04/02/2026
PAMERAN | Jelajah Info Busking PENTARAMA JAPEN Sabah x Info On Wheel (IOW)
Pihak BKVS JAPEN Sabah telah menyertai satu pameran sempena Program Jelajah Info Busking PENTARAMA JAPEN Sabah x Info On Wheel (IOW) yang berlangsung di Dataran Deasoka, Gaya Street, Kota Kinabalu pada 31 Januari 2026 (Sabtu).
Pameran ini bertujuan membantu Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN) dalam penyampaian risalah dan maklumat kerajaan kepada orang ramai, selain memantapkan penyampaian dari segi penampilan, pementasan dan pengedaran maklumat secara lebih berkesan.
Pasukan jurufoto turut terlibat dalam pengambilan gambar bagi merakam dan merangkum perjalanan program sebagai dokumentasi rasmi.
Melalui pendekatan kreatif dan kerjasama strategik, BKVS JAPEN Sabah terus komited memastikan penyampaian maklumat kerajaan disampaikan dengan jelas, berkesan dan memberi impak kepada masyarakat.