12/08/2026
๐ซ๐ฒ๐พ ๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐ ๐๐ก๐ฌ๐ข๐๐ข๐ก๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐จ๐ ๐๐ข๐๐๐๐ง ๐ฃ๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐
Kerjasama Strategik Julung Kali ISETANโLKM Perluas Akses Coklat Malaysia ke Pasaran Peruncitan Premium
๐ ISETAN Suria KLCC | 11 Ogos 2026
Isetan of Japan Sdn. Bhd. (ISETAN) dan Lembaga Koko Malaysia (LKM) buat julung kalinya menjalinkan kerjasama strategik bagi memperluas akses produk coklat premium keluaran Malaysia ke pasaran peruncitan premium menerusi rangkaian ISETAN, dengan sokongan Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada (IKL), Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Kerjasama ini direalisasikan menerusi Chocolate Cravings 2026, sebuah inisiatif di bawah program ๐๐ผ๐ฐ๐ผ๐ฎ ๐๐ฐ๐ฐ๐ฒ๐๐ ๐๐ผ ๐ฅ๐ฒ๐๐ฎ๐ถ๐น yang berperanan menghubungkan pengusaha coklat tempatan dengan saluran peruncitan strategik.
Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses pasaran, keterlihatan dan pengiktirafan jenama, di samping membuka peluang komersial yang lebih luas kepada pengusaha coklat Malaysia.
Majlis Perasmian Chocolate Cravings Fasa 2 โ Malaysian Chocolate Showcase pada 11 Ogos 2026 telah disempurnakan secara simbolik menerusi penandatanganan papan perasmian oleh ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐๐ฎ๐ถ๐๐๐ธ๐ฒ ๐ฌ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ถ, ๐๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐น ๐ ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ด๐ฒ๐ฟ, ๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก dan ๐ฃ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ถ๐บ๐ฒ ๐ฌ๐ฒ๐ผ๐ต, ๐ฆ๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ต๐ฎ ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ด๐ถ๐ฎ๐ป, ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ด๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ป๐ฑ๐๐๐๐ฟ๐ถ ๐๐ผ๐ธ๐ผ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฑ๐ฎ (๐๐๐), ๐๐ฃ๐, diikuti upacara pemotongan reben oleh barisan tetamu kehormat.
Majlis turut dihadiri oleh ๐ฃ๐๐ฎ๐ป ๐ง๐ต๐ฒ๐ผ๐ฑ๐ผ๐ฟ๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ๐ป, ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ด๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ธ๐ผ๐ป๐ผ๐บ๐ถ (๐๐ฃ๐ฃ๐), ๐๐๐ , manakala ISETAN diwakili oleh ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐๐ ๐ฌ๐ฒ๐ผ๐, ๐ ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ด๐ถ๐ป๐ด ๐๐ถ๐ฟ๐ฒ๐ฐ๐๐ผ๐ฟ; ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐๐ผ๐ด๐ฎ ๐ ๐ผ๐ผ๐ฟ๐๐ต๐ ๐/๐ ๐ก๐ฎ๐๐ต๐ฎ๐ป, ๐๐ฒ๐ฝ๐๐๐ ๐๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐น ๐ ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ด๐ฒ๐ฟ, ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ผ๐ฟ๐ฒ; ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐ฎ๐ป ๐ฅ๐ผ๐๐ป๐ฎ๐ถ๐ป๐ถ ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น ๐ ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ฝ, ๐๐ผ๐ผ๐ฑ ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ธ๐ฒ๐ & ๐ฃ๐ต๐ฎ๐ฟ๐บ๐ฎ๐ฐ๐ ๐๐ถ๐๐ถ๐๐ถ๐ผ๐ป ๐ ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ด๐ฒ๐ฟ.
