5 SKN RAJD

5 SKN RAJD SKUADRON KE-5
REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA
KEM LOK KAWI
88200 KOTA KINABALU
SABAH
(1)

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT SKUADRON KELIMA REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJAKEM LOK KAWI, 15 Apr 26 ...
18/04/2026

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT SKUADRON KELIMA REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA

KEM LOK KAWI, 15 Apr 26 – Majlis Pemakaian Pangkat telah diadakan pada 15 Apr 26 bertempat di Rumah Bakat 5 Skn RAJD, Kem Lok Kawi, Sabah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah Pasukan, Mejar Ahmad Ezril bin Ibrahim sebagai tanda pengiktirafan terhadap usaha, komitmen dan prestasi anggota yang terlibat.

Seramai 2 x anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dinaikkan pangkat dalam majlis ini. Pemakaian pangkat dari Staf Sarjan ke Pegawai Waran 2, 1166985 Pemangku Pegawai Waran 2 Mohd Ridzuan bin Ab Rahman dan pemakaian pangkat dari Koperal ke Pemangku Sarjan, 1185849 P/Sjn Mohamad Shahrul Naim bin Mohd Idris telah dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Majlis diserikan dengan bacaan doa oleh LKpl Mohammad Shazril bin Saari dan seterusnya jamuan ringan. Semoga majlis ini menjadi pemangkin semangat kepada anggota yang menerima kenaikan pangkat serta seluruh warga pasukan untuk terus berkhidmat dengan berdedikasi dan bertanggungjawab serta lebih cemerlang dalam kerjaya pada masa akan datang.


MAJLIS BACAAN YASIN DAN PEMBUKAAN AKTIVITI BAKAT SKUADRON KE-5 REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA TAHUN 2026KEM LOK KAWI, 12 ...
16/04/2026

MAJLIS BACAAN YASIN DAN PEMBUKAAN AKTIVITI BAKAT SKUADRON KE-5 REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA TAHUN 2026

KEM LOK KAWI, 12 April 2026 – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 5 Skn RAJD telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Pembukaan Aktiviti BAKAT Pasukan Tahun 2026 dengan penuh tertib, harmoni dan semangat kebersamaan. Program ini merupakan sesi pembukaan kepada pelaksanaan aktiviti tahunan BAKAT dan telah berlangsung di Bilik Gerakan 5 Skn RAJD. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Dr. Noor Hidayah binti Che Lah selaku Pengerusi BAKAT 5 Skn RAJD. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin sebagai tanda memohon keberkatan, keredhaan dan rahmat Allah SWT agar segala perancangan serta aktiviti sepanjang tahun 2026 dipermudahkan, dilindungi dan berjalan dengan lancar serta penuh manfaat.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan di Rumah BAKAT 5 Skn RAJD serta sesi perkongsian yang bertajuk “Kenali Toxic Circle, Lindungi Diri, Bijak Memilih Circle yang Sihat!” yang telah disampaikan oleh Pengerusi BAKAT. Dalam perkongsian tersebut, beliau menekankan bahawa ahli BAKAT perlu sentiasa menjaga emosi diri agar kekal kuat, tenang dan bijaksana dalam menghadapi cabaran kehidupan. Beliau turut mengingatkan bahawa setiap ahli perlu berusaha menjadi wanita yang hebat dengan memiliki visi dan misi hidup yang jelas, sentiasa berfikiran positif, serta mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya dalam bidang masing-masing. Di samping itu, ahli BAKAT juga disaran untuk menjadi isteri yang hebat sebagai sumber kekuatan dan sokongan kepada suami, serta menjadi ibu yang hebat dalam mendidik anak-anak agar membesar sebagai insan yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama sebagai simbol perpaduan, kerjasama dan semangat kebersamaan yang utuh dalam kalangan ahli BAKAT.


LATIHAN MOBILE TRAINING TEAM COUNTER IMPROVISED EXPLOSIVE DEVICE (MTT C-IED) KTJ 5 DIVISYEN TAHUN 2026KEM LOK KAWI, 6 Ap...
09/04/2026

LATIHAN MOBILE TRAINING TEAM COUNTER IMPROVISED EXPLOSIVE DEVICE (MTT C-IED) KTJ 5 DIVISYEN TAHUN 2026

KEM LOK KAWI, 6 Apr 26: 5 Skn RAJD telah melaksanakan Latihan Mobile Training Team Counter Improvised Explosive Device (MTT C-IED). Seramai 1 x Pegawai dan 11 x LLP daripada Kumpulan Tim C-IED pasukan 5 Skn RAJD mengikuti latihan ini. Turut terlibat dalam latihan ini adalah Jurulatih dari 91 Rej Bantuan RAJD terdiri daripada 2 x Peg dan 7 x LLP.

Latihan yang diadakan ini bertujuan untuk menguji keupayaan kesiapsiagaan anggota dari Kor RAJD dalam menghadapi ancaman IED yang boleh berlaku di dalam KTJ 5 Divisyen. Latihan ini mengambil masa selama 7 hari dengan pendedahan cara mengoperat peralatan (C-IED) dan taktik, teknik dan prosedur semasa mengendalikan ancaman IED. Latihan dimulai dengan Kelas Teori CIED disampaikan oleh Kapt Ts. Zulfadhli bin Kasmuri dan Kapt Muhammad Nizam bin Mohamad Sobri. Latihan siang dan malam diadakan bagi pencarian peralatan IED di sekitar kawasan pasukan. Latihan ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan lagi keupayaan atur gerak dan kesiagaan Tim C-IED RAJD 5 Skn RAJD dalam menghadapi ancaman IED samada semasa aman mahupun darurat.

Majlis Penutup latihan ini telah dirasmikan oleh Mej Ahmad Ezril bin Ibrahim, Pegawai Pemerintah 5 Skn RAJD di Dewan Makan Pasukan 5 Skn RAJD. Pasukan ini turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan jurulatih dari 91 Rej Bantuan RAJD atas sumbangan tenaga pengajar serta perkongsian ilmu yang telah diberikan.

BERUSAHA BERFAEDAH

LOK KAWI, 2 Apr 26 – Pemeriksaan Pakar JLJ telah dilaksanakan ke atas 5 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 Skn RA...
05/04/2026

LOK KAWI, 2 Apr 26 – Pemeriksaan Pakar JLJ telah dilaksanakan ke atas 5 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 Skn RAJD) bermula 31 Mac hingga 2 April 2026. Pemeriksaan ini diketuai oleh Lt Kol Mohd Shuhaimi bin Ta’at bersama 13 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat.

Acara dimulakan dengan sesi Entrance Conference yang berlangsung di Bilik Gerakan 5 Skn RAJD. Pemeriksaan ini bertujuan untuk menilai tahap servisibiliti aset pasukan agar sentiasa berada dalam keadaan baik, seterusnya memastikan kesiagaan pasukan berada pada tahap optimum. Selain itu, ia juga bertujuan memastikan pengurusan dokumentasi dilaksanakan dengan teratur serta mematuhi prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Sepanjang pemeriksaan, tim pemeriksa telah melaksanakan penilaian meliputi pemeriksaan dokumentasi dan fizikal terhadap Kenderaan Jenis B, Alat Pelbagai Kategori A dan B, persenjataan, peralatan elektronik serta instrumen.

Pemeriksaan diakhiri dengan sesi Exit Conference, di mana hasil penemuan pemeriksaan dibentangkan oleh tim pemeriksa kepada pasukan. Majlis turut disusuli dengan penyampaian cenderahati oleh Pegawai Pemerintah kepada tim pemeriksa sebagai tanda penghargaan.

22/03/2026
PERJUMPAAN PEGAWAI PEMERINTAH BERSAMA WARGA SKUADRON KE-5 REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA SEMPENA CUTI PERAYAAN AIDILFITRI...
13/03/2026

PERJUMPAAN PEGAWAI PEMERINTAH BERSAMA WARGA SKUADRON KE-5 REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA SEMPENA CUTI PERAYAAN AIDILFITRI TAHUN 2026

KEM LOK KAWI, 10 Mac 26 – Pegawai Pemerintah 5 Skn RAJD, Mej Ahmad Ezril bin Ibrahim telah mengadakan satu perjumpaan ringkas bersama seluruh warga 5 Skn RAJD sebagai persediaan menghadapi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Dalam amanat yang disampaikan, beliau menasihatkan agar setiap anggota merancang perjalanan pulang ke kampung halaman dengan teliti dan teratur. Beliau turut menekankan kepentingan mendapatkan rehat yang mencukupi sebelum memulakan pemanduan serta sentiasa memandu dengan penuh berhemah, cermat dan berhati-hati di jalan raya. Di samping itu, semua anggota turut diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Sebagai langkah proaktif dalam memastikan keselamatan warga pasukan, satu pemeriksaan ke atas kenderaan persendirian pegawai dan anggota turut dilaksanakan di Padang Kawad Pasukan. Pemeriksaan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah 5 Skn RAJD dengan bantuan daripada Detasmen Bantuan Kecil (DBK).

Pemeriksaan ini bertujuan memastikan setiap kenderaan berada dalam keadaan baik, diselenggara dengan sempurna serta selamat digunakan, terutamanya bagi perjalanan jarak jauh sempena musim perayaan. Selain itu, pemeriksaan ini juga dilaksanakan bagi memastikan semua anggota mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti memiliki lesen memandu yang sah serta cukai jalan yang masih berkuat kuasa.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan pasukan dalam memastikan aspek keselamatan dan kebajikan anggota sentiasa diberi keutamaan, khususnya ketika musim perayaan yang menyaksikan peningkatan pergerakan di jalan raya.

12/03/2026

2026-03-10T15:50:39+08:00 March 10, 2026, Selasa - 3:50pm BANTU: Anggota 5 Divisyen membersihkan pokok tumbang yang menghalang laluan jalan. TENOM: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui 5 Divisyen mengatur gerak anggota dan aset bagi membantu kerja pemulihan serta pembersihan kawasan tanah runtuh....

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN SAPPER BISTRO SKUADRON KE-5 REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA TAHUN 2026KEM LOK KAWI, 9 Mac 26 ...
12/03/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN SAPPER BISTRO SKUADRON KE-5 REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA TAHUN 2026

KEM LOK KAWI, 9 Mac 26 – Majlis Berbuka telah diadakan di Dewan Makanan pasukan bersama seluruh warga 5 Skn RAJD. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Pemerintah 5 Skn RAJD, Mej Ahmad Ezril bin Ibrahim.

Warga pasukan menikmati juadah berbuka puasa, sekali gus mencerminkan kepimpinan yang sentiasa dekat dengan anggota.

Program dimulakan dengan berbuka puasa secara berjemaah, disusuli dengan Solat Maghrib, serta diteruskan dengan Solat Isyak dan Tarawih di Surau As-Syakirin, 5 Skn RAJD.

Penganjuran majlis ini dapat merapatkan ikatan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta menyemai nilai-nilai Islam berteraskan iman dan ihsan dalam kehidupan seharian warga tentera.

Majlis diakhiri dengan jamuan moreh dalam suasana harmoni dan penuh keakraban. Semoga warga pasukan akan bertemu Ramadhan seterusnya.


MAJLIS KHATAM AL-QURANPERINGKAT SKUADRON KE-5 REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJATAHUN 2026M / 1447HLok Kawi - 10 Mac 2026, Ma...
11/03/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN
PERINGKAT SKUADRON KE-5 REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA
TAHUN 2026M / 1447H

Lok Kawi - 10 Mac 2026, Majlis Khatam Al-Quran peringkat Skuadron Ke-5 Rejimen Askar Jurutera DiRaja telah diadakan pada 20 Ramadan 1447 Hijrah bersamaan tahun 2026 Masihi bertempat di Surau pasukan. Majlis ini dianjurkan sebagai salah satu pengisian program kerohanian sepanjang bulan Ramadan bagi menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran serta menghayati keberkatan bulan yang mulia ini.

Seramai 2 x Peg dan 39 x LLP muslim pasukan telah hadir. Turut hadir Yang Berusaha Kapt Mohd Faiz bin Md Zin, Penolong Pegawai Pemerintah Skuadron Ke-5 Rejimen Askar Jurutera DiRaja sekaligus merasmikan majlis dengan barakah.

Program dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dipimpin oleh Al-Fadil Ustaz SSjn Mohd Ridzuan bin Abd Rahman dari pasukan 75 BN KPD. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan khatam Al-Quran secara berjemaah, diikuti dengan bacaan doa khatam Al-Quran sebagai tanda kesyukuran kerana berjaya menyempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran.

Dalam ucapan perasmian, Yang Berusaha Kapt Mohd Faiz bin Md Zin menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program tadarus dan majlis khatam Al-Quran tersebut. Beliau turut mengingatkan agar amalan membaca dan menghayati Al-Quran tidak hanya terhenti pada bulan Ramadan sahaja, sebaliknya diteruskan dalam kehidupan seharian sebagai panduan dan pedoman hidup.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar dan penyerahan sumbangan pulut kuning dan bunga telur pada semua yang hadir.

Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk budaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

MAJLIS BERBUKA PUASA SKUADRON KE-5 REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA TAHUN 2026KEM LOK KAWI, 3 Mac 2026 – Suasana penuh kebe...
05/03/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA SKUADRON KE-5 REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA TAHUN 2026

KEM LOK KAWI, 3 Mac 2026 – Suasana penuh keberkatan dan kebersamaan menyelubungi Kem Lok Kawi apabila warga Skuadron Ke-5 Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 Skn RAJD) berhimpun dalam Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung dengan penuh tertib dan semangat ukhuwah.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Pemerintah 5 Skn RAJD, Mej Ahmad Ezril bin Ibrahim bersama-sama warga pasukan menikmati juadah berbuka puasa, sekali gus mencerminkan kepimpinan yang sentiasa dekat dengan anggota.

Program dimulakan dengan berbuka puasa secara berjemaah, disusuli dengan Solat Maghrib, serta diteruskan dengan Solat Isyak dan Tarawih di Surau As-Syakirin, 5 Skn RAJD. Setiap pengisian disusun rapi bagi memastikan penghayatan Ramadan dapat dirasai sepenuhnya oleh seluruh warga pasukan.

Penganjuran majlis ini bukan sekadar satu acara tahunan, malah menjadi platform memperkukuh ikatan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta menyemai nilai-nilai Islam berteraskan iman dan ihsan dalam kehidupan seharian warga tentera.

Majlis diakhiri dengan jamuan moreh dalam suasana harmoni dan penuh keakraban, meninggalkan kenangan indah serta semangat yang lebih utuh sepanjang menjalani ibadah di bulan Ramadan yang mulia.


HARI ULANG TAHUN KE-61 PASUKAN 5 SKN RAJD & MAJLIS PEMAKAIAN PANGKATLok Kawi, 3 Mac 2026 – Skuadron Ke-5 Rejimen Askar J...
05/03/2026

HARI ULANG TAHUN KE-61 PASUKAN 5 SKN RAJD & MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT

Lok Kawi, 3 Mac 2026 – Skuadron Ke-5 Rejimen Askar Jurutera Diraja telah melaksanakan Perbarisan Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-61 yang disekalikan dengan Majlis Pemakaian Pangkat anggota Lain-Lain Pangkat di Padang Kawad pasukan yang berkekuatan seramai 4 x Peg, 66 x LLP dan 6 x Staf Awam.

Majlis ini merupakan salah satu acara regimental yang menjadi tradisi dalam meraikan anggota yang dinaikkan pangkat atas usaha, komitmen dan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan. Pegawai Pemerintah, Mej Ahmad Ezril bin Ibrahim dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada anggota yang terlibat serta menegaskan bahawa kenaikan pangkat merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu digalas dengan penuh integriti.

Beliau turut mengingatkan seluruh warga pasukan agar sentiasa menjaga imej diri dan nama baik pasukan, sama ada ketika melaksanakan tugas, menghadiri kursus, bercuti mahupun terlibat dalam projek luar. Disiplin, tatatertib dan komitmen yang tinggi hendaklah sentiasa menjadi pegangan selaras dengan Ikrar Kesatria yang telah dilafazkan.

Semoga ulang tahun ke-61 pasukan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga 5 Skn RAJD untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan ikhlas demi agama, bangsa dan negara.

BERUSAHA BERFAEDAH

Address

SKUADRON KE-5 REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA, KEM LOK KAWI
Kota Kinabalu
88200

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

+6088516670

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 5 SKN RAJD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share