Pejabat Belia Dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai Barat

Pejabat Belia Dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai Barat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Belia Dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai Barat, Government Organization, PEJABAT BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) BAHAGIAN PANTAI BARAT, WISMA PANDU PUTERI, SEMBULAN, Jalan TUNKU ABDUL RAHMAN, Kota Kinabalu.

Pejabat ini telah diwujudkan pada Januari 1987

Pejabat ini telah memulakan operasi di Wisma Pandu Puteri, Jalan Mat Salleh, Peti Surat 14486, 88851 Kota Kinabalu

Sehingga hari ini, Pejabat telah bertapak di bangunan Wisma Pandu Puteri selama 30 tahun.

πŸ”₯ AYUH SERTAI! BELIA BEBAS HUTANG @ RAKAN MAHIR πŸ”₯πŸ’° Nak belajar urus kewangan dengan lebih bijak?πŸ’‘ Nak tahu cara merancan...
19/08/2026

πŸ”₯ AYUH SERTAI! BELIA BEBAS HUTANG @ RAKAN MAHIR πŸ”₯

πŸ’° Nak belajar urus kewangan dengan lebih bijak?

πŸ’‘ Nak tahu cara merancang perbelanjaan, simpanan dan pelaburan?

πŸš€ Nak elak daripada terjebak dengan hutang berlebihan?

Jom sertai Program Belia Bebas Hutang @ Rakan Mahir Peringkat Negeri Sabah! 🎯

πŸ“… 4 September 2026 (Jumaat)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

✨ Pengisian utama:
1️⃣ Sesi Perkongsian
2️⃣ Simulasi Pengurusan Kewangan
3️⃣ Konsultasi Kewangan

πŸ’ͺ Tingkatkan ilmu, kemahiran dan keyakinan mengurus kewangan supaya lebih bersedia menghadapi masa depan!

πŸ“² Tempat adalah terhad!
Imbas Kod QR pada poster untuk pendaftaran.










Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Sabah
Rakan Muda
belia.my

PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI PERKASA KEPIMPINAN BELIA PANTAI BARATPUTATAN, 16 Ogos 2026 – Program Pengurusan Organisasi...
17/08/2026

PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI PERKASA KEPIMPINAN BELIA PANTAI BARAT

PUTATAN, 16 Ogos 2026 – Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Bahagian Pantai Barat bagi tahun 2026 telah dilaksanakan pada 14 hingga 16 Ogos 2026 bertempat di di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dengan penyertaan seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada belia di sekitar Bahagian Pantai Barat.

Antara objektif utama program adalah untuk membangunkan dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kepimpinan belia melalui latihan dan pengalaman praktikal. Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan mengenai kaedah pengurusan dan kepimpinan organisasi yang berkesan, kemahiran komunikasi, penyediaan kertas kerja program dan kewangan di samping tugasan kumpulan yang merangkumi nilai patriotisme, kerjasama dan kaedah penyelesaian masalah.

Pelaksanaan program ini turut mengambil kira penguatkuasaan Transisi Umur Belia yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, sekali gus memberi ruang kepada golongan belia untuk memperkukuh kemahiran serta mempersiapkan diri sebagai barisan pelapis kepimpinan belia pada masa hadapan.

Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini dilaksanakan melalui lima (5) modul utama iaitu elemen yang memberi penekanan kepada aspek kepimpinan dan pengenalan kepada pengurusan organisasi serta beberapa elemen penting lain yang berkaitan dengan penyediaan dokumentasi dan pembangunan organisasi belia.
Selain aspek pengurusan organisasi, peserta turut diberikan pendedahan berkaitan dasar dan polisi pembangunan belia bagi membantu mereka memahami peranan serta tanggungjawab sebagai pemimpin dan penggerak belia di peringkat akar umbi.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Puan Dayangku Rahimah binti Pg Hassan, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, yang mewakili Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah. Turut hadir bersama ialah Encik Mohd Rizuan bin Majid, Pegawai Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah, serta Encik Zainudin bin Atin, Unit Hal Ehwal Pelajar, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut.

Program PPO ini diharapkan dapat melahirkan belia yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan dalam pengurusan organisasi, malah berupaya memimpin dengan lebih yakin, berkomunikasi secara berkesan serta memainkan peranan aktif dalam pembangunan masyarakat dan negara.








Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Sabah
JBSNegara
Rakan Muda
belia.my

KURSUS KAYAK STAR TWO PERINGKAT ZON SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2026 LABUAN, 9 Ogos 2026 – Kursu...
10/08/2026

KURSUS KAYAK STAR TWO PERINGKAT ZON SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2026

LABUAN, 9 Ogos 2026 – Kursus Kayak Star Two Peringkat Zon melibatkan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2026 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa, Wilayah Persekutuan Labuan dengan penyertaan seramai 32 orang peserta, terdiri daripada 20 lelaki dan 12 wanita.

