28/08/2026
πππ ππππππ πππππ ππππ πππππππππ πππππππππππ "ππππππ ππππππ" πππππ πππππππ ππππππ
βPAPAR, 17 Ogos 2026 - Stesen Penguatkuasa Kimanis telah menyita sebuah kenderaan perdagangan dumper tipper dalam operasi rondaan rutin yang dijalankan di sekitar Jalan Pan Borneo KimanisβPapar bagi mempergiatkan penguatkuasaan terhadap pematuhan undang-undang jalan raya dan memastikan keselamatan pengguna sentiasa menjadi keutamaan.
βHasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut beroperasi dalam keadaan yang membahayakan keselamatan orang awam serta melanggar pelbagai Akta Pengangkutan Jalan.
Hasil pemeriksaan mendapati :
βοΈ Kenderaan dipandu oleh seorang lelaki (PEWA) yang tidak memiliki sebarang lesen memandu serta tiada Lesen Vokasional (GDL) yang sah.
βοΈ Kenderaan tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM), insurans, permit sah serta gagal mematuhi syarat pemeriksaan berkala Puspakom.
βTindakan tegas telah diambil dengan menyita kenderaan mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan 16 keping saman (JPJ (P) 22 dan ALPKP kepada pemandu dan juga pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan lalu lintas. Selain itu, notis sita juga telah dikeluarkan di tempat kejadian dan kenderaan tersebut telah ditahan sepenuhnya.
JPJ Negeri Sabah menegaskan bahawa tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana pihak yang mengambil mudah aspek keselamatan dan undang-undang jalan raya. Orang ramai dan para pengusaha kenderaan perdagangan dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan demi kesejahteraan dan keselamatan bersama di lebuh raya.
ππππ’π πππ πππππππ’π‘π πππππ π ππ πππ πππ ππ π½ππ½ ππππππ ππππβ π’ππ‘π’π π ππππππ ππππππππ π π‘ππππππ
Facebook: https://shorturl.at/YnAjg
Instagram: https://shorturl.at/BLebO
Tik Tok: https://shorturl.at/Vd46X
TwitterX: https://rb.gy/2ihz7l
Youtube: https://shorturl.at/RCLKB
πππ π, πππ‘ππ€π, πΎππ’ππππ© & πππππ!