Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah

Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Government Official, Kota Kinabalu.

Kementerian yang menyelia atur hal ehwal pertanian, perikanan, perkhidmatan haiwan, kuarantin dan penyelidikan serta mangawasi perkara yang berkaitan dengan pembangunan dan kepentingan koperasi

Tanaman organik jamin keterjaminan makanan, kesihatan masyarakat – JamawiTENOM: Usaha memperkasakan teknologi penanaman ...
09/08/2026

Tanaman organik jamin keterjaminan makanan, kesihatan masyarakat – Jamawi

TENOM: Usaha memperkasakan teknologi penanaman secara organik merupakan antara langkah penting dalam memastikan keterjaminan makanan selain meningkatkan tahap kesihatan masyarakat, kata Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar.

Beliau berkata, masyarakat kini semakin mementingkan kesihatan dan sumber makanan yang mereka ambil, sekali gus menjadikan pengeluaran hasil pertanian organik semakin penting.

“Sekiranya banyak perladangan organik kita giatkan, maka ia akan menjamin keterjaminan makanan dan juga kesihatan yang lebih baik, sekali gus membolehkan masyarakat berasa selamat dan stabil dalam mendapatkan sumber makanan harian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kursus Transformasi Teknologi Perladangan Organik 2.0 di Dewan SJK (C) Chung Hwa, di sini, kelmarin.

Jamawi berkata, kursus berkenaan bukan sahaja disertai peserta dari Tenom, malah turut menarik penyertaan dari Keningau, Nabawan, Kudat dan kawasan lain bagi mempelajari topik berkaitan penanaman organik yang disusun sepanjang kursus.

“Ini merupakan satu langkah daripada Jabatan Pertanian untuk memperkasakan tanaman organik. Kita juga sedang menyusun atur beberapa ladang di Tenom untuk kita dapat laksanakan tanaman organik supaya ada sumber untuk masyarakat mendapatkan hasil-hasil pertanian daripada ladang tersebut,” katanya.

Jamawi berkata, pensijilan myGAP juga merangkumi aspek kesihatan, termasuk mengurangkan penggunaan racun dan baja kimia.

Beliau berkata, enam lagi ladang menerima pensijilan myGAP, yang menunjukkan pengusaha berkenaan telah mematuhi standard bagi memastikan hasil produk pertanian selamat untuk dimakan.

“Kalau kita dapat lagi myOrganic, ia sebagai bonus untuk ladang tersebut memasarkan hasil. Tetapi ia mempunyai pelbagai SOP yang diperlukan untuk mendapatkan pensijilan myOrganic.

“Sebab itu kita adakan kursus ini, sekurang-kurangnya pengusaha dan mereka yang terlibat lebih tahu dan memahami bagaimana kita dapat melaksanakan myOrganic ini sebaik-baiknya untuk negeri Sabah,” katanya.

Beliau turut menyeru pengguna supaya memahami dan mengiktiraf hasil pertanian yang disahkan organik, termasuk bersedia membayar harga sedikit lebih tinggi berbanding produk biasa.

Katanya, harga produk organik yang lebih tinggi disebabkan proses pensijilan serta pelbagai faktor yang memerlukan pengusaha mengeluarkan modal tambahan.

“Kalau kita mementingkan kesihatan, apalagi kita membelanjakan sedikit lebih tinggi berbanding produk lain untuk mendapatkan produk daripada ladang-ladang yang disijilkan sebagai myOrganic,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamawi berkata, sebanyak 25 ekor lembu akan diagihkan kepada kumpulan B40 di kawasan Melalap, khususnya di Kampung Lagud.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut diminta menaik taraf dan memulihkan padang ragut di Tenom serta kawasan lain di seluruh Sabah.

“Kita telah memulakan awal tahun ini dan dua tempat yang kita pilih untuk pelaksanaan tahun ini ialah padang ragut Kampung Lagud dan padang ragut Kampung Pamilaan.

“Hari ini kita akan agihkan 25 ekor di kawasan padang ragut Kampung Lagud dan pada bulan September nanti kita akan agihkan 45 ekor di padang ragut Kampung Pamilaan,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua padang ragut berkenaan telah dipulihkan, termasuk dipasang pagar dan ditanam rumput.

Katanya, usaha itu adalah sebahagian daripada komitmennya sebagai Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan untuk memperkasakan semula padang ragut yang terdapat di Sabah, selain membantu rakyat yang memerlukan mendapatkan induk lembu berkualiti.