Kursus yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kanu Negeri Sabah dan Persatuan Kanu Labuan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam teknik pengendalian kayak mengikut standard Kayak Star Two, di samping memperkukuhkan aspek keselamatan, pengurusan risiko dan prosedur menyelamat ketika menjalankan aktiviti berkayak.

Penganjuran kursus ini turut memberi penekanan kepada pembentukan penggiat sukan kayak yang kompeten, berdisiplin dan berkeyakinan, khususnya dalam mengendalikan aktiviti rekreasi air secara selamat dan bertanggungjawab.

Selain peningkatan kemahiran teknikal, kursus ini menjadi platform untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama dan perkongsian ilmu antara peserta, jurulatih serta persatuan kayak dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Inisiatif ini selaras dengan usaha memperkasa pembangunan sukan rekreasi air serta melahirkan lebih ramai penggiat dan jurulatih kayak yang berkualiti di Malaysia.

Semoga pelaksanaan kursus ini dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan sukan kayak di peringkat zon serta membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk menceburi aktiviti rekreasi air dengan pengetahuan, kemahiran dan tahap keselamatan yang lebih baik.








Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Sabah
Rakan Muda
belia.my

πŸ”₯ JOM SERTAI PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT 2026! πŸ”₯Ingin meningkatkan kemahiran kep...
02/08/2026

πŸ”₯ JOM SERTAI PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT 2026! πŸ”₯

Ingin meningkatkan kemahiran kepimpinan, pengurusan organisasi dan membina rangkaian bersama belia dari seluruh Bahagian Pantai Barat? Inilah peluang anda!

πŸ“… Tarikh: 14–16 Ogos 2026
πŸ“Tempat: Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah
πŸ‘₯ Penyertaan: Terhad kepada 30 orang sahaja
Kategori Umur: 15 hingga 30 Tahun
Tarikh Akhir Pendaftaran: 13 Ogos 2026 (Bergantung kepada kekosongan)

πŸ’― PERCUMA termasuk penginapan dan makan minum sepanjang program.

✨ Apa yang anda akan peroleh?

βœ… Kemahiran kepimpinan & pengurusan organisasi
βœ… Perancangan strategik dan inovasi
βœ… Jaringan serta perkongsian pengalaman
βœ… Sijil penyertaan

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar sekarang! Jangan lepaskan peluang menjadi pemimpin muda yang berwawasan, berdaya saing dan bersedia membawa perubahan kepada komuniti.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan: 088-230942 / 0168136076








Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Sabah
Rakan Muda
belia.my

Terima kasih
02/08/2026

Terima kasih

Terima kasih atas penyertaan...Jumpa nanti...
01/08/2026

Terima kasih atas penyertaan...

Jumpa nanti...

πŸ† LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI SABAH 202625 Julai 2026 | Kompleks Sukan Tun Adnan, Yayasan SabahTahniah diucapka...
28/07/2026

πŸ† LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI SABAH 2026

25 Julai 2026 | Kompleks Sukan Tun Adnan, Yayasan Sabah

Tahniah diucapkan kepada kontinjen Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat atas kejayaan cemerlang dalam Liga Sukan Peringkat Negeri Sabah 2026 yang telah berlangsung pada 25 Julai 2026 di Kompleks Sukan Tun Adnan, Yayasan Sabah.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah ini telah menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh negeri Sabah untuk bersaing dalam semangat kesukanan, perpaduan dan kecemerlangan.

🏐 Keputusan Kontinjen PBS(P) Bahagian Pantai Barat

🏐 Bola Jaring
πŸ₯ˆ Pantai Barat B – Naib Juara
πŸ₯‰ Pantai Barat A – Tempat Ketiga Bersama

🏐 Bola Tampar Lelaki
πŸ₯ˆ Pantai Barat A – Naib Juara
πŸ₯‰ Pantai Barat B – Tempat Ketiga Bersama

⚽ Futsal Lelaki
πŸ₯‡ Pantai Barat A – Juara
πŸ₯‰ Pantai Barat B – Tempat Ketiga Bersama

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, disiplin dan semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh semua atlet, jurulatih serta pegawai kontinjen sepanjang kejohanan berlangsung.

Syabas dan tahniah kepada seluruh** pasukan yang mewakili Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat** atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan dalam arena sukan pada masa hadapan.









Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
Rakan Muda
belia.my
Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Sabah

RAKAN PRIHATIN: MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA (SOSIAL & PASCA BENCANA) PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT GIATKAN AKTIV...
28/07/2026

RAKAN PRIHATIN: MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA (SOSIAL & PASCA BENCANA) PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT GIATKAN AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT

INANAM, 19 JULAI 2026 – Baru-baru ini seramai 56 orang telah menyertai Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda 2026 (Sosial & Pasca Bencana) Peringkat Bahagian Pantai Barat siri 1 yang telah diadakan di Kampung Warisan, Inanam.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dengan kerjasama Kelab Belia Bukit Padang, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Warisan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Warisan serta Skim Rondaan Sukarelawan (SRS).

