Forest Stewardship Council yang pertama di Malaysia.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri Datuk Seri Panglima Jeffery Kitingan berkata Ini merupakan sahutan cabaran dan tanggungjawab sikap peduli terhadap alam sekitar, dan penganugerahan dan pensijilan oleh Majlis Pengawasan Hutan (Forest Stewardship Council-FSC) yang dimulakan di daerah Tuaran adalah merupakan sejarah bagi sektor getah Malaysia.

“Seramai 56 peserta terlibat di ladang LIGS Skim Penempatan Getah Tuaran yang menjadi perintis dan penerima pensijilan yang disampaikan ini,” katanya di majlis Penyampaian Sijil FSC di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah, semalam.

Jeffery yang juga Timbalan Ketua Menteri II berkata LIGS sedang berusaha meluaskan skop pensijilan ke ladang-ladang lain di beberapa daerah termasuklah daerah Tenom, Keningau dan Sipitang dengan matlamat semakin ramai pekebun kecil dimasukkan ke dalam skim kumpulan FSC.

Menurutnya pematuhan kepada Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) merupakan cabaran global masa kini.

“Peraturan dan syarat dikenakan ke atas pemasaran produk seperti getah, sawit, koko dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata melalui pengkitirafan dan pensijilan pengurusan ladang yang ketat oleh FSC, ia membuka peluang pasaran baru yang lebih luas dan tidak hanya bergantung kepada yang sedia ada.

“Ini adalah satu peluang kepada kita bagi memperluaskan produk komoditi khususnya getah dari Sabah sehingga ke Eropah pada satu hari nanti,” kata Jeffery.

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), agensi dibawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah telah berjaya mendapat Pensijilan Pengurusan Hutan bagi kategori getah daripada Forest Stewardship Council yang pertama di Malaysia. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industr...

Harga Getah hari ini, 1 Februari 2024Harga getah boleh dirujuk setiap hari di portal rasmi LIGShttp://ligs.gov.my/
01/02/2024

Harga Getah hari ini, 1 Februari 2024

Harga getah boleh dirujuk setiap hari di portal rasmi LIGS
http://ligs.gov.my/

Hai semua khususnya para Pekebun Kecil Getah LIGS yang dihargai. Semak harga getah dan perkembangan terkini Lembaga Indu...
05/04/2023

Hai semua khususnya para Pekebun Kecil Getah LIGS yang dihargai. Semak harga getah dan perkembangan terkini Lembaga Industri Getah Sabah di laman web rasmi LIGS di pautan https://ligs.gov.my/

LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH
Aras 3, Wisma Pertanian Sabah
Jalan Tasik, Luyang (Off Jalan Maktab Gaya)
Beg Berkunci 2016
88999, Kota Kinabalu, Sabah

Tel: 088 212 311
Email: [email protected]

18/12/2021
17/12/2021

PELANCARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Tuaran (12 Disember 2021) – Seramai 86,323 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di Sabah akan diberikan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Nor sewaktu melancarkan pembayaran BMT tersebut turut memaklumakan bahawa jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan adalah berjumlah RM51,793,000.

Jelasnya, para pekebun kecil getah akan mula menerima pembayaran RM600 seorang yang akan dikreditkan secara langsung ke dalam akaun bank masing-masing bermula 13 Disember 2021. Beliau berharap agar bantuan ini akan dapat meringankan beban para pekebun kecil terutama Ketika berdepan cuaca yang tidak menentu terutamanya setiap hujung tahun.

Sebagai simbolik pelancaran, YAB Haji Hajiji Haji Nor telah menyerahkan bantuan BMT secara tunai kepada 50 orang pekebun kecil dari sekitar daerah Tuaran. Beliau juga turut melancarkan aplikasi semakan yang telah dibangunkan oleh LIGS bagi memudahkan para pekebun kecil menyemak status bantuan BMT mereka atas talian melalui http://bmt.ligs.gov.my

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan Ketua II Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim, Pengerusi LIGS En. Edward Linggu dan Pengurus Besar LIGS En. Sabdil Tanjong.

Artkel penuh berserta gambar-gambar: http://ligs.gov.my/page/21/

Harga Getah LIGS, 1 Disember 2021
01/12/2021

Harga Getah LIGS, 1 Disember 2021

Harga Getah LIGS, 30 Nov 2021
30/11/2021

Harga Getah LIGS, 30 Nov 2021

Harga Getah LIGS, 27 November 2021 (Sabtu)
27/11/2021

Harga Getah LIGS, 27 November 2021 (Sabtu)

Harga Getah LIGS, 25 November 2021
25/11/2021

Harga Getah LIGS, 25 November 2021

Harga Getah LIGS, 24 November 2021
24/11/2021

Harga Getah LIGS, 24 November 2021

Address

Lembaga Industri Getah Sabah Aras 3, Blok A Wisma Pertanian Sabah Jalan Tasik Off Jalan Maktab Gaya
Kota Kinabalu
88300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Industri Getah Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Industri Getah Sabah:

Share