Jamawi turut menasihatkan penerima supaya tidak menjual induk lembu yang diberikan terlalu awal, sebaliknya membiakkannya bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka pada masa akan datang.

“Jangan dijual. Ada rakan-rakan yang dahulu dapat induk lembu, dua atau tiga bulan kemudian dijual. Biarlah ia sempat membiak.

“Induk-induk kita ini berkualiti. Ia boleh menghasilkan lebih kurang tujuh generasi yang akan mendapat lebih kurang sama seperti induknya,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya pembiakan itu diteruskan, jumlah ternakan boleh meningkat kepada 10, 20 atau 30 ekor pada masa akan datang sebelum dijual bagi membolehkan penerima mengembangkan sumber pendapatan mereka.

“Jangan jual mana yang kita bagi. Pelihara betul-betul dan mudah-mudahan ia akan dapat memberikan sumber pendapatan pada masa-masa akan datang.

“Kita akan terus membantu. Kalau ada masalah pagar, beritahu. Kalau ada masalah rumput, beritahu. Kalau ada masalah induk pun beritahu. Kita akan bantu sehabis yang baik,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Maria David Edick; Pengarah Jabatan Pertanian, Jackson R. Raimi; Pegawai Pertanian Daerah Tenom, Ts. Mohammad Fauzi Ab Gulam; Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah, Dr. Teddy Marshall Denis; Ketua Daerah OKK Tusip Tulas dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Melalap, Denesly Justin serta para pegawai jabatan dan agensi MAFFI.

Jelajah Kebun Dapur Kota MaruduKebun Dapur utamakan pelaksanaan, bukan budaya memberi - JamawiKOTA MARUDU: Inisiatif Keb...
05/08/2026

Jelajah Kebun Dapur Kota Marudu

Kebun Dapur utamakan pelaksanaan, bukan budaya memberi - Jamawi

KOTA MARUDU: Inisiatif Kebun Dapur yang diperkenalkan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) bukan lagi berasaskan konsep bantuan semata-mata, sebaliknya menekankan pelaksanaan terlebih dahulu sebelum peserta yang menunjukkan potensi diberikan sokongan bagi memastikan kadar kejayaan program lebih tinggi.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, pendekatan baharu itu diperkenalkan selepas kajian terhadap program-program terdahulu mendapati kadar kejayaannya hanya sekitar 35 peratus.

"Budaya memberi lebih banyak daripada budaya melaksanakan menyebabkan ada program yang gagal. Kali ini kita mahu mereka melaksanakan dahulu. Apabila sudah menunjukkan kemajuan dan berpotensi, barulah kita bantu dengan lebih menyeluruh," katanya selepas melancarkan Jelajah Kebun Dapur Parlimen Kota Marudu di Dataran Utama, Kota Marudu, hari ini.

Jamawi berkata, Kota Marudu merupakan Parlimen kelapan yang menyertai siri jelajah itu, dengan sasaran untuk menjelajah kesemua 25 kawasan Parlimen di Sabah.

Katanya, program itu bertujuan mendekati masyarakat termasuk petani, penternak, nelayan, penoreh getah serta pemain industri makanan di seluruh negeri, selain memberi penerangan lebih jelas mengenai pelaksanaan Inisiatif Kebun Dapur.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin tempatan yang hadir serta agensi dan jabatan yang mengadakan pameran. Saya berharap pameran dan taklimat ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada masyarakat kerana masih ada yang keliru dan menyangka inisiatif ini hanya sekadar pemberian bantuan seperti program-program terdahulu," katanya.

Jamawi berkata, kementeriannya turut melantik pegawai pertanian daerah dan pegawai kementerian di setiap daerah bagi membantu mengurus serta memantau pelaksanaan kebun dapur.

Beliau berkata, peserta yang menunjukkan prestasi baik akan dibantu mendapatkan pembiayaan termasuk melalui Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) dan Agrobank dengan penyelarasan bersama agensi pembiayaan berkaitan.

Selain itu, katanya, kementerian juga akan melantik mentor dalam kalangan usahawan berjaya bagi membimbing peserta terutama dari segi pengurusan kewangan, akaun dan pentadbiran perniagaan.

"Kita mahu mereka bukan sahaja berjaya menghasilkan produk, tetapi juga mampu mengurus kewangan dengan baik supaya perniagaan terus berkembang dan memperoleh keuntungan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamawi berkata, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM450,000 bagi Pusat Pembenihan Tanaman Buah-buahan di Kota Marudu yang akan dijadikan pusat sehenti pengeluaran bahan tanaman untuk kawasan utara meliputi Kota Marudu, Kudat, Kota Belud dan kawasan sekitarnya.

