5 KOMP KPD

5 KOMP KPD Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from 5 KOMP KPD, Armed forces, 5 Komp Ang KPD, Kota Kinabalu.

MENONTON PERBARISAN SEMPENA HARI TENTERA DARAT (HTD) KE-93 SECARA LIVE STREAMINGKOTA KINABALU: 5 Kompeni Angkut KPD tela...
04/04/2026

MENONTON PERBARISAN SEMPENA HARI TENTERA DARAT (HTD) KE-93 SECARA LIVE STREAMING

KOTA KINABALU: 5 Kompeni Angkut KPD telah menonton Perbarisan Perutusan sempena Sambutan Hari Tentera Darat (HTD) Ke-93 secara live streaming bertempat di Bilik Kuliah Pasukan pada 4 April 2026.

Dalam perutusan tersebut, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan bin Haji Md Othman menegaskan fokus pembangunan keupayaan Tentera Darat yang merangkumi aspek kepimpinan, anggota, organisasi, doktrin, kewangan, aset dan latihan (PAODKAL).

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada veteran, anggota lama serta mereka yang telah gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara. Di samping itu, beliau menekankan kepentingan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan rakyat.

Sambutan Hari Tentera Darat Ke-93 pada tahun ini bertemakan “Kemahuan untuk Menang: Pemangkin Keperkasaan Tentera Darat.”

Acara menonton perutusan ini telah dihadiri oleh Pegawai Pemerintah 5 Kompeni Angkut KPD, Mejar Mohd Faris bin Zulkifli, dan disertai oleh pegawai serta anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di pasukan.

Oleh: Kpl Eninuwell ak Ringo.
Gambar: Pbt Muhamad Sharul Idham bin Ahmad Imran.

PERBARISAN PENGHARGAAN PANGLIMA 5 BRIGEDKOTA KINABALU – Perbarisan Penghargaan Panglima 5 Briged Brigedier Jeneral Datuk...
02/04/2026

PERBARISAN PENGHARGAAN PANGLIMA 5 BRIGED

KOTA KINABALU – Perbarisan Penghargaan Panglima 5 Briged Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zamri bin Abdullah telah diadakan di padang kawad 5 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja pada 1 April 2026. Kehadiran delegasi formasi tertinggi ini disambut dengan penuh istiadat melalui kawalan kuarter.

Tirai lawatan dibuka dengan perbarisan penghargaan yang terdiri daripada 5 Pegawai dan 108 anggota Lain-Lain Pangkat,telah mempamerkan keutuhan disiplin dan kesegakan anggota, disusuli dengan upacara pemakaian pangkat sebagai pengiktirafan kepada mereka yang telah memberikan mutu perkhidmatan terbaik.

Perbarisan ini melibatkan 3 detasmen iaitu pasukan 5 SSB, 5KPD, 5 Wksp Bgd dan Kem 5 Bgd. Penganjuran perbarisan ini menzahirkan apresiasi kepimpinan daripada warga pasukan dalam mengukuhkan kebersamaan organisasi, selain menjadi wadah memperteguh jati diri anggota agar terus memberikan komitmen terbaik dalam melaksanakan amanah pertahanan negara.




SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI TADBIR 5 KOMPENI ANGKUT KOR PERKHIDMATAN DIRAJAKOTA KINABALU - Serah menyerah Pegawai Tadbir ...
02/04/2026

SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI TADBIR 5 KOMPENI ANGKUT KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KOTA KINABALU - Serah menyerah Pegawai Tadbir pasukan 5 Kompeni Angkut KPD telah dilaksanakan di pejabat Pegawai Pemerintah pada 2 April 2026. Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas diantara Lt Nik Luqman Hakim bin Muhammad kepada Lt Muhamad Huzairi bin Budjang selaku Pegawai Tadbir pasukan yang baharu disaksikan oleh Mejar Mohd Faris bin Zulkifli selaku Pegawai Pemerintah, 5 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Lt Nik Luqman Hakim bin Muhammad atas khidmat bakti beliau sepanjang berada di 5 Kompeni Angkut, KPD.


21/03/2026
HARI KELUARGA 5 KOMPENI ANGKUT KOR PERKHIDMATAN DIRAJAKOTA KINABALU: 5 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja telah meng...
09/02/2026

HARI KELUARGA 5 KOMPENI ANGKUT KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KOTA KINABALU: 5 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga pada 7 Februari 2026 bertempat di AA Campsite, Kg Bolotikon, Papar, Sabah.

Acara dimulakan dengan gimik perasmian yang telah disempurnakan oleh Mej Mohd Faris bin Zulkifli Pegawai Pemerintah 5 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja.

Terdapat pelbagai acara sukaneka yang menarik melibatkan warga pasukan, ahli BAKAT dan anak-anak. Majlis turut diselang-selikan dengan cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi suasana warga 5 Kompeni Angkut KPD.

Dengan adanya aktiviti seperti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim kekeluargaan antara warga. Semoga aktiviti Hari Keluarga yang dilaksanakan ini dapat mewujudkan interaksi positif antara ahli keluarga dan kesemua warga 5 Kompeni Angkut KPD.



PERBARISAN PEGAWAI TADBIR 5 KOMPENI ANGKUT KOR PERKHIDMATAN DIRAJAKOTA KINABALU: Seramai 3 Pegawai dan 53 anggota Lain-L...
06/02/2026

PERBARISAN PEGAWAI TADBIR 5 KOMPENI ANGKUT KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

KOTA KINABALU: Seramai 3 Pegawai dan 53 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Perbarisan Pegawai Tadbir 5 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja yang telah dilaksanakan di Padang Kawad Pasukan pada 6 Februari 2026.