Penganjuran program ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan, kerjasama dan keprihatinan sosial dalam kalangan belia serta menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam usaha meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.

Antara aktiviti utama yang dilaksanakan ialah gotong-royong mengecat taman permainan kanak-kanak di kawasan kampung tersebut. Aktiviti ini berjaya menceriakan semula kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan penduduk setempat, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, bersih dan kondusif untuk kegunaan kanak-kanak.

Melalui program ini, para peserta bukan sahaja berpeluang menyumbangkan tenaga dan khidmat bakti kepada masyarakat, malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerja berpasukan serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, pertubuhan belia dan komuniti setempat.

Diharapkan program seumpama ini akan terus dilaksanakan pada masa hadapan bagi melahirkan lebih ramai belia yang aktif, prihatin dan berjiwa sukarelawan, selaras dengan aspirasi pembangunan masyarakat yang mampan dan sejahtera.








Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Sabah
Rakan Muda
belia.my

πŸš£β€β™€οΈ KURSUS KAYAK STAR TWO PERINGKAT ZON (SABAH, SARAWAK & LABUAN) 2026 πŸš£β€β™‚οΈAnda sudah memiliki Sijil Kayak Star One dan...
26/07/2026

πŸš£β€β™€οΈ KURSUS KAYAK STAR TWO PERINGKAT ZON (SABAH, SARAWAK & LABUAN) 2026 πŸš£β€β™‚οΈ

Anda sudah memiliki Sijil Kayak Star One dan ingin meningkatkan kemahiran ke tahap seterusnya? Inilah peluang terbaik untuk anda!

πŸ“… Tarikh: 7 – 9 Ogos 2026
πŸ“ Tempat: Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan

βœ… Syarat Penyertaan: β€’ Warganegara Malaysia
β€’ Lulus Kursus Kayak Star One

πŸ“Œ Kemudahan: βœ”οΈ Penginapan dan makan minum disediakan
βœ”οΈ Pengangkutan adalah tanggungan peserta sendiri

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi: En. Hazreen πŸ“ž 014-5883558

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kemahiran berkayak, menimba pengalaman baharu dan membina jaringan bersama peserta dari Sabah, Sarawak dan Labuan.

Tempat adalah terhad. Daftar sekarang! πŸ’ͺ🌊









Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
Rakan Muda
belia.my

PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT BINCANG AGENDA PEMBANGUNAN BELIAKOTA ...
26/07/2026

PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT BINCANG AGENDA PEMBANGUNAN BELIA

KOTA KINABALU, 24 Julai 2026 – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat UTC, Menara UTC, Kota Kinabalu, hari ini dengan kehadiran seramai 66 orang ahli majlis yang terdiri daripada wakil agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan, wakil belia Daerah-Daerah dan pemerhati.

Persidangan tersebut dipengerusikan oleh Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi) mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.

Dalam persidangan ini, wakil belia daripada beberapa Daerah telah membawa usul berkaitan pembangunan belia dan seterusnya wakil agensi-agensi yang hadir turut memberi maklum balas serta cadangan dan hala tuju yang lebih fokus kepada pembangunan belia khususnya di bahagian Pantai Barat, dan Sabah umumnya

Lima (5) usul telah dibentangkan dalam persidangan kali ini meliputi pendidikan, kepimpinan, pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan, perpaduan, perlindungan dan keselamatan belia serta kemajuan sukan dan gaya hidup.

MPBN merupakan platform rasmi perbincangan belia tertinggi di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Platform ini berperanan sebagai medan libat urus utama yang membolehkan pemimpin belia menyuarakan pandangan, mengemukakan isu semasa serta mencadangkan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia kepada kerajaan.

Antara fungsi utama MPBN ialah menghubungkan pemimpin pertubuhan belia di peringkat negeri dan kebangsaan dengan wakil kementerian serta agensi kerajaan, membahaskan usul-usul berkaitan pembangunan, kebajikan dan masa depan golongan muda, serta memperkukuhkan mekanisme persidangan yang diadakan sebanyak dua kali setahun bagi memastikan setiap isu semasa belia dapat ditangani secara berterusan.

Pelaksanaan persidangan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasakan suara belia melalui perbincangan yang konstruktif dan inklusif, sekali gus memastikan aspirasi generasi muda terus diberi perhatian dalam perancangan pembangunan negara.








Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
Rakan Muda
belia.my

Address

PEJABAT BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) BAHAGIAN PANTAI BARAT, WISMA PANDU PUTERI, SEMBULAN, Jalan TUNKU ABDUL RAHMAN
Kota Kinabalu
88851

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088230942

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia Dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai Barat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia Dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai Barat:

Shortcuts

Share