Beliau berkata, projek itu bukan projek baharu kerana kemudahan tersebut sudah sedia ada di bawah Kerajaan Persekutuan namun memerlukan kerja-kerja penambahbaikan serta penambahan bahan tanaman baharu sebelum dapat beroperasi dengan lebih berkesan.

Mengenai isu BUDI Diesel, Jamawi berkata, Kabinet Negeri telah menerima taklimat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) berhubung rundingan dengan Kementerian Kewangan Persekutuan mengenai cadangan penambahbaikan skim berkenaan.

"Pada peringkat awal, Kabinet telah mengamanahkan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai urus setia untuk berunding dengan Kementerian Kewangan. Mengikut taklimat yang diterima, kementerian memerlukan kira-kira dua hingga tiga minggu lagi untuk memperhalusi cadangan daripada Kerajaan Negeri termasuk cadangan yang dikemukakan oleh kementerian saya.

"Kita berharap akan ada perubahan dan penambahbaikan terhadap BUDI Diesel untuk rakyat Sabah kerana keadaan muka bumi, jarak perjalanan dan rangkaian jalan raya di Sabah berbeza berbanding di Semenanjung," katanya.

Hadir sama Pembantu Menteri MAFFI I dan II, Datuk Haji Ruslan Muharam dan Datuk Hendrus Anding yang juga ADUN Tandek; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah merangkap ADUN Bandau, Datuk Maijol Mahap; Timbalan Setiausaha Tetap I dan III, Awang Dzulkernain Awang Hassan dan Shariffah Aznior J*p; Pegawai Daerah Kota Marudu, Meirin Sugara dan Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt. Simiun Lomidun serta Ketua-ketua jabatan dan agensi MAFFI.

Terdahulu, Jamawi meninjau projek mini estate padi Kg Bengkahak, projek tanaman nanas MD2 Kg Gana dan pusat ternakan lembu yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kota Marudu.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja MAFFI yang menggembleng tenaga menjayakan program ini.

Mari ramai-ramai berkunjung ke Program Jelajah Kebun Dapur Daerah Kota Marudu | 04 Ogos 2026 | Padang Dataran Kota Marud...
31/07/2026

Mari ramai-ramai berkunjung ke Program Jelajah Kebun Dapur Daerah Kota Marudu | 04 Ogos 2026 | Padang Dataran Kota Marudu.

LAWATAN MENTERI MAFFI KE TUARAN Menteri MAFFI, YB Datuk Jamawi Jaafar telah mengadakan lawatan ke projek Jabatan Perikan...
31/07/2026

LAWATAN MENTERI MAFFI KE TUARAN

Menteri MAFFI, YB Datuk Jamawi Jaafar telah mengadakan lawatan ke projek Jabatan Perikanan, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Ko-Nelayan di Tuaran.

Turut hadir Pembantu Menteri I dan II, YB Datuk Haji Ruslan Muharam dan YB Datuk Hendrus Anding; Setiausaha Tetap MAFFI, Datuk Ts Haji Jifrin Haji Mohamad; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-Ketua Jabatan serta para pegawai kementerian.

Lawatan dimulakan di Pusat Semaian Anak Benih LIGS yang menawarkan pelbagai jenis benih buah-buahan pada harga kompetitif.

Rombongan kemudian melawat Pusat Latihan, Pusat Ternakan dan Kolam Pancing Ko-Nelayan di Kampung Laya-Laya, diikuti Pusat Pembenihan Ikan Marin Jabatan Perikanan di kampung yang sama serta Pusat Ternakan Ikan Dalam Sangkar milik Ko-Nelayan di Kampung Terayong.

Turut diadakan ialah Majlis Sanjungan Budi bagi meraikan mantan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI), Datuk Jumain Abdul Ghani, yang kini berpindah ke Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP).



PROGRAM JELAJAH KEBUN DAPUR DAERAH KOTA MARUDU | 04 OGOS 2026 | SEMUA DIJEMPUT BERKUNJUNG TERUTAMA WARGA KOTA MARUDU DAN...
30/07/2026

PROGRAM JELAJAH KEBUN DAPUR DAERAH KOTA MARUDU | 04 OGOS 2026 | SEMUA DIJEMPUT BERKUNJUNG TERUTAMA WARGA KOTA MARUDU DAN DAERAH SEKITAR.