Perbarisan yang diketuai oleh KSM, PW II Paul Russel anak Disen dimulakan dengan nyanyian lagu Kor Perkhidmatan Diraja dan seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Lt Nik Luqman Hakim bin Muhammad selaku Pegawai Tadbir Pasukan.

Perbarisan ini merupakan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) yang menekankan aspek disiplin dan keseragaman anggota untuk memperkukuh kepimpinan serta keutuhan warga pasukan.



PERBARISAN KOMPENI SARJAN MEJAR 5 KOMPENI ANGKUT KOR PERKHIDMATAN DIRAJA TAHUN 2026Lok Kawi, 05 Feb 26 - Seramai 44 angg...
05/02/2026

PERBARISAN KOMPENI SARJAN MEJAR 5 KOMPENI ANGKUT KOR PERKHIDMATAN DIRAJA TAHUN 2026

Lok Kawi, 05 Feb 26 - Seramai 44 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam perbarisan Kompeni Sarjan Mejar yang bertempat di hadapan Markas 5 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja. Perbarisan ini telah diketuai oleh Sjn Raji bin Metius.

Acara dimulakan dengan ketibaan Yang Dihormati PW II Paul Russel anak Disen selaku KSM 5 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja.

Perbarisan ini penting sebagai lambang peranan KSM dalam mengekalkan rejimental dan keharmonian sesama anggota dalam pasukan.

BERKHIDMAT KEPADA SEMUA

PERBARISAN HARI ULANG TAHUN PASUKAN 5 KOMPENI ANGKUT KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE-62KOTA KINABALU, 19 Dis 25: Sempena memp...
19/12/2025

PERBARISAN HARI ULANG TAHUN PASUKAN 5 KOMPENI ANGKUT KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE-62

KOTA KINABALU, 19 Dis 25: Sempena memperingati tarikh penubuhan pasukan pada 1 Dis 1963, 5 Kompeni Angkut KPD telah melaksanakan Perbarisan Hari Ulang Tahun Pasukan (HUT) yang ke-62 di Padang Kawad Pasukan pada 19 Dis 2025.

Perbarisan ini diketuai oleh Lt Nik Luqman Hakim bin Muhammad. Perbarisan telah dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Mej Mohd Faris bin Zulkifli Pegawai Pemerintah 5 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja. Seramai 3 Pegawai dan 42 Anggota LLP terlibat didalam perbarisan tersebut.

Majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil dan doa sempena Hari Ulang Tahun 5 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja yang ke-62 di Surau Ar-Rahman. Majlis diteruskan dengan Jamuan Makan yang diserikan dengan acara memotong pulut kuning bagi Sambutan HUT 5 Kompeni Angkut KPD. Pada majlis yang sama, Pegawai Pemerintah turut mengingatkan anggota untuk terus menjaga mutu kerjaya dan sentiasa berdisiplin seiring semangat setiakawan, integriti dan profesionalisme demi kecemerlangan pasukan yang berterusan.





Oleh: Kpl Eminuwell Anak Ringo
Gambar: Pbt Muhammad Shahrul Idham bin Ahmad Amran

MESYUARAT KEBAJIKAN 5 KOMPENI ANGKUT KPD SIRI 2/2025KOTA KINABALU: Pasukan 5 Kompeni Angkut KPD telah mengadakan Mesyuar...
23/10/2025

MESYUARAT KEBAJIKAN 5 KOMPENI ANGKUT KPD SIRI 2/2025

KOTA KINABALU: Pasukan 5 Kompeni Angkut KPD telah mengadakan Mesyuarat Kebajikan Siri 2/2025 pada 15 Oktober 2025 bertempat di Bilik Kuliah Pasukan.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pegawai Pemerintah, Kapten Mohd Faris bin Zulkifli. Dalam ucapan alu-aluan beliau, Kapten Mohd Faris menyatakan harapan agar mesyuarat ini dapat menjadi ruang untuk anggota pasukan membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan, sama ada melibatkan kerja atau kehidupan peribadi.

Mesyuarat Kebajikan diadakan bagi memberi peluang kepada anggota menyuarakan pandangan serta mengemukakan cadangan demi menjaga kebajikan pasukan dan kesejahteraan keluarga.

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah kemudahan pentadbiran harian, pelaksanaan aktiviti pasukan, serta maklumbalas terhadap cadangan dalam mesyuarat yang lepas. Cadangan dan usul baharu daripada anggota turut diberi perhatian dan akan diambil tindakan sewajarnya.



PERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) ANGGOTA LAIN - LAIN PANGKAT 5 ...
23/10/2025

PERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) ANGGOTA LAIN - LAIN PANGKAT 5 KOMPENI ANGKUT KPD

KOTA KINABALU - Seramai 2 Peg dan 68 LLP telah terlibat dalam Perbarisan Pegawai Pemerintah 5 Kompeni Angkut KPD pada 15 Oktober 2025 di Padang Kawad pasukan. Perbarisan ini diketuai oleh Pegawai Tadbir, Lt Nik Luqman Hakim bin Muhammad.

Perbarisan dimulakan dengan ketibaan Pegawai Pemerintah 5 Kompeni Angkut KPD, Kapt Mohd Faris bin Zulkifli dan disusuli dengan nyanyian lagu Kor Perkhidmatan Diraja. Seterusnya, acara diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan dan penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) oleh Pegawai Pemerintah kepada 8 anggota lain-lain pangkat yang terpilih.

Akhir sekali, perbarisan ini diakhiri dengan acara bergambar anggota 5 Kompeni Angkut KPD bersama Pegawai Pemerintah.



Address

5 Komp Ang KPD
Kota Kinabalu
88200

Telephone

+6088516665

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 5 KOMP KPD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to 5 KOMP KPD:

Share

Category