20/07/2026
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izinNya Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu berjalan dengan lancar pada 18/07/2026.
Majlis dimulakan dengan Mesyuarat Persidangan Perwakilan yg turut dihadiri oleh Wakil Negeri Saudara Mohd Hafizul Hafizie merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putatan, Wakil Bahagian Tuan Mohd Saidil, Tuan Mursidin dan Tuan Zainie, AJK Pemuda Bahagian serta perwakilan yang hadir. Semangat membara yang ditunjukkan oleh perwakilan telah memperlihatkan bahawa UMNO masih relevan dalam kalangan anak muda. Alhamdulillah 🤲🏻
Usai Mesyuarat Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO, Majlis diteruskan dengan upacara perasmian yg dirasmikan oleh Ybhg Datuk Ir Abdul Aziz Julkarnain Setiausaha Politik TPM 1 merangkap Pengarah Strategik BN Sabah. Ucapan yg menyentuh jiwa setiap perwakilan yang telah membangkitkan semangat juang anak muda. Terima Kasih Ybhg Datuk kerana sudi hadir untuk merasmikan Persidangan Perwakilan Sayap Pemuda pada tahun ini. 💪🏻🫡
Agenda Rumah Bangsa ini akan diperkasakan agar penyertaan masyarakat drpd pelbagai lapisan umur ini dapat ditingkatkan.
Pergerakan Pemuda UMNO Kota Kinabalu juga ingin merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada Datuk Hj Mohd Hasnol Mohd Ayub, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Penampang yang membantu dan sudi hadir singgah ke persidangan Pemuda UMNO Kota Kinabalu. Pemuda UMNO Kota Kinabalu juga ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Hjh Musliati Moslimin diatas ucapan tahniah dan bantuan di persidangan Pemuda ini.
“Ini Rumah Pemuda, Kita Buat Cara Kita”