UPPM N.16 Karambunai

UPPM N.16 Karambunai Laman Facebook Rasmi UPPM N.16 Karambunai

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026UPPM N.16 Karambunai mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ 1448H kepada selu...
25/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026

UPPM N.16 Karambunai mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga sambutan ini menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ serta menjadi inspirasi untuk kita mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik.”
— Surah al-Ahzab: 21







📍 UPPM N.16 Karambunai Turun Padang ke Kg. TebobonUPPM N.16 Karambunai melalui Pemaju Masyarakat, Puan Jaliha Suide bers...
19/08/2026

📍 UPPM N.16 Karambunai Turun Padang ke Kg. Tebobon

UPPM N.16 Karambunai melalui Pemaju Masyarakat, Puan Jaliha Suide bersama Sekretariat SMJ telah turun padang ke Kg. Tebobon bagi menjejaki penama penerima Bantuan SYUKUR untuk tujuan pengemaskinian maklumat.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen UPPM Karambunai dalam memastikan maklumat penerima sentiasa dikemas kini dan penyampaian bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.






📍Sesi Perjumpaan Bersama Pemimpin KawasanTuan Nerudin Ludah, PPM N.16 Karambunai telah mengadakan perjumpaan bersama Pem...
19/08/2026

📍Sesi Perjumpaan Bersama Pemimpin Kawasan

Tuan Nerudin Ludah, PPM N.16 Karambunai telah mengadakan perjumpaan bersama Pemimpin Kawasan Mukim Bukit dan Mukim Telipok, melibatkan wakil pemimpin dari Sri Melidan, Tampulan, Boronuan, Kebayau dan Pekan Telipok.

Turut hadir Tuan Sahar Mentamin, CDO serta Pemaju Mukim, Encik Derim. Sesi ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan, menyelaras gerak kerja serta membincangkan isu dan keperluan masyarakat setempat.






📍Tinjauan Pembinaan Rumah SMJUPPM N.16 Karambunai mengadakan lawatan ke tiga buah kampung bagi meninjau proses pembinaan...
19/08/2026

📍Tinjauan Pembinaan Rumah SMJ

UPPM N.16 Karambunai mengadakan lawatan ke tiga buah kampung bagi meninjau proses pembinaan Rumah SMJ di Kg. Kibagu, Kg. Malawa dan Kg. Lapasan.

Lawatan diketuai oleh Tuan Haji Roslan Awang, Penyelia Masyarakat, bersama Pemaju Mukim, Encik Nazrul Bidin. Lawatan ini bertujuan memastikan proses pembinaan berjalan lancar serta memberi manfaat kepada penerima.







PROSES PENGUKURAN TANAH UNTUK PERSEMPADANAN KAMPUNG SEPAKAT JAYAPenyelia Masyarakat,Tuan Haji Roslan Awang mewakili UPPM...
13/08/2026

PROSES PENGUKURAN TANAH UNTUK PERSEMPADANAN KAMPUNG SEPAKAT JAYA

Penyelia Masyarakat,Tuan Haji Roslan Awang mewakili UPPM N.16 Karambunai bersama Pemaju Mukim, Encik Nazrul dan Encik Derim telah mengadakan lawatan ke Kg. Sepakat Jaya bagi melihat dan memantau proses pengukuran tanah untuk sempadan kampung yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Tanah dan Ukur (JTU).

Semoga urusan pengukuran ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada penduduk Kg. Sepakat Jaya. 🤝






PRIHATIN UPPM N.16 KARAMBUNAI MENYANTUNI WARGA KG. UNGGUN❤️Pihak Jabatan Kebajikan bersama UPPM N.16 Karambunai menerusk...
13/08/2026

PRIHATIN UPPM N.16 KARAMBUNAI MENYANTUNI WARGA KG. UNGGUN❤️

Pihak Jabatan Kebajikan bersama UPPM N.16 Karambunai meneruskan usaha menyantuni masyarakat turun padang ke Kg. Unggun.

