30/03/2026
ππππππͺππ‘ππ¦ π£ππ₯π¦ π§ππππ¦ π ππ‘π’πππ πππ‘π¬ππ§πππ‘ π§ππππ πππ₯π§ππ‘πππ¨π‘ππππͺππ πππ₯ππππ§ππ‘ π¦ππππ
Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) memandang serius dan kesal terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Senator Filipina yang mendakwa Sabah, atau Borneo Utara, mempunyai sumber minyak yang menjadi asas kepada tuntutan tertentu.
Kenyataan sedemikian adalah tidak wajar, tidak bertanggungjawab dan berpotensi mengeruhkan hubungan dua hala, khususnya dalam konteks kestabilan serantau yang perlu sentiasa dipelihara.
Beliawanis PGRS ingin menegaskan bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia yang berdaulat, dan sebarang bentuk kenyataan atau naratif yang cuba mempertikaikan kedaulatan ini adalah tidak boleh diterima sama sekali.
Sehubungan itu, Beliawanis PGRS menyatakan pendirian tegas tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menyeru agar semua pihak menghormati prinsip kedaulatan negara serta undang-undang antarabangsa.
Dalam masa yang sama, Beliawanis PGRS menyatakan sokongan penuh kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri yang terus komited memastikan kestabilan politik, keselamatan negeri serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
Kestabilan yang dinikmati hari ini adalah hasil kepimpinan yang berwibawa dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan. Justeru, segala usaha yang boleh menggugat keharmonian dan kestabilan ini perlu ditolak secara tegas oleh semua lapisan masyarakat.
Beliawanis PGRS juga menyeru golongan belia khususnya wanita muda di Sabah untuk terus bersatu, mempertahankan kedaulatan negeri serta menyokong agenda pembangunan yang dibawa oleh kerajaan demi masa depan Sabah yang lebih maju dan sejahtera.
Emmie Datuk Martin Idang
Ketua Beliawanis PGRS
27 Mac 2026