Program Ramah Mesra bersama Jabatan dan Agensi KPKM Inc. Sabah Agensi negeri, Persekutuan perlu saling melengkapi - Jama...
28/07/2026

Program Ramah Mesra bersama Jabatan dan Agensi KPKM Inc. Sabah

Agensi negeri, Persekutuan perlu saling melengkapi - Jamawi

KOTA KINABALU: Kerjasama erat antara jabatan dan agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan pembangunan sektor pertanian, perikanan, penternakan dan agromakanan Sabah dapat dilaksanakan secara lebih berkesan demi manfaat masyarakat tani dan luar bandar.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, pendekatan yang diambil bukan untuk mewujudkan persaingan antara agensi, sebaliknya memastikan setiap pihak saling melengkapi berdasarkan kepakaran dan kemudahan yang dimiliki.

“Kita bukan untuk bersaing tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Ada kemudahan yang mungkin tidak terdapat di jabatan atau agensi negeri tetapi tersedia di agensi Persekutuan, begitu juga sebaliknya.

“Sebagai contoh, kemudahan makmal bagi analisis kandungan nutrien produk, latihan pemprosesan buah-buahan menjadi jus atau makanan kering serta pemprosesan hasil perikanan seperti nugget, fishball dan fishcake boleh dimanfaatkan oleh semua agensi bagi membantu masyarakat tani dan usahawan agro,” katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra bersama Jabatan dan Agensi KPKM Inc. Sabah di sini hari ini.

Jamawi berkata, hasil sesi libat urus itu, semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Persekutuan (KPKM) mencapai persetujuan untuk memperkukuhkan kerjasama supaya segala kemudahan, kepakaran dan fasiliti dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh petani, nelayan, penternak dan masyarakat luar bandar.

Beliau berkata, produk berasaskan hasil pertanian atau perikanan yang memerlukan analisis kandungan nutrien juga boleh dihantar ke makmal berkaitan bagi mendapatkan pengesahan kandungan karbohidrat, sukrosa dan nutrien lain sebelum dipasarkan.

Dalam perkembangan lain, Jamawi berkata, Kerajaan Negeri tetap berpendirian menolak pelaksanaan mekanisme BUDI MySubsidi Diesel sekiranya tiada penambahbaikan dibuat bagi mengambil kira keperluan serta keadaan sebenar di Sabah.

Katanya, perkara itu telah dibawa ke Mesyuarat Kabinet Negeri dua minggu lalu dan kabinet bersetuju supaya pelaksanaan mekanisme berkenaan ditangguhkan sehingga beberapa cadangan penambahbaikan dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kita telah mencadangkan beberapa penambahbaikan yang mengambil kira lokaliti dan keperluan di Sabah, termasuk isu pertukaran nama antara peminjam pertama dan kedua serta kes-kes pembelian secara sambung bayar yang tidak memenuhi syarat pinjaman bank.

“Cadangan ini turut disokong sebulat suara oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri tanpa mengira Kerajaan atau pembangkang. Kita telah memberikan tempoh dua hingga tiga minggu kepada Kementerian Kewangan Persekutuan untuk memberikan maklum balas dan saya yakin akan ada pengumuman baharu dalam tempoh itu,” katanya.

Menurutnya, isu berkenaan amat penting kerana sebahagian besar masyarakat tani di Sabah terkesan dengan pelaksanaan mekanisme tersebut.

Beliau berkata, hasil sesi libat urus bersama industri padi pada sebelah pagi mendapati jentera ladang tidak layak menerima subsidi diesel, menyebabkan kos operasi meningkat antara RM50 hingga RM80 sehektar.

Katanya, keadaan itu menyebabkan terdapat petani yang menangguhkan musim penanaman, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap usaha meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) pengeluaran beras Sabah.

“Kita sedang berusaha meningkatkan SSL beras Sabah, namun isu BUDI MySubsidi Diesel ini boleh melemahkan semangat petani untuk terus mengusahakan sawah.

“Di Semenanjung, harga belian padi ialah RM1.50 sekilogram, tetapi di Sabah masih RM1.30 sekilogram. Kita mahu harga yang sama dinikmati oleh petani Sabah.

“Selain itu, petani di Semenanjung menerima subsidi RM50 bagi kerja menuai padi dan harga belian RM1,500 satu tan. Kita mahu layanan yang sama diberikan kepada petani di Sabah. Beras putih import menerima subsidi, maka beras putih tempatan juga sewajarnya diberikan subsidi. Bagi kita, ini soal keadilan kepada pesawah Sabah,” katanya.

Jamawi berkata, pelbagai cadangan berhubung industri padi turut dipersetujui dalam sesi libat urus membabitkan Jabatan Pertanian Sabah, Lembaga Padi dan Beras Negeri Sabah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kawal Selia Padi, IADA Kota Belud, Lembaga Pertubuhan Peladang, Bernas serta agensi berkaitan.

Katanya, semua cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Persekutuan bagi memastikan dasar berkaitan industri padi mengambil kira keperluan Sabah serta mampu meningkatkan pengeluaran beras negeri pada masa hadapan.

Majlis Penutupan Sukan Muhibbah MAFFISukan Muhibbah MAFFI pupuk budaya kerja berpasukan - JamawiKOTA KINABALU: Menteri P...
28/07/2026

Majlis Penutupan Sukan Muhibbah MAFFI

Sukan Muhibbah MAFFI pupuk budaya kerja berpasukan - Jamawi

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, penganjuran Sukan Muhibbah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) berjaya memperkukuhkan semangat kekitaan, kerjasama serta budaya kerja sihat dalam kalangan warga kementerian, jabatan dan agensinya.

Beliau berkata, temasya sukan itu bukan sekadar platform untuk mencari juara, sebaliknya menjadi medium penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim serta membentuk organisasi yang lebih mantap dan produktif.

"Sesungguhnya, organisasi yang mempunyai hubungan kerja yang erat akan lebih mudah mencapai kecemerlangan kerana setiap anggotanya saling memahami, saling membantu dan berkongsi matlamat yang sama," katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Sukan Muhibbah MAFFI, di Dewan Serbaguna, di sini hari ini.

Menurutnya, Sukan Muhibbah MAFFI mempertandingkan sepuluh acara iaitu badminton, ping pong, dart, carrom, pickleball, futsal, bola tampar, boling, olahraga serta e-sukan yang berjaya menghimpunkan penyertaan daripada semua jabatan dan agensi di bawah MAFFI.

Jamawi turut merakamkan penghargaan kepada urus setia induk, jawatankuasa pengelola, pengadil, urus setia teknikal, sukarelawan serta semua pihak yang menjayakan temasya berkenaan.

Dalam pada itu, Jamawi juga akan menganjurkan perlawanan bola sepak Piala MAFFI mengikut kategori bagi merancakkan lagi aktiviti sukan kementerian.

Beliau berkata, komitmen yang ditunjukkan membuktikan warga MAFFI bukan sahaja cemerlang dalam melaksanakan tugas rasmi, malah mampu bekerjasama dengan baik dalam menjayakan program yang menyatukan seluruh warga kementerian.

"Saya berharap semangat kesukanan yang dipupuk sepanjang temasya ini akan terus diterjemahkan dalam budaya kerja harian dengan bekerja sebagai satu pasukan, saling menyokong, saling menghormati dan sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi serta rakyat yang kita berkhidmat," katanya.

“Kelmarin, saya bersama Setiausaha Tetap Kementerian yang baru, Datuk Jifrin Mohammad melawat dicadangkan sebagai tapak meletak kereta bagi kemudahan pelanggan (para petani, penoreh getah, nelayan dah lain-lain) ke pejabat kementerian.”

Jamawi bersama dengan Setiausaha Tetap juga mengadakan tinjauan kafeteria dalam usaha menambah baik premis berkenaan demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua yang berkunjung ke bangunan Kementerian.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang muncul juara serta menyifatkan setiap peserta sebagai pemenang kerana berani menyahut cabaran dan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.

Jamawi berharap Sukan Muhibbah MAFFI diteruskan sebagai acara tahunan kerana manfaatnya bukan sahaja kepada kesihatan fizikal warga kerja, malah dalam membentuk budaya organisasi yang positif, harmoni dan produktif, di samping memperkukuhkan semangat muhibbah serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat Sabah.

Terdahulu, Jamawi mempengerusikan sesi libat urus hala tuju dan kerjasama strategik industri padi dan beras di Sabah dan seterusnya menghadiri mesyuarat bersama dengan Sekretariat Sabah Maju Jaya yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai.

27/07/2026

Cadangan mewujudkan kawasan Kebun Dapur MAFFI dan tempat meletak kenderaan bakal dinaik taraf.

Menteri MAFFI YB Datuk Jamawi Jaafar, Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Ts. Haji Jifrin Haji Mohammad, Pegawai kementerian dan juga pihak pemaju mengadakan lawatan ke tapak yang dicadangkan dan telah bermesyuarat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), MAFFI hari ini.

Semoga usaha ini di permudahkan..




Address

Kota Kinabalu
88624

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6088283654

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah:

Shortcuts

Share