Lawatan ini diketuai oleh PPM Tuan Nerudin Ludah, bersama Pemaju Mukim, Puan Aidawati Syamsudin dan Pemaju Masyarakat, Encik Azwan Jumaa.

Setiap kunjungan membawa makna. Di sebalik senyuman, ada kisah yang perlu didengar, ada keperluan yang perlu diberi perhatian dan ada hati yang ingin disantuni.

Semoga usaha kecil ini menjadi tanda bahawa masyarakat sentiasa dekat di hati dan tidak pernah dilupakan. ❤️






TURUN PADANG: PERKEMBANGAN PEMBINAAN RUMAH SMJ DI KG. KIBAGUSaudara Nazrul mewakili UPPM N.16 Karambunai, hari ini telah...
11/08/2026

TURUN PADANG: PERKEMBANGAN PEMBINAAN RUMAH SMJ DI KG. KIBAGU

Saudara Nazrul mewakili UPPM N.16 Karambunai, hari ini telah turun padang meninjau perkembangan pembinaan Rumah SMJ di Kg. Kibagu susulan aduan yang telah diterima.

Lawatan ini bagi melihat sendiri keadaan di lapangan serta memastikan perkara yang dibangkitkan mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya.

Komitmen kami jelas — setiap aduan rakyat didengar, setiap isu diteliti dan setiap tindakan diusahakan.

Teruskan bersama UPPM N.16 Karambunai dalam memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat sentiasa diberi keutamaan. 🤝








Ziarah Prihatin UPPM N.16 Karambunai 🤝Pemaju Masyarakat UPPM N.16 Karambunai, Puan Jaliha Suide, telah melawat ke rumah ...
11/08/2026

Ziarah Prihatin UPPM N.16 Karambunai 🤝

Pemaju Masyarakat UPPM N.16 Karambunai, Puan Jaliha Suide, telah melawat ke rumah penama yang layak menerima bantuan baik pulih rumah di Kg. Numbak.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang memerlukan serta meninjau keadaan dan keperluan penerima secara langsung.

Semoga bantuan yang diberikan dapat memberi manfaat dan keselesaan kepada penerima. 💙






📌 MESYUARAT UPPM N.16 KARAMBUNAIUPPM Karambunai telah mengadakan Mesyuarat UPPM Karambunai Bil.2/2026 yang dipengerusika...
11/08/2026

📌 MESYUARAT UPPM N.16 KARAMBUNAI

UPPM Karambunai telah mengadakan Mesyuarat UPPM Karambunai Bil.2/2026 yang dipengerusikan oleh PPM Karambunai.

Mesyuarat ini membincangkan perancangan, pelaksanaan program serta perkara-perkara berkaitan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat di kawasan Karambunai.

Semoga setiap perancangan dan usaha yang dilaksanakan dapat terus memberi manfaat kepada komuniti serta memperkukuhkan lagi kerjasama demi kemajuan Karambunai.

🤝 Demi Karambunai, Sayang Karambunai. ❤️






MESYUARAT MEMBINCANGKAN ISU SAMPAH DI KAMPUNG NUMBAKHari ini, pasukan UPPM N.16 Karambunai yang diketuai oleh PPM, Tuan ...
06/08/2026

MESYUARAT MEMBINCANGKAN ISU SAMPAH DI KAMPUNG NUMBAK

Hari ini, pasukan UPPM N.16 Karambunai yang diketuai oleh PPM, Tuan Nerudin Ludah telah bermesyuarat bersama pihak Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Bandaraya (DBKK), Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Ketua Kampung Numbak bagi membincangkan isu sampah yang tular baru-baru ini.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mencari penyelesaian terbaik melalui kerjasama semua pihak dan agensi berkaitan agar masalah tersebut dapat ditangani dengan lebih berkesan demi memastikan kebersihan, kesejahteraan dan keselesaan penduduk Kampung Numbak terus terpelihara.

Semoga segala hasil perbincangan ini dapat diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat kepada masyarakat.









Address

Lot 2, 3rd Floor, Lorong D'Sulaman, Jalan Sulaman, Phase 5B
Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N.16 Karambunai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share