Arkib Negara Malaysia Negeri Sabah/W.P Labuan

Arkib Negara Malaysia Negeri Sabah/W.P Labuan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Arkib Negara Malaysia Negeri Sabah/W.P Labuan, Government Organization, Km. 4, Jalan Penampang, Kota Kinabalu.

PERBINCANGAN PROGRAM CITRA MERDEKA 2026 BERSAMA SMK SANZAC KOTA KINABALU6 Ogos 2026 (Khamis), Arkib Negara Malaysia Nege...
06/08/2026

PERBINCANGAN PROGRAM CITRA MERDEKA 2026 BERSAMA SMK SANZAC KOTA KINABALU

6 Ogos 2026 (Khamis), Arkib Negara Malaysia Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (ANMNSL) telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak SMK SANZAC Kota Kinabalu bagi membincangkan pelaksanaan Program Citra Merdeka 2026.

Selain sesi perbincangan, rombongan Arkib Negara Malaysia Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan turut mengadakan lawatan ke Galeri Arkib SMK SANZAC Kota Kinabalu bagi meninjau koleksi bahan-bahan arkib serta rekod sejarah yang mendokumentasikan penubuhan dan perkembangan sekolah tersebut.

Dalam lawatan berkenaan, Pengetua SMK SANZAC Kota Kinabalu telah menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berupa buku terbitan pertama sekolah yang menghimpunkan sejarah penubuhan SMK SANZAC.

Program diteruskan dengan sesi menandatangani Buku Pelawat Galeri Arkib SMK SANZAC Kota Kinabalu sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan sempena lawatan tersebut.

Arkib Negara Malaysia Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan merakamkan penghargaan kepada pihak SMK SANZAC Kota Kinabalu atas sambutan dan kerjasama yang diberikan. Diharapkan hubungan baik yang terjalin akan terus diperkukuhkan dalam usaha memelihara, memulihara dan memartabatkan khazanah warisan dokumentari negara.

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH ARKIB NEGARA MALAYSIA KE ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH / W.P. LABUANPada 3 Ogos 2026 (...
04/08/2026

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH ARKIB NEGARA MALAYSIA KE ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH / W.P. LABUAN

Pada 3 Ogos 2026 (Isnin), Arkib Negara Malaysia Negeri Sabah / W.P. Labuan telah menerima Lawatan Kerja Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Tuan Zaidin Bin Mohd Noor.

Lawatan ini turut disusuli dengan sesi perjumpaan tidak rasmi bersama warga ANMNSL yang menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pengurusan tertinggi dan warga kerja, di samping bertukar pandangan serta berkongsi aspirasi ke arah memperkukuh penyampaian perkhidmatan Arkib Negara Malaysia.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan semangat kerjasama, mempertingkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan jabatan serta menyokong usaha pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah arkib negara demi manfaat generasi kini dan akan datang.

Arkib Negara Malaysia Negeri Sabah/W.P. Labuan telah menerima lawatan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belu...
27/07/2026

Arkib Negara Malaysia Negeri Sabah/W.P. Labuan telah menerima lawatan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud, Sabah yang disertai seramai 30 orang pada 27 Julai 2026 (Isnin).

Taklimat Pelupusan Rekod yang diberikan kepada para pelawat daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya seramai ...
27/07/2026

Taklimat Pelupusan Rekod yang diberikan kepada para pelawat daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya seramai 35 orang pada 24 Julai 2026 (Jumaat).

Kunjungan Hormat dari Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Zon Bandaraya Kota Kinabalu pada 17 Julai 2026 (Juma...
20/07/2026

Kunjungan Hormat dari Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Zon Bandaraya Kota Kinabalu pada 17 Julai 2026 (Jumaat).

LAWATAN SAMBIL BELAJARArkib Negara Malaysia Negeri Sabah/W.P. Labuan telah menerima kunjungan Majlis Perwakilan Pelajar ...
20/07/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Arkib Negara Malaysia Negeri Sabah/W.P. Labuan telah menerima kunjungan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Tawau bagi program lawatan sambil belajar pada 16 Julai 2026.
Lawatan yang melibatkan 14 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring ini bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan serta fungsi Arkib Negara Malaysia dalam memelihara warisan dokumentari negara.

LAWATAN PENANDA ARAS PASUKAN PROJEK PEMBANGUNAN DIGITAL RECORDS AND ARCHIVAL MANAGEMENT SYSTEM (D-ReAMS)Arkib Negara Mal...
20/07/2026

LAWATAN PENANDA ARAS PASUKAN PROJEK PEMBANGUNAN DIGITAL RECORDS AND ARCHIVAL MANAGEMENT SYSTEM (D-ReAMS)

Arkib Negara Malaysia Negeri Sabah/W.P. Labuan telah menerima Lawatan Penanda Aras Pasukan Projek Pembangunan Digital Records and Archival Management System (D-ReAMS) yang berlangsung pada 23 hingga 25 Jun 2026 di Arkib Negara Malaysia Negeri Sabah/W.P. Labuan.

PROGRAM MENGENANG NEGARAWAN TUN FUAD STEPHENS: “LEGASI HUGUAN SIOU MEMBINA NEGARA BANGSA” BERTARIKH 15 JUN 2026 (ISNIN) ...
20/07/2026

PROGRAM MENGENANG NEGARAWAN TUN FUAD STEPHENS: “LEGASI HUGUAN SIOU MEMBINA NEGARA BANGSA” BERTARIKH 15 JUN 2026 (ISNIN) BERTEMPAT DI LE MÉRIDIEN HOTEL KOTA KINABALU.

PROGRAM TERSEBUT TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YB DATUK AARON AGO DAGANG, MENTERI PERPADUAN NEGARA, SEBAGAI SALAH SATU PENGISIAN UTAMA SAMBUTAN YANG BERTUJUAN MENGANGKAT JASA DAN SUMBANGAN ALLAHYARHAM TUN FUAD STEPHENS DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA.

Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Bertarikh 11-14 Mei Di Perkarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.
20/07/2026

Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Bertarikh 11-14 Mei Di Perkarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Kunjungan Hormat kepada YBhg. Datuk Mohd Razali Bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah, bertempat di Pejabat Setiausaha...
20/07/2026

Kunjungan Hormat kepada YBhg. Datuk Mohd Razali Bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah, bertempat di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah pada 11 Mei 2026 (Isnin).

Address

Km. 4, Jalan Penampang
Kota Kinabalu
88830

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arkib Negara Malaysia Negeri Sabah/W.P Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share