MUIS Halal Hub Sabah

MUIS Halal Hub Sabah Laman Rasmi MUIS Halal Hub Sabah - Dapatkan Maklumat berkaitan Permohonan Pensijilan Halal Malaysia & Sijil Halal Industri Kotej

⚠️ BERHATI-HATI DENGAN PIHAK KETIGA / SCAMMER ⚠️Jangan mudah terpedaya dengan individu atau pihak tidak bertanggungjawab...
24/07/2026

⚠️ BERHATI-HATI DENGAN PIHAK KETIGA / SCAMMER ⚠️

Jangan mudah terpedaya dengan individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa boleh membantu mempercepatkan atau menjamin kelulusan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

❌ Meminta bayaran ke akaun peribadi
❌ Menjual nama MUIS Halal Hub
❌ Menawarkan “fast track” atau jaminan lulus
❌ Menggunakan logo atau identiti MUIS Halal Hub tanpa kebenaran

✅ Semua urusan permohonan dan pembayaran hendaklah dibuat melalui saluran rasmi MUIS Halal Hub.

MUIS Halal Hub merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah ...
20/07/2026

MUIS Halal Hub merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB Sabah) atas kerjasama dalam menjayakan Kursus Pengendalian Makanan Dalam Islam Bagi Industri Kotej di SAIP, Kimanis.

Semoga jalinan kerjasama ini terus memperkukuh pembangunan industri halal serta melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing dan berintegriti.


&HalalanToyyiban

25/06/2026

📝 HEBAHAN SEMASA HALAL

Keperluan Pemakluman Perubahan Nama Eksekutif Halal & Penyelia Halal

📌 Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) hendaklah memaklumkan kepada Bahagian Pengurusan Halal sekiranya berlaku perubahan nama Eksekutif Halal dan Penyelia Halal bagi tujuan pengemaskinian maklumat dalam sistem MYeHALAL.

📌 Pelantikan Eksekutif Halal dan Penyelia Halal merupakan suatu keperluan sebagaimana yang dinyatakan dalam Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) 2020 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 (Pindaan).

📌 Kegagalan memaklumkan perubahan tersebut merupakan suatu ketidakakuran besar sebagaimana yang dinyatakan dalam Klausa 33(2)(h) MPPHM (Pindaan) seperti berikut:
"Ketidakakuran berkaitan Eksekutif Halal dan Penyelia Halal termasuklah penyembelih dan pemeriksa halal. (Contoh: bilangan pekerja Muslim tidak memenuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia)".




16/06/2026

📢 HEBAHAN SEMASA HALAL

Makluman Terkini Gangguan Capaian Portal Halal Malaysia

📌 Dimaklumkan bahawa Portal Halal Malaysia tidak boleh diakses buat sementara waktu kerana kerja menaik taraf portal sedang dijalankan.

📌 Portal hanya boleh diakses mulai 22 Jun 2026 (Isnin) di pautan terkini seperti berikut setelah kerja menaik taraf selesai (https://www.halal.gov.my)

📌 Kesabaran, sokongan dan kerjasama semua pihak sepanjang tempoh gangguan ini amat dihargai.




PROGRAM BICARA HALAL & PRAKTIKAL SEMBELIHAN SYARAK PERKUKUH KEFAHAMAN HALALSIPITANG : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) de...
16/05/2026

PROGRAM BICARA HALAL & PRAKTIKAL SEMBELIHAN SYARAK PERKUKUH KEFAHAMAN HALAL

SIPITANG : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Imam Haji Awang Hashim telah menganjurkan Program Bicara Halal & Praktikal Sembelihan Syarak di Masjid Imam Haji Awang Hashim, Sipitang pada pagi 16 Mei 2026 yang melibatkan penyertaan seramai 63 orang peserta.

Selain sesi ceramah dan penerangan daripada MUIS Halal Hub, peserta turut didedahkan dengan latihan praktikal sembelihan mengikut kaedah syarak bagi memastikan pemahaman yang lebih jelas dan melahirkan individu yang berkemahiran dan bertauliah.

Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan halal serta sembelihan mengikut syarak.

"𝐊𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 & 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐨𝐲𝐲𝐢𝐛𝐚𝐧"

16 Mei 2026 | Sipitang, Sabah

Majlis Ugama Islam Sabah - MUIS
Masjid Imam Haji Awang Hashim Pekan Sipitang

16/05/2026
15/05/2026
Program Jelajah Halal 2026 Sabah anjuran Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah b...
09/05/2026

Program Jelajah Halal 2026 Sabah anjuran Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mei 2026 di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu dengan penyertaan seramai 182 orang peserta dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Ramlan bin Awang Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), yang menekankan kepentingan kerjasama strategik dalam memperkukuh ekosistem halal di Sabah serta membantu usahawan tempatan mendapatkan pensijilan halal dan meluaskan pasaran.

Turut hadir ialah Ms Amylyn Blantocas Tiamson, Pengarah Wilayah Maybank Sabah; Ustaz Mohamad Sidik bin Awang Adi, Pengerusi MUIS Halal Hub; dan Tuan Haji Adnan Bin Sharif, Ketua Halal Ekosistem Serantau, Maybank Islamic Berhad.

Program ini turut menyediakan sesi perkongsian ilmu berkaitan pensijilan halal, keselamatan makanan, serta kursus pengendalian makanan dalam Islam, selain Kaunter Fasilitasi Halal untuk membantu usahawan dalam permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Semoga program ini terus memperkasa pembangunan industri halal di Sabah.

07/05/2026

Address

Wisma MUIS, Blok A, Tingkat 2, Peti Surat 11666
Kota Kinabalu
88818

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MUIS Halal Hub Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share