Program turut dihadiri oleh wakil pegawai Bahagian IKL, KPK serta pegawai BPPE, LKM, antaranya ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ ๐ผ๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐ฅ๐ถ๐๐บ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ก๐ถ๐ด๐ฒ๐ฟ ๐ ๐ฎ๐ต๐ถ๐ฑ๐ถ๐ป, ๐๐ฒ๐๐๐ฎ ๐จ๐ป๐ถ๐ ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ฎ๐ป ๐จ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ธ๐น๐ฎ๐ (๐จ๐ฃ๐จ๐) dan ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฟ๐๐๐ฒ๐๐น๐ ๐ฆ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ท๐ฎ, ๐ฃ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐จ๐ป๐ถ๐ ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป, ๐๐ฃ๐ฃ๐, ๐๐๐ .
Antara pengisian majlis ialah penyampaian cendera hati LKM kepada ISETAN, sesi fotografi bersama peserta industri, demonstrasi coklat oleh ๐๐ต๐ฒ๐ณ ๐๐ฎ๐ (๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐๐น ๐๐ฑ๐๐ฎ๐บ๐ถ ๐๐ถ๐ป ๐๐ฏ๐ฟ๐ฎ๐ต๐ถ๐บ) daripada UPUC, BPPE, LKM serta lawatan tetamu kehormat ke reruai pameran dan jualan bagi berinteraksi dengan pengusaha yang mengambil bahagian.
Berlangsung dari 10 hingga 17 Ogos 2026, Chocolate Cravings Fasa 2 menghimpunkan 18 syarikat dan jenama, termasuk 13 syarikat di bawah LKM, dengan mengetengahkan pelbagai produk coklat premium tempatan termasuk produk bean-to-bar.
Program ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan ๐๐ผ๐ฐ๐ผ๐ฎ ๐๐๐๐ถ๐ป๐ฒ๐๐ ๐ ๐ฎ๐๐ฐ๐ต๐ถ๐ป๐ด sempena ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ป๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น ๐๐ผ๐ฐ๐ผ๐ฎ ๐๐ฎ๐ถ๐ฟ (๐ ๐๐๐) ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ dalam menghubungkan pengusaha coklat tempatan dengan rakan industri dan saluran peruncitan.
Lebih signifikan, kerjasama strategik ini memberi peluang kepada produk coklat premium Malaysia untuk berada dalam persekitaran pasaran peruncitan premium ISETAN KLCC, sekali gus membolehkan pengguna mengenali, mencuba dan mendapatkan produk coklat tempatan berkualiti tinggi.
Usaha ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuh keyakinan pasaran terhadap jenama coklat Malaysia serta membuka laluan kepada peluang penembusan rangkaian peruncitan premium yang lebih luas pada masa hadapan.
Kerjasama strategik antara ISETAN dan LKM, dengan sokongan Bahagian IKL, KPK, diharap dapat menjadi pemangkin kepada peluasan akses pasaran produk coklat premium Malaysia, khususnya melalui rangkaian peruncitan premium, sekali gus memperkukuh daya saing dan kedudukan jenama coklat tempatan di pasaran domestik serta antarabangsa.
Jom sokong produk coklat premium Malaysia! ๐ฒ๐พ๐ซ
๐ ISETAN KLCC
๐ 10.00 pagi โ 10.00 malam
๐
10โ17 Ogos 2026
โจ ๐๐ถ๐๐ฐ๐ผ๐๐ฒ๐ฟ ๐๐ต๐ฒ ๐ง๐ฎ๐๐๐ฒ ๐ผ๐ณ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ฐ๐ผ๐ฎ & ๐๐ต๐ผ๐ฐ๐ผ๐น๐ฎ๐๐ฒ
๐ฒ๐พ ๐ง๐ฎ๐๐๐ฒ ๐๐ต๐ฒ ๐ฃ๐ฟ๐ถ๐ฑ๐ฒ. ๐๐ผ๐๐ฒ๐ฑ ๐ช๐ผ๐ฟ๐น๐ฑ๐๐ถ๐ฑ๐